Salam untuk semua,
Aku rasa ramai sedia maklum gambar Tok Janggut yang digantung mati terbalik begini. Tok Janggut diusung mayatnya keliling Kota Bharu, kejam...! Layanan British kepada sesiapa sahaja penentang di zaman itu. Aku cuma tertanya2, Penjajah British diangkat lebih suci daripada penjajah lain seperti Portugis, Belanda, Jepun...malah paling menarik Komunis yang menentang penjajahan British paling teruk dilabel "pengganas" paling kejam dalam sejarah.
Sedang, keganasan yang sama teruk dibuat British kepada rakyat Tanah Melayu, cuma "jasa" British memeberikan kemerdekaan dengan "syarat", menyebabkan "jasa" itu lebih dikenang berbanding kekejaman mereka kepada pejuang-pejuang Tanah Air yang lain.
Aku tarik perhatian anda, lihat polis disisi mayat Tok Janggut itu. Polis Melayu, anak tempatan yang menjadi petualang sama dalam pembunuhan. Nah! Jadi bagaimana orang Melayu yang bekerja dengan British menentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara sendiri? Sukar untuk menghukum sebenarnya...kerja dengan British, kerja dengan Jepun, kerja dengan Komunis, kerja "bawah tanah"...masa dan ketika itu mendesak...
British juga pengganas! British juga penjajah.
saya bersetuju dengan kamu... kita orang Malaysia dan orang Asia telah di-brainwashed-kan to the core sampai kita sudah hilang akal.. hiland arah. Apabila GE 13 kita kena 'rigged', kita tulis surat ke Rumah Putih? Buat apa tu? Apakah bezanya kita complain tentang yakuza kepada mafia?
ReplyDeletesaya bersetuju dengan kamu... kita orang Malaysia dan orang Asia telah di-brainwashed-kan to the core sampai kita sudah hilang akal.. hiland arah. Apabila GE 13 kita kena 'rigged', kita tulis surat ke Rumah Putih? Buat apa tu? Apakah bezanya kita complain tentang yakuza kepada mafia?
ReplyDelete