Pages - Menu

23.11.11

Pengalaman Aku Berjiran Dengan MELAYU, Berbeza Berjiran Dengan CINA!

Salam untuk semua, moga dirahmati

Alhamdulillah…tak berapa hari lagi aku nak selesaikan pengajian…2 hari lepas aku dah duduki peperiksaan induksi penjawat awam (KISSM)..agak mencabar nak study semua tu…banyak sangat nak tahu. Sodih pulak rasa ni…haha. tapi aku nak cerita pengalaman aku sewa rumah kat bandar besar K.L ni…

Berjiran dengan Melayu

Aku duduk rumah sewa dengan kawan2 aku 11 orang…rumah pertama, kami sewa sebuah apartment di pinggir K.L milih seorang Melayu. Kami sewa selama 2 tahun kat situ. Jiran sebelah Melayu…. Tanggapan aku, leganya dapat rumah Melayu, jiran pulak Melayu…macam bagus! haha.

Dah lama duduk disitu…tak pernah pula aku tengok jiran nak datang bertegur atau apa sahaja reaksi walaupun kadang2 kami dah lemparkan senyuman..haha…mungkin budak2 bujang…siapa sangat nak kisahkan…perghhh..sombong pulak akak Melayu ni! Kami pun buatlah open house raya…ingat apa? Bujang2 lelaki pun rajin masak ooooo…haha.siap jemput kawan2 & jiran2…harap2 jiran sebelah ni akan datang…tak juga datang…tak apa lah…

Yang paling teruk apabila rumah kami dilaporkan bermasalah kepada pihak berkuasa kerana memakir motorsikal tidak pada tempatnya…..ala benda tu boleh ja selesai elok2 sebenarnya sebab kami pun tak diberitahu awal tentang tempat parking tu…baru aku kenal orang MELAYU bandar besar macam mana…kerja balik kerjaa…..tidur…tak bermasyarakat...tapi aku tak maksudkan semua orang Melayu macam tu…

Kes pemilik rumah kami pula Melayu…mau sahaja aku maki si bangsat ni…sudah lah menipu perjanjian, sekarang ni wang deposit yang dijanjikan dulu masih belum diselesaikan semuanya…dia masih pegang 1/4 (5ratus) jugak tu! Banyak pulak alasannya tak nak pulangkan…itu rosak la…ini rosak la…sebelum keluar dulu dah dibaiki semua…tapi namanya MELAYU…memang ramai yang haprak!

Berjiran dengan Cina

Sekarang aku berjiran dengan berbangsa Cina, kami sewa sebuah rumah 2 tingkat kawasan perumahan lain…memang mahal tapi puas hati rumahnya besar. Tapi kawasan ni kos hidup masyarakatnya lagi tinggi…kawasan elit la juga…sebab tak dak orang Melayu lorong aku ni…haha.kami ja pelajar Melayu sewa sini…aku siap diekori oleh polis dulu kerana suspek mencurigakan di kawasan ni…haha…sori encik…ni rumah saya..haha..terkedu polis tu =)

Kami sewa di sini 1 tahun ja…tapi best..haha.jiran di sini semua kaya2…kereta besar2..rumah kami ada motor ja….tapi jirannya tak sombong…selalu bertegur sapa…yang paling baik auntie depan rumah aku…aku & kawan2 selalu juga sembang2 dengan dia…orang bisnes…tapi sangat menghormati kami walaupun pelajar ja…hari raya lepas aku bagi dia kueh raya…macam2 jenis kueh…suka betul dia tak putus2 ucap terima kasih.haha.

Masalahnya berjiran dengan Cina adalah Anjing….haha.kami keluar ja rumah….ada ja anjing jiran nak kejar….kami dah kasi nama John…haha. Tapi John dah kenal aku…sebab aku selalu baling batu…haha.aku balik ja rumah dia lari jauh…haha.takut….! Kami semua enjoy duduk sini walaupun kena bayar sewa bulanan lebih mahal…

Penting hidup berjiran ni…jangan anggap berjiran dengan berbangsa lain itu tidak baik tetapi kadang2 lebih baik daripada berjiran dengan bangsa sendiri namanya MELAYU….akhirnya usah terlalu berbanggga dengan Melayu kerana yang penting itu agamanya ISLAM! Sekian kisah aku sebelum aku melangkah keluar daripada masyarakat Cina di sini…

19 comments:

  1. Terus-terang jiran kakak sekarang semuanya bangsa asing. Sebab itu abang kena sentiasa ke surau sebab kalau tak bimbang buat tahlil/kenduri tak ada yg kenal.

    Jiran kakak sebelah kanan-India, kiri-Indonesia, depan-semua cina, belakang-semua sarawakian-sabahan. Tapi bila kakak cuti merekalah yg tolong tengokkan rumah/pokok bunga kakak. Semuanya ok belaka

    ReplyDelete
  2. Biasalah tuan, melayu yg dudk kuarter lagi sombong kdg2 tu...berlagak tp duduk rumah kerajaan(duit rakyat tu)je...sesetengah tu lah..xthu hebat tang mana dia...hebat mana pun kita sedarlah yg kita hidup ni xkan sama hari ni/esoknya...time perlu bantuan baru ingat jiran...melayu lah tu...ambo x bangga ambo sbg melayu, cuma ambo bangga sbb ambo melayu ISLAM...

    ReplyDelete
  3. DI KL MEMANG MANGKUK-MANGKUK BERNAMA MELAYU (TAK SEMUA YO) PERASAN MACAM NAK RAK TAK INGAT NAK MAMPUS,TAK CUKUP PERASAN SOMBONG PULAK INGAT BOLEH BAWAK MATI SEGALA NYA ,INGAT AKU MELAYU JIKA ISLAM BETUL JAUH BEZA DARI MELAYU MANGKUK TU SEMUA ,HAIRAN BIN AJAIB APA YANG DEPA SOMBONG TAK BERTEGUR SAPA MALAH NAK SENYUM SIKIT PUN AMAT SUSAH PADA HAL ISLAM MENGALAKKAN SENYUM ,SEDEKAH KAN ! NASIB KAU LA MELAYU MANGKUK OI HAHAHA ...

    ReplyDelete
  4. Bukan Bangsa yang jadi soal, tetapi perangai manusia. Perangai tak kira bangsa. Mana boleh salahkan jiran melayu atau jiran cina, atau jiran India.

    Pergilah berjiran dengan bukan Islam. Kalu mati biar diaorang tolong kuburkan.

    Kita kutuk jiran kita, jiran kita pun kutuk kita jugak. Kita kata jiran sombong, jiran pun kata kita sombong.

    ReplyDelete
  5. kat bandar ni memang wat hal masing2 ja...saya antara jiran yg mcm tu kot.hahaa tp kalau org senyum or tegur tu tak la nk nyombong, ada open house pun pg ja kalau xde hal, xpn hantar srg wakil.
    saya kalau nk menyewa mesti nak cari tuan umah melayu, tp depa ni tak telus. duit deposit api+air janji nak bg balik, xbg semula pun.xbgtaw pun sbb2 kenpa dia nak burnkan aje.api+air kitaorg selalu free ja bln2.makan la duit tak berkat tu..huhuu

    ReplyDelete
  6. JR juga pernah mengalami pengalaman yg sama hingga kita membuat kesimpulan mudah: org bukan-Melayu lebih santun dari Melayu. Memang malas nak kutuk bangsa sendiri, tapi apa nak buat itulah realiti pedas yg harus ditelan...

    Entri terbaru di blog JR:

    "Tips Hapus Bayaran Saman Trafik Dari Rekod Polis"

    ReplyDelete
  7. betul tu...jiran sha sekarang is chinese...ALHAMDULILLAH so far takde prob...kami saling menolong

    ReplyDelete
  8. trkdg bangsa lain lebih mesra alam dan brbudi bahasa...Bln lepas masa p Genting, org melayu brlambak2 kt parking buat xkisah je bila suami akak ada masalah nk parking di tmpat yg sempit, dtg seorg pemuda cina yg brsungguh tlg tgkkan dan bantu suami akak parking...trharu n trkeliru sungguh.....

    ReplyDelete
  9. ada yg baik ada yang buruk
    lumrah sebenarnya
    semua kaum ada perangai begitu
    cuma jumpa dengan tak jumpa jer
    apa2pun harap kita semua tak mengikut amalan negatif dan tak elok macam tu
    :-)

    ReplyDelete
  10. sebaris depan dan belakang semuanya india dan cina...tapi kami harmoni sahaja sampaikan anjing jiran sudah tahap best fren bila kami balik rumah...hon jer dia terhegeh2 menjelir lidah...hehe

    ReplyDelete
  11. Melayu ni tak boleh disentuh cepat melatah tapi itu hakikat melayu yang patut diterima...byk sgt hasad dengi, sombong tk bertempat..

    ReplyDelete
  12. Pernah kena cmni, orang Melayu jugak.
    Bukan nk mnegata or menghina bangsa sendiri, tpi realiti.

    ReplyDelete
  13. haha aku satu malaysia. tepi melayu ngan india depan cina. tapi aku paling bengang dengan cina depan ni, sombong, berlagak, malam2 karaoke tak ingat dunia, apa pun tak boleh. haaha

    ReplyDelete
  14. muka hang muka pecah rumah ka smpai polis follow? hahaha...

    btoi! itu aku akui.. tmbhn pulak plajar. jiran2 mmg tak suka dgn pelajar yg sewa rumah. mcm2 alasan depa bagi semata2 nk kita keluar dri tempat tu..

    tp dgn cina, mmg hari2 kena hadap hanjing la.. haha..

    ReplyDelete
  15. jiran cina saya tingkat 1 o.k nampak bertegur sapa, yang tak o.k jiran tamil saya, asyik nak basuh lantai saja, memekak saja pot pet pot pet, marah anak saja, bila suaminya tiada asyik dengar anaknya melolong saja,asyik bakar bau-bau jer...., yang kat bawah dulu disewa orang yang dimelayukan pemerintah, baru duduk 2 minggu dah kena rush sebab jual dadah. Jiran cina yang buka kedai hampeh kotor pula meniaga, jiran melayu saya tingkat 1 pun o.k selalu bertegur sapa tetapi dah pindah pula.... jiran sebelah saya pun orang tamil , ok jer dan tak pernah memekak atau menyusahkan saya dibandingkan dengan 3 keluarga tamil yang duduk dibawah saya beza betul perangainya...

    ReplyDelete
  16. Tapi Kalo jiran Ngan Cina Suke Makan Babi tak tahan oooo.... time die masak babi termuntah2 aku die buat nye.

    ReplyDelete
  17. sesape bangsa pun jiran tak penting...yang penting adab berjiran perlu dijaga...jiran yg baik adalah beradab sesama mereka...

    ReplyDelete
  18. mmm....dulu pernah duk sebelah umah chinese....tak risau pun kalau hujan mesti auntie tolong alihkan....skrg duk sbelah melayu....bukan setakat risau kalau hari hujan tak sempat alih kain kat jemuran....dia sendiri pun entah apa benda dibuatnya, baju diorang pun selalu tak teralih kalau hujan padahal orangnya ada kat rumah sbb mmg surirumah ...

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...