Gerai Pak Mail menjadi gerai pilihan kebanyakkan penduduk kampung untuk berborak kosong dengan pelbagai isu dan peristiwa masyarakat setempat, malah tidak ketinggalan juga isu-isu global. Badek dan Botak merupakan pelanggan setia yang akan datang di Gerai Pak Mail di awal pagi...
"Assalamu'alaikum Pak Mail...macam biasa Pak mail...kopi tarik kaw...satu!" Botak terus meminta pesanan apabila melangkah masuk ke gerai Pak Mail. Botak menarik kerusi untuk duduk di meja Badek yang kelihatan lebih awal tiba.
"Wa'alaikumusalam Botak...haa...duduk dulu ya, sekejap lagi sampai." Sahut Pak Mail dari dapur. Beberapa minit kemudian, Pak Mail datang membawa kopi tarik kaw ke meja Botak.
"Tersenyum lebar kamu hari ni Botak...Ada apa-apa ka..?" Soal Pak Mail selepas meletakan gelas berisi kopi tarik di meja Botak. Badek kelihatan masih kusyuk menjamah nasi lemak berlauk ikan bilis..
"Tak ada pun Pak Mail...cuma terasa lega sikit dapat berita harga minyak warna "kuning" tak naik..." jawab Botak.
"Sekurang-kurangnya harga kopi tarik dan nasi lemak Pak Mail ni kekal ikut harga pasaran lah kan...?" Badek mencelah tiba-tiba. Badek, kawan baik Botak mula ketawa kecil.
"Minyak memang tak naik harga lagi, tapi tak mustahil pun akan naik harga nanti..." Pak Mail mula membalas soalan Badek.
"Sekarang kamu lupa sebenarnya, bil letrik pula akan naik lepas ni. Tak ada apa beza sangat pun minyak naik atau pun tidak..." Sambung Pak Mail lagi bersahaja.
"Yang penting kalau harga makanan gerai aku naik...bersedia lah untuk membayarnya ya. Aku ni ikut harga semasa...." Balas Pak Mail lagi, dia hanya tersenyum dan mula beredar ke dapur yang terletak di belakang gerainya. Botak dan Badek diam membisu seketika...
Koleksi
dekat dengan jiwa cerita kedai kopi ni...
ReplyDelete@mae; Terima kasih sahabat =) sekadar kisah membawa pengajaran.
ReplyDeletepening gak kepala memikirkan macam2 benda nak naik ni kan...dah lama aku tak lepak kedai kopi dengan kengkawan ni...
ReplyDeleteorang kampung lepak kedai kopi... org bandar lepak kopitiam...
ReplyDeleteyg penting, tradisi 'kedai kopi' tetap ada..
Rakyat akan naik marah....
ReplyDeleteShopping bayar pakai handphone
pendeknyeeeee
ReplyDeletesambung la pjg2 skit bg cpt abis
@sham: itu lah, kenangan lepak kedai kopi dulu =)
ReplyDelete@Mr Ix: Yes, tepat!
@miecyber; Memang tgh angin ni.hehe
@puteri: siri seterusnya akan menyusul =)