Pages - Menu

17.5.11

Aku Ingin Berubah


Hati tinggal pada cahaya
kini kelana dalam gelap
berharap bintang tunjuk muara
ditengah keras tubuh meratap

Senjata ditangan patah sudah
kuda tunggangan mati terserak
ketika pendosa berburu berkah
dengan hati tak jua melunak

Bermandi dosa bersabun taubat
menantang badai sebelum kiamat
cari ilmu biar tak melarat
walau ajal diambang dekat

Pergi cahaya menyongsong gelap
demi fajar sejuta emas
lewati malam bermodal harap
smoga siang tak juga panas

Berumah batu dalam gelap
berlantai tanah berhawa rasa
tak pernah sirna tawa berharap
suatu hari kembali cahaya

7 comments:

  1. aku jua ingin berubah...='=

    stdy!!=)

    ReplyDelete
  2. berubah ke arah yg lebih baik dr hari2 smlm....

    ReplyDelete
  3. amboi hg.. pndai berpuitis plak.. heheh..

    gud luck.. slamat berubah jd baik.. jgn ubah jd jahat.. :D

    ReplyDelete
  4. jom berubah =)

    ni puisi utk contest MO ja.merapu2 ja boleh.hehe

    ReplyDelete
  5. sajak yang menarik =)
    jemput singgah...

    http://m-nia-a.blogspot.com/2011/05/aku-ingin-berubah.html

    ReplyDelete
  6. pandai ya cikgu berpuisi.. suka yg ni

    Bermandi dosa bersabun taubat
    menantang badai sebelum kiamat
    cari ilmu biar tak melarat
    walau ajal diambang dekat

    terima kasih sudi join.. sebarang update terkini akan dimaklumkan di laman MO..tq

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...