Pages - Menu

13.3.11

Kegembiraan Dalam Kesedihan, Kenduri Kahwin + Kenduri Arwah



Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA ('',)

Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Selalu kita sebut dan dengar. Apabila datang ujian, kita juga orang pertama yang akan mengeluh dan menidakkan segala ketentuan itu bukan? Itu lah tanda kelemahan kita sebagai hamba yang  terikat dengan Sang Pencipta.

Lewat malam semalam berita yang menggemparkan seluruh ahli keluarga apabila bapa saudara saya (Allahyarham Pak Njang Muzaini) disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital kerana beliau tiba2 mengadu sakit dada semasa bersama anak2 yang pulang bercuti di rumah. Tak sangka malam semalam adalah malam terakhir mereka makan bersama-sama, lewat jam 11.15 malam, saya dan keluarga terus bergegas ke hospital yang terletak tidak jauh dari rumah.

Sampai di perkarangan hospital, anak2 Pak Njang terus datang menyambut Mak dan Ayah dibawa masuk ke unit kecemasan. Memang telah disahkan, arwah sudah tiada sebelum tiba di hospital lagi. Saya menunggu bersama2 keluarga lain hingga proses bawa pulang jenazah ke rumahnya. Alhamdulillah majlis pengebumian selesai jam 12 tengah hari tadi.

Pada hari yang sama pengebumian, sepupu terdekat saya melangsung majlis perkahwinannya yang diadakan di rumah. Agak kelam kabut sedikit kerana ramai saudara mara masih menunggu hingga selesai majlis pengebumian. Pengalaman yang agak mengejutkan, kegembiraan melihat sepupu kahwin juga dikongsi rasa yang sebaliknya apabila kehilangan bapa saudara yang meninggal dunia lewat malam semalam. Al fatihah.

Sekarang saya agak penat  mungkin badan belum cukup rehat, saya hanya sempat lelapkan mata 2 jam malam tadi atas urusan kematian dan siangnya dengan proses pengebumian dan kenduri kahwin. Huh! Memang nikmat, kepenatan terasa berbaloi apabila rasa mahabbah yang mendalam sesama ahli keluarga yang lain dalam menanggungnya bersama.

Salam takziah untuk semua ahli keluarga dan tahniah untuk sepupu yang telah selamat diijab kabulkan. Maaf pada semua sahabat, saya tidak sempat menjenguk2 kalian secara aktif untuk beberapa hari ni. Terima kasih kepada yang terus berkunjung ke rumah putih ni ('',).

*Satu hari nanti, aku akan baring di atas pembaringan mandi jenazah sebagai jasad yang telah kaku dan pucat. Ya Allah matikan kami dalam kalimah tauhid-MU.

6 comments:

  1. innalillahi wainna ilaihi rajiun.. semoga arwah ditempatkan bersama orang2 beriman.. amen, insya-Allah..

    tentang undangan, tidak mengapa.. insya-Allah..ada lagi undangan seterusnya.. moga2 ada kesempatan diwaktu itu nanti.. :)

    ReplyDelete
  2. dari Dia kita datang, kepada Dia juga kita akan kembali...

    tiada siapa dapat menduga apa yang bakal berlaku kerana ini semua telah ditentukan

    setiap ujian yang Allah berikan, ada hikmah disebaliknya. InsyaAllah...

    Moga2 kita yg masih hidup ni, mampu bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan, reda atas ketentuan-Nya.

    ReplyDelete
  3. Alfatihah utk arwah..semoga arwah ditempatkan dikalangan org beriman..dan slmt pengantin baru kepada yg baru mendirikan rumahtangga itu :p

    ReplyDelete
  4. Alfatihah pada yang telah pergi...

    ReplyDelete
  5. hadiahkan alfaitihah kpd arwah..

    ya allah..mesti kelam kabut sgt kan...hope semuanya dah setle kan..

    ReplyDelete
  6. @puteri:amin, insyallah mudah2an

    @aini: betul tu, terus kan rasa syukur kepada yang masih hidup ni.

    @cadlyn: terima kasih :)

    @suhaimi: al fatihah :)

    @mina: kelam kabut juga dibuatnya, alhamdulillah semuanya selesai da :)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...