Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA ('',)
"Siapa nak masuk syurga angkat tangan?" soal seorang cikgu kepada anak-anak muridnya.
"Saya cikgu...saya." Bergema seketika kelas dengan suara anak-anak murid yang bersemangat.
"Ada ker cikgu taman-taman syurga di dunia ni? Mak dan ayah saya tak pernah bawa pun. Selalu pergi taman tema dan taman bunga saja." Soal Amin kehairanan, anak murid yang tidak pernah duduk diam di kerusinya.
"Ada Amin, jom cikgu ceritakan. Apa itu taman-taman syurga. Lepas ni kamu perlu lah rajin-rajin pergi ke taman-taman syurga. Mudah2an Allah tempatkan kita semua di taman-taman syurga kekal abadi di akhirat sana " Tambah cikgu dengan wajah yang tersenyum.
Hadis Taman-taman Syurga
“Sekiranya kamu melalui taman di antara taman syurga hendaklah kamu duduk menyertainya”, tanya para sahabat apakah taman di antara taman syurga tersebut wahai Rasulullah SAW? jawab baginda majlis ilmu ( majlis yang dalamnya ada peringatan kepada tuhan )
Daripada Anas bin Malik, katanya, Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Apabila kamu lalu di taman syurga, hendaklah kamu masuk bersiar-siar dan menikmati segala yang ada dalamnya. Dikatakan apa taman syurga itu? Sabda Baginda: Itulah majlis zikir.
(Hadis riwayat at-Tirmizi) Kelebihan orang yang berilmu
Maksudnya : “Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui”. (Az-Zumar ayat 9)
Maksudnya : “Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) dengan beberapa darjat”. (surah Al-Mujadalah ayat 11)
Maksudnya : “Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) dengan beberapa darjat”. (surah Al-Mujadalah ayat 11)
*Kadang-kadang kita lebih mementingkan ilmu dunia, kerana di hadapanya ada habuan dan timbalan tetapi lupa ilmu akhirat yang padanya penuh dengan keberkatan dan panduan.
Kadang kita tidak kisah berkorban bertahun-tahun masa untuk selesaikan pengajian di universiti demi segulung sarjana muda, sarjana, malah hingga peringkat tertinggi doktor falsafah. Tetapi jarang sekali kita korbankan masa untuk menadah kitab2 agama sambil duduk bersila di masjid2 dengan para ulama.
Kadang-kadang kita tidak kisah berhabisan ribuan ringgit semata2 untuk yuran dan bahan2 rujukan untuk pengajian di unversiti bertahun-tahun, tetapi amat sedikit yang kita laburkan untuk agama dan bekalan hari sana.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSentiasa bermohon dan berdoa agar Allah menjemput saya ke Taman Syurga itu, insyaAllah.
ilmu dunia yg dpt bawa ke akhirat....
ReplyDeleteya allah....sungguh indah taman2 syurga tu kan....
ReplyDeleteASsalamualaikum..
ReplyDeletetanx 4 sharing..bestnya masuk syurga!
tersentak dan muhasabah sjenak~
ReplyDeletebhgialah mreka yg sntiasa hadir di tmn2 syurga,,,smoga kita sntiasa hadir dan punyai ksemptan dan peluang utk sntiasa hadir dalam tmn2 syurga =)
moga2 kita semua tergolong dlm orng2 yg beriman . .
ReplyDeletemasa study maahad dlu, slalu pi taman syurga..
ReplyDeletela ni dh x mcm dlu..
ish! terok btoi la..
harap diri dapat menyeimbangkannya.. =))
ReplyDeletetQ peringatan nie.. :)
ReplyDeleteLa ilaha illa Allah 3x Muhammad Rasulullah
ReplyDeleteLa ilaha illa Allah 3x Muhammad Rasulullah
Taman-taman idaman taman-taman syurga (2x)
Negeri kemulian dan kesejahteraan
Tempat berhimpun para rasul dan nabi
Para mukminin dan solihin
Taman taman idaman taman taman syurga (2x)
Tempat berhimpun para syuhada
Insan mulia kekasih Allah
Taman idaman cita-cita mukmin
Satu tujuan dan kerinduan
Limpahan ganjaran dan rahmat ilahi
Lautan nikmat tiada batasannya
Taman idaman milik orang beriman
Berkasih sayang punya ketua dalam diri
Menyontohi nabi berakhlak mulia
Mendapat lindungan dari azab neraka
Menyontohi nabi berakhlak mulia
Mendapat lindungan dari azab neraka
Taman-taman idaman taman-taman syurga (2x)
Negeri kemuliaan dan kesejahteraan
Bertemu Allah tuhan Maha pengasih
Bukan fantasi tapi realiti
La ilaha illa allah 3x Muhammad Rasulullah
Taman idaman tiada penghujungnya
Tidak pernah terbayang diruang mata
Pengorbanan mukmin ada nilaiannya
Sempurna janji untuk orang bertakwa
Bersegeralah memohon keampunan
Mengatur langkah menuju syurga gemilang
Siramilah tanahnya dengan tasbih dan tahmid
Tunaikanlah perintah tinggalkan larangan
Kehidupan disana adalah sebenar
Semoga kita akan bertemu disana
Taman-taman idaman taman-taman syurga (2x)
Negeri kemuliaan dan kesejahteraan
Bertemu Allah tuhan Maha pengasih
Bukan fantasi tapi realiti
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
tapi berapa ramai yang suka ke taman syurga jika dibandingkan dengan taman bunga atau taman-taman hiburan?
ReplyDeleteindahnya taman2 syurga kan? ada kesempatan jom kita sama2 meriahkan taman2 syurga ini selagi hayat masih dikandung badan :)
ReplyDelete