Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA =)
Suatu peristiwa yang jarang2 kita sambut adalah peristiwa memperingati pengusiran rakyat Palestin daripada buminya sendiri yang telah berlaku sejak 63 tahun yang lalu. Peristiwa tersebut dikenali sebagai Hari Nakba. Nakba Day atau Hari Nakba /يوم النكبة, bererti “hari Bencana” ketika Israel melakukan Pengusiran dan perebutan Tanah dan Rumah terhadap Warga Palestin yang menyebabkan sekitar 700 000 rakyat Palestin yang menjadi pelarian.
Istilah “Nakba” digunakan dalam kaitannya dengan penciptaan Israel pada tahun 1948 setelah berlakunya ‘pembersihan etnik’ terhadap rakyat Palestin.
Gambar Pelarian Rakyat Palestin
Diriwayatkan dari Abu Umamah Al Baahili bahawa Nabi SAW bersabda,"Akan sentiasa ada kumpulan di kalangan umatku yang dengan jelas berada dijalan yang benar, terhadap musuh mereka berkeras, dan mereka sama takkan dimudharatkan dengan keangkuhan musuh sehingga mereka menerimana arahan dari Allah (mendapat kemenangan atau syahid)". Para Sahabat bertanya,"Di mana mereka itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab,"Mereka itu berada di Baitul Maqdis dan di sekitarnya".
Salah satu sejarah yang perlu diketahui kita semua, David Ben Gurion pernah menjadi salah seorang pejuang negara Zionist-Yahudi. Maka kejayaan Yahudi menceroboh Palestin pada tahun 1948, telah mengangkatnya menjadi Perdana Menteri Israel pertama. Menariknya, ada sebuah pengakuan Ben Gurion yang wajar difahami oleh pemimpin Arab semua :
“If I were an Arab leader, I would never sign an agreement with Israel. It is normal; we have taken their country. It is true God promised it to us, but how could that interest them? Our God is not theirs. There has been Anti - Semitism, the Nazis, Hitler, Auschwitz, but was that their fault ? They see but one thing: we have come and we have stolen their country. Why would they accept that?”
"Jika saya adalah pemimpin bangsa Arab, saya tidak akan sudi menandatangani satu perjanjian (berunding) dengan Israel. Ini adalah normal; Kita (Israel) telah mengambil tanah mereka. Benar, Tuhan telah menjanjikan (tanah tersebut) untuk kita, tetapi bagi mereka tanah ini apa ertinya? Tuhan kita bukan Tuhan mereka. Memang, ada gerakan-gerakan anti Yahudi (Semit) seperti Nazi, Hitler dan Auschwitz tapi apa salahnya mereka (bangsa Arab) kepada kita? Mereka hanya dapat melihat satu hal; Kita (Israel) datang dan mencuri tanah air mereka. Mengapa mereka harus menerima ini?
Inilah hakikat yang terhujam begitu dalam dengan realiti kebangkitan negara haram Israel yang perlu ditangani. Ucapan Ben Gurion sekaligus menempelak kelesuan dan kebisuan pemimpin-pemimpin Islam, kerana bangsa Yahudi sendiri mengakui jika mereka menyelami perasaan menjadi warga Palestin – sudah pasti penentangan yang paling layak diberikan adalah menekan Israel. Hal yang sama turut pernah disebut oleh Ehud Barak, mantan menteri pertahanan Israel;
“If I were a Palestinian of the right age, I'd eventually join one of the terrorist organizations.”
"Andai saya ditaqdirkan lahir sebagai warga Palestine, saya akan ikut berjuang bersama organisasi terorist (muqawamah) untuk merebut kembali tanah ini" - The Israel Lobby and US Foreign Policy, John Mearsheimer & Stephen Walt.
Azhan: Keterbukaan negara2 lain di dunia dalam memberikan bantuan yang tidak putus2 kepada Palestin menggambarkan sudah dekat masa dan kemenangan umat Umat Gaza. Kebangkitan negara-negara Asia Barat sedikit sebanyak sebagai petanda awal kepada perubahan dunia...teruskan doa sebagai tanda kecintaan kita kepada mereka =)
Ya Allah hai....kesiannya...
ReplyDeleteSalam,perkongsian menarik ni
ReplyDeletetapi saya tak sempat baca habis lagi,malam nanti saya baca.
terimakasih.
xsanggup saksikan penderitaan mrk yg xbrkesudahan....
ReplyDeletebersyukur dgn nikmat yg ada..
ReplyDeletedi akhir zaman islam akan kembali gemilang..
zionis dan yahudi pasti akan tertunduk lesu~
di malaysia, kita kurang di dedah kan sangat pasai palestin ni....sikit2 ja...patutnya hiburan di TV yg belambak tu di ganti dgn iklan2 ttg palestin...baru org nak sedaq....
ReplyDeleteini isu umat!!
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
ReplyDelete//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
diy repair dan spray helmet lama
Rakyat Palestin di Tebing Barat, Gaza dan juga negara-negara jiran Lubnan, Syria, Mesir dan Jordan telah mengadakan perhimpunan bagi memperingati peristiwa hitam dalam sejarah kemanusiaan — hari Nakba. Pada 15 Mei 1948 negara haram Israel telah terdiri di atas runtuhan perkampungan dan tumpahan darah rakyat Palestin. Hari ini, mereka bergerak ke sempadan sebagai memprotes kebinatangan rejim Zionis ini, dan menuntut hak mereka untuk kembali ke bumi asal milik mereka sejak turun-temurun.
sedih dan simpati melihat naseb mereka disana..hanya mampu berdoa semoga mereka mendapat hak mereka semula..
ReplyDeletelihat gambar pun dah rasa keperitan..apatah lagi bila mengharunginya...
ReplyDeletesalam azhan,
ReplyDeleteakk pun ade juge dpt tau pasal hari nakba ni dr dlm emel ...
kesian mereka ni kan...perit idup
mohon share ya, thanx..
ReplyDeleteA lot of quality articles i see on your www.blogger.com
ReplyDelete[url=http://www.youtube.com/watch?v=byULxQczD0E] Unlock Nokia 6650 Fold[/url]
[url=http://www.youtube.com/watch?v=VrzEBsSUua4] Unlock Nokia 8600 Luna[/url]
[url=http://www.youtube.com/watch?v=d5ZF1n3iUM4] Unlock Nokia 7510[/url]