MADRID - Legenda bola sepak Bulgaria dan bekas bintang penyerang  Barcelona, Hristo Stoichkov menjangkakan bekas kelabnya tidak akan  berdepan banyak masalah apabila menentang Manchester United pada  perlawanan akhir Liga Juara-Juara, esok. Menurutnya, Barcelona tahu bagaimana hendak menang. 
Gergasi bola sepak Sepanyol itu mengharungi musim hebat dengan  mempertahankan kejuaraan Liga Sepanyol buat kali ketiga berturut-turut  dan ke final Piala Raja Sepanyol. Kemenangan ke atas United esok, bakal melengkapkan musim gemilang Barcelona. 
"Barcelona sudahpun mengharungi musim menakjubkan. Seluruh pasukan  bekerja keras untuk merangkul kejuaraan La Liga, iaitu kejuaraan liga  paling sukar untuk dimenangi. "Pada pendapat saya, kejuaraan liga lebih penting daripada kekalahan  kepada Real Madrid dalam perlawanan akhir Piala Raja Sepanyol atau final  Liga Juara-Juara. 
"Saya jangka Barcelona akan mengharungi saingan Liga Juara-Juara yang  mudah, pendekatan mereka dalam menghadapi perlawanan sangat tenang,  tiada sebarang tekanan tambahan kerana mereka tahu bagaimana hendak  menang.
"Bagaimanapun sekiranya mereka kalah, anda tidak boleh kata Barcelona  gagal. Mereka sudah menjuarai liga dan ke final dua kejohanan besar. "Pasukan yang gagal adalah pasukan yang tidak berjaya melayakkan diri ke Wembley,'' kata Stoichkov.
Kata Stoichkov, adalah sukar untuk memilih siapa bintang yang akan  menyinar dalam skuad Barcelona nanti kerana pasukan itu sarat dengan  pemain penting yang mampu mencipta impak dalam perlawanan akhir nanti.
"Amat sukar hendak pilih satu pemain Barcelona yang boleh dianggap  terbaik musim ini. Saya rasa, semua orang telah memainkan peranan yang  sangat penting kepada pasukan. Anda memerlukan penjaga gol yang bagus,  pertahanan yang baik dan peminat yang ghairah kalau anda hendak menang.  Apa yang boleh saya katakan, Barcelona adalah pasukan hebat,'' katanya. [Agensi]
Azhan: Saya merasakan pun begitu, mudah rasanya Barca akan memenangi perlawanan Sabtu ni. Huh! Memang terasa bahang dah ni.... 
tak setuju..hehe
ReplyDeleteMan U bkn sbarang kelab..
http://nazlifestory.blogspot.com/2011/05/fc-3-road-to-wembley-part-1.html
Saya teka MU menang 2-1
ReplyDeletecube ang bagi mase yang betol..aku kompius malam esok ke,malam lusa..haha..nak sokong barca nih
ReplyDelete