Otai FIFA tak setuju pula...siapa la sangat Malaysia ni dalam bola sepak dunia...tak pandang pun rasanya
CADANGAN Asean untuk membida hak tuan rumah bersama Piala Dunia 2030 kini bagaikan impian yang tidak mungkin menjadi kenyataan.
Ini berikutan kenyataan Presiden Fifa, Datuk Seri Sepp Blatter yang menyifatkan idea Menteri Luar Asean di Lombok Januari lalu sukar untuk dilaksanakan selepas pihaknya memutuskan tidak berminat menerima bidaan mana-mana negara yang mahu berkongsi menganjurkan kejohanan bola sepak terbesar itu selepas Piala Dunia 2018.
“Saya dimaklumkan mengenai cadangan ini oleh Setiausaha Persatuan Bola Sepak Singapura (Winston Lee) sebelum ini, apa yang saya boleh katakan ia satu cadangan yang bagus tapi secara realitinya ia bukan mudah untuk dilakukan.
Negara ASEAN di "Piala Dunia" sekadar pelengkap "dunia" tu ja...harapan rakyat Malaysia untuk melihat kejohanan terhebat itu mungkin tidak kesampaian.
“Secara prinsipnya selepas Korea Selatan dan Jepun menjadi tuan rumah bersama pada 2002, tidak ada lagi negara yang menganjurkan secara bersama dan Fifa lebih berminat memilih satu negara saja menjadi tuan rumah,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah di Istana Pahang semalam.
Trofi Jules Rimet Cup merupakan Piala Dunia sebelum piala terbaru digunakan.Trofi ini pernah dicuri pada sebuah pameran di London sebelum Piala Dunia tahun 1966. Ditemukan kembali oleh seekor anjing bernama Pickles disemak-semak di luar kota London.
Pada majlis itu yang turut dihadiri Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Blatter turut dianugerah darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Stadium Revamp Ahmed Bin Ali (Al-Rayyan) merupakan salah satu venue utama Piala Dunia di Qatar 2022. Memang Terbaik!
Cadangan Asean membida hak penganjuran tuan rumah Piala Dunia 2030 diumum Menteri Luar, Datuk Anifah Aman selepas mempengerusikan mesyuarat bersama rakan sejawatnya di Lombok Januari lalu. Anifah berkata, menerusi kesepakatan yang dicapai, Malaysia diberi mandat menyediakan kertas kerja yang akan dibentangkan kepada pemimpin 10 negara Asean pada sidang kemuncak di Jakarta Mei depan.
Azhan: Kalau jadi tuan rumah, akan berlaku sejarah buat pertama kali Harimau Malaya main dalam kejohanan terhebat tu ('',)
Azhan: Kalau jadi tuan rumah, akan berlaku sejarah buat pertama kali Harimau Malaya main dalam kejohanan terhebat tu ('',)
angan-angan malaysia nk dpt tiket free layak ke piala dunia hnya tggal angan2.. heheh..
ReplyDeletetp x mustahil utk dpt tiket dgn usaha bersungguh2..