20.9.13
British Juga Penjajah, British Diangkat Hero...?
7.7.13
Siapa Recep Tayyib Erdoğan | Turkey Prime Minister
Erdogan dilahirkan di di Kasimpasa, Istanbul. Keluarganya dikatakan berketurunan pendatang dari Georgia yang menetap di Batum dan Rize. Semasa lawatan beliau ke Georgia pada 2004, Erdogan telah melawat tempat asal-usul nenek moyangnya di sana. Kehidupan kanak-kanaknya dihabiskan di Rize sehingga berumur 13 tahun. Bersekolah di Sekolah Imam Hatip dan Universiti Marmara dalam jurusan ekonomi dan sains pentadbiran. Erdogan dikatakan seorang pemain bola sepak profesional sejak berumur 16 tahun.
21.5.12
Persoalan Puasa Bulan Rejab | Peristiwa Penting Di Bulan Rejab
Salam untuk semua, moga dirahmati
Alhamdulillah, umat Islam bakal melangkah ke bulan Rejab, salah satu bulan mulia yang mempunyai seribu satu kisah dan ibrah di dalamnya. Selang dua bulan kemudian, insyaAllah dipanjangkan umur kita semua bakal menyambut pula kedatangan bulan paling mulia, Ramadhan Mubarak yang terkandung dalamnya sebuah malam mulia menyamai seribu bulan.
Aku teringat kata2 seorang ustaz suatu masa dulu, bulan Rejab dan Syaaban adalah bulan "panas enjin" atau "warm up" kepada umat Islam sebelum bertarung habis-habisan di bulan Ramadhan...begitulah gambaran yang mungkin boleh memberikan semangat kepada umat Islam bersedia mental dan fizikal untuk melipat ganda amalan dan ibadah, insyaAllah moga-moga diberkati dan dirahmati-NYA.
Peristiwa Yang Berlaku Dalam Bulan Rejab
Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.
10.5.12
Sejarah Mustafa Kemal Atatürk (Bapa Pemodenan Turki) | Sejarah Hitam Tamadun Islam
18.11.11
Replika Rumah Rasulullah Menyentuh Hati | Gambar Rumah Asal Rasulullah Yang Dirobohkan
Ini adalah foto Rumah Nabi Saw dan Sayyidah Khadijah as, tempat mereka berdua tinggal selama 28 tahun.
Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA
Hati aku sayu, sebak…aku terdiam seketika apabila melawat replika rumah baginda nabi Rasulullah SAW di Taman Seni Islam, Shah Alam (bersebelahan masjid negeri). Itu replika yang dibuat cantik, tetapi aku terbayang2 suasana sebenar keadaan rumah asal baginda nabi yang ringkas, kecil tetapi ruangan2nya sangat tersusun. Aku melihat informasi yang dipaparkan, replika dibina mengikut ukuran sebenar bentuk rumah baginda. Aku tak dapat snap gambar kerana larangan menggunakan kamera di kawasan tersebut…
7.9.11
Meriam Dardanelles Robohkan Kota Konstantinopel | Kisah Sultan Muhammad Al-Fateh
Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA =)
Apabila bicara soal sejarah, pasti ramai yang tahu tentang kehebatan Sultan Muhammad Al Fatih, seorang anak muda yang memimpin tentera merobohkan Kota Konstantinopel yang gah suatu masa lalu. Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq;
“Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Ramai tokoh Islam yang cuba merealisasikan hadis ini dengan berusaha habis-habisan untuk menawan Konstantinopel. Antaranya adalah Saiyidina Umar al-Khattab & Saiyidina Abu Ayub al-Ansari. Namun kesemuanya gagal hinggalah 700 tahun kemudian apabila munculnya seorang putera bernama Muhammad al-Fatih (Mehmet al-Fateh). Baginda hanya berumur 24 tahun ketika mengetuai bala tenteranya membebaskan Constantinople. Bandar ini kemudiannya dinamakan Istanbul yang bererti "Islam Selamanya"
Jom aku nak kongsi dengan semua tentang kehebatan Kota Kontanstantinopel:-
Kota konstantinopel adalah sebuah kota yang cukup hebat dan menakjubkan iaitu kekuatannya dari segi sistem pertahanan yang dapat melumpuhkan serangan tentera-tentera luar. Bayangkan, sebelas kempen ketenteraan untuk menakluki Konstantinopel dari kerajaan Islam iaitu satu dari era Khalifah Usman bin Affan, lima kempen di era Kerajaan Umayyah, satu kempen dari zaman kerajaan Abbasiyyah, satu kempen dari kerajaan Turki Seljuk dan tiga kempen dari kerajaan Uthmaniyyah semuanya menemui kegagalan.

Secara asasnya, pertahanan kota ini dikuatkan oleh faktor semulajadi dan faktor teknologi terkini pada zaman itu. Mari kita lihat sistem pertahanan kota ini:
1) Geografi kota ini mempunyai tujuh bukit. Secara tidak langsung, bukit-bukit ini menjadi pelindung semulajadi kepada Kota Konstantinopel kerana akan menyukarkan mana-mana pihak tentera untuk melakukan serangan menggunakan senjata-senjata yang besar seperti meriam, manjanik dan menara bergerak (lihat gambar di bawah).
2) Jika kita melihat kota ini dari atas, maka kita akan mengetahui bahawa kota ini berbentuk tiga segi. 2/3 sempadan kota ini masing-masing menghadap Laut Marmara dan Selat Bhosporus (kelebihan semulajadi). Jesteru, bagi mana-mana pihak tentera yang mahu menyerang kota konstantinopel, angkatan tentera laut yang kuat diperlukan untuk menakluki kota ini.
3) Demi menjaga keselamatan Kota Konstantinopel pada bahagian laut, Maharaja Konstantinopel telah membina rintangan rantai besi di selat Bhosporus bertujuan untuk menghalang mana-mana armada tentera laut pihak tentera yang menyerang dari memasuki Tanduk Emas (rujuk gambar).
4) Kota ini diperkukuhkan lagi dengan binaan benteng yang kukuh yang mengelilingi kota ini. Tambahan lagi, benteng yang menghadap bahagian daratan pula dilapisi dengan 2 lapisan tembok iaitu lembok luar dan dalam.
Tembok luar setinggi 25 meter dan setebal 10 meter dan tembok dalam pula setinggi 40 kaki dan setebal 15 meter. Di belakang tembok yang pertama, terdapat pemanah dan tentera yang sentiasa bersiap-sedia untuk pertarungan jarak dekat. Di tembok yang kedua pula, terdapat pula sejenis alat yang dinamakan sebagai Greek fire.
5) Malah di luar kota ini pula dibuat sebuat parit sedalam 10 meter dan selebar 60 meter.
Siapa sangka sebuah kota yang mempunyai sistem pertahanan yang begitu hebat dan kukuh ini boleh tunduk kepada Sultan Muhammad Al-fateh dan tenteranya. Tetapi, proses penaklukan ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Hanya mereka yang berjaya menghimpunkan ciri-ciri yang ada pada diri Sultan Muhammaad al-Fateh sahaja yang akan berjaya mengulangi sejarah yang gilang-gemilang ini pada waktu kini.
Meriam Dardanelles
Meriam Dardanelles, dibuat daripada gangsa yang dicipta oleh pakar meriam berbangsa Hungary bernama Orban, digunakan oleh tentera Muslim pimpinan Sultan al-Fateh untuk merobek dinding Kota Konstantinople. Kini, meriam ini berada dalam simpanan Royal Armouries Museum.
Berat setiap meriam ciptaan baru ini ialah 700 pauns! Ia perlu ditarik oleh 100 ekor kuda dan seratus orang tentera. Bila diletupkan, bunyinya boleh didengar sejauh 13 batu! Setiap tembakannya akan menyebabkan tembok yang kuat berlubang seluas enam kaki.
Benteng Rumeli Hisari. Dibina pada tahun 1451 dan 1452 oleh Sultan al-Fateh dan tenteranya. Tiga menara besar tersebut dinamakan sempena nama 3 orang panglima Sultan al-Fateh, Sadrazam Çandarlı Halil Pasha yang membina menara besar berhampiran pintu gerbang, Zağanos Pasha yang membina menara selatan, dan Sarıca Pasha yang membina menara utara.
Azhan: Selepas baca ni, aku memang kagum! Bila la aku nak sampai sana…angan2 ja ni..
31.8.11
Siapa Mat Indera & Tok Janggut Dalam Menuntut Kemerdekaan Negara?
Klik sini untuk mengetahui sejarah pejuang... [LINK]

13.12.10
(Gambar) Kenangan Sejarah Ulama Melayu
8.12.10
Sejarah Kasino Genting, Tanah Pahang Dan Selangor Digadaikan.
20.6.10
Penjara Pudu Dirobohkan Esok
Seandainya tembok itu boleh berkata-kata, mungkin ia akan mengatakan bahawa 100 tahun sudah cukup baginya menyaksikan pelbagai peristiwa suka duka, pahit manis dan kini tiba masa untuk merelakan dirinya tumbang menyembah bumi setelah 14 tahun dilanda kesepian.
Mungkin ia juga akan mengatakan bahawa dirinya yang dahulunya gah dengan mural sepanjang 384 meter yang mencatatkan rekod sebagai yang terpanjang di dunia, kini sudah tidak tidak bererti lagi.






