Salam untuk semua, moga dirahmati..
Berakhir sudah debaran, jawapan sudah termaktub! Malaysia berjaya mempertahankan maruah bola sepak…terus kekal kuasa bola sepak Asean…Alhamdulillah, aku percaya seluruh rakyat Malaysia tak lepas peluang tengok game final bertemu Indonesia…memang mendebarkan apabila ketinggalan minit2 awal…tapi sokongan padu penonton tuan rumah sedikit tidak menjejaskan rentak permainan Harimau Malaya! Tahniah kerana berjaya menghukum penonton2 Indonesia yang terlalu ego dan kurang menghormati negara serantau terutama Malaysia….
.
Apek dan back four yang diketuai Fadhli sangat mantap menyerap asakan2 serangan…walapaun Apek awal2 nampak sedikit hilang posisi selepas tewas sepakan sudut minit ke-5. Bad berjaya memainkan peranan kapten sebaiknya! Tahniah bro..balik s.p nanti aku belanja…haha. Permainan game final ni memang menghiburkan, walaupun ramai tonggak utama negara tak main, tetapi OKs (Ong Kim Swee) berjaya mencaturkan strategi tersendiri dengan merombak posisi2 sayap…
.
Tahniah kerana anda berjaya merakam sejarah penting Bola Sepak ASEAN 2011! Macam kenal no 13 tu…hehe.siapa ek? Suspek rakyat Malaysia ni…haha
.
Balik Sukan SEA, kembali dengan perlawanan lebih penting…Kelayakan Olimpik London…bertemu Syria…apa lagi semua, jom turun Stadium Nasional Bukit Jalil nanti! Aku dah book tiket dah…insyaAllah akan turun…kepada penyokong jangan lupa tunaikan dahulu solat Maghrib…jangan kerana sukan kita diazab akhirat, na’uzubillah…
.
Ni suspek aku yang bakal menyerlah masa depan…ada pontensi besar, memang berbakat…tingkatkan kelajuan dan agresif…komen member rumah aku, Muhamad (Juventus fan..hehe)
TAHNIAH RAKYAT MALAYSIA!
Semoga team Malaysia dpt menunjukkan mereka bukan saja jagoan Asia Tenggara, tapi salah satu jagoan Asia...
ReplyDeleteEntry terbaru JR:
Bola: Media Indonesia Kutuk Team Malaysia?
salam tahniah team HM smoga lbh sukses utk game yg akan datang..
ReplyDeleteTahniah! Puas hati bila melihat kegembiraan pemain-pemain Malaysia.
ReplyDeletesalam, biar layak ke Olimpik pulak...barulah bertaraf dunia.
ReplyDelete