“Telah nyata kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan-perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” [TMQ ar-Rum (30):41].
Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA ('',)
Peringatan Allah kepada manusia telah diwahyukan beribu tahun yang lalu. Kesan kerakusan manusia yang tamak makin jelas sekarang, semuanya kerana mengejar kekayaan. Tidak peduli lagi halal dan haram.
Kesedaran menjaga alam sekitar masih rendah dalam kalangan masyarakat kita, lihat sahaja kawasan perkampungan dan perumahan, pergi saja ke mana2 pun, hampir sama saja keadaannya. Amat sedikit kawasan yang "menyenangkan", semuanya jijik dan kotor. Bukan kerana kedaifan dan kemiskinan tetapi kerana timbunan sampah dan segala macam bau yang dikeluarkan.
Tebang hutan secara haram salah satu punca kezaliman manusia pada alam. Sudah jarang tengok kawasan berbukit di tengah bandar...semua sudah ditarah dan digondolkan.
Pembakaran terbuka...
Sampah dibuang merata-rata, sungai menjadi mangsa.
Tumpahan minyak dari kapal2 besar sering berlaku di lautan luas.
Pemandangan biasa yang selalu ditemui di pasar dan kawasan perumahan awam.
Ni lagi best, tengah jalan sempat buang sampah keluar melalui tingkap kereta...siapa la nak pergi kutip sampah tengah2 jalan tu.
Buang sampah dalam kereta..? tong sampah kereta pun ada..?
Buang sampah dalam kereta..? tong sampah kereta pun ada..?
Jom kempen kitar semula, selamatkan alam kita.
Syukurilah dengan nikmat alam yang dikurniakan-NYA ('',)
mungkin belum terlambat.. heheh.. mulakan dengan diri dan keluarga..
ReplyDeletea'a betul msh krg kesedaran untuk jg alam sekitar...kdg2 org ni..bila nampk ada owg pura2 buang smph dlm tong smph..tapi bila pndg kiri kanan xada owg mula laju jer tgn buang smpah merata...
ReplyDeleteya begitu la kira... :)
ReplyDeleteSaya rasa susah sikit nak didik rakyat malaysiani untuk peka pada kebersihan alam sekitar.
ReplyDeleteBudaya membuang sampah sambil memandu dan ditempat-tempat perkelahan seakan sudah menjadi budaya orang malaysia.
Secara tak sedar kita sebenarnya sudah memberikan imej buruk pada agama kita.lihatlah negara bukan Islam jauh lebih bersih dari negara Islam.
Setuju dengan Encik mamat,jom muklakan dengan diri dan keluarga dulu.
setuju ngan pendapat ijoks2009.. :)
ReplyDeletep/s:yg tong sampah kete tu mmg xley blah... hahaha...
Manusia makin tamak
ReplyDeletebila terjadinya malapetaka....
ReplyDeletebaru la nak insaf kan...
manusia...manusia....