Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA ('',)
Oleh:Hanisah Harun
Lahirnya ke dunia, seorang bayi meraung dan menangis memecah kesunyian, saat di mana manusia sekililing menunggu ketibaan insan baru dalam kehidupan. Tangisan bayi comel itu membawa khabar gembira kepada sepasang suami isteri yang bergelar ibu dan bapa. Tangisan itu melakarkan senyuman yang berpanjangan. Penantian yang panjang selama 9 bulan 10 hari terasa sangat bermakna, pengorbanan ibu melahirkan anaknya suatu pengorbanan teragung yang tiada tolak banding.
Namun sangat memilukan apabila pusat penjagaan orang-orang tua sentiasa penuh dan bertambah dengan kedatangan penghuni-penghuni baru setiap masa. Persoalannya, apakah anak-anak sekarang sudah buta dalam menilai dan menghargai? Sedangkan nilai kasih sayang seorang ibu tidak terhingga terhadap anak yang dilahirkan. Ibu yang mendidiknya bermula dengan belajar meniarap hinggalah anak itu pandai berlari-lari, malah tidak kurang yang sangat petah berkata-kata.
RASULULLAH menangis, hiba hatinya mendengar luahan hati seorang ayah mengenai anaknya. Lelaki tua itu berkata: “Ketika kecil, tanganku inilah yang memberimu makan. Engkau kehausan, akulah yang menuangkan. Jika kau sakit, tiada aku tidur sepanjang malam, sakitmu itu membuatku kerisauan. Tetapi kini selepas engkau mencapai tujuan. Kulihat dalam dirimu apa yang tidak kuharapkan. Kau balas dengan kekerasan dan kekasaran. Seolah-olah nikmat dan anugerah itu engkau yang berikan.”
Berlinangan air mata Rasulullah, baginda memanggil anak itu dan bersabda kepadanya: “Kamu dan semua milikmu, semuanya adalah milik ayahmu.” Hadis riwayat Ibn Majah, Imam Ahmad dalam al-Musnad, Ibnu Hibban dalam Sahihnya dan al-Baihaqi dalam al-Sunan.
Berbuat baik kepada ibu bapa adalah satu perintah dan tanggungjawab yang wajib disempurnakan bagi setiap individu yang bergelar anak tanpa mengira samaada ibu bapanya itu beriman atau tidak. Dalam surah al-Isra', ayat 23 dan 24, Allah menerangkan kepada kita supaya sentiasa taat kepada mereka:-
وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا
"Jika seorang atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, janganlah engkau berkata kepada kedua-duanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia.وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
"Dan rendahkanlah dirimu kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku ketika kecil.
Melalui nas ini jelas menunjukkan, berbakti kepada ibu bapa bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan kerana ia adalah suatu perintah yang wajib dilakukan. Sebagai anak, kita perlu menjaga hubungan dengan ibu bapa agar sentiasa akrab meskipun sudah dewasa dan mempunyai rumah tangga sendiri. Perbuatan derhaka amatlah dilarang sama sekali dan mereka yang menderhaka akan mendapat dosa besar. Dalam satu hadis ada menerangkan derhaka kepada ibu bapa adalah dosa besar selepas syirik.
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, Nabi s.a.w pernah menceritakan mengenai dosa besar. Baginda bersabda yang bermaksud: "Menyekutukan Allah, menderhaka kedua-dua ibu bapa, membunuh dan berkata dengan kata-kata palsu." (Hadis riwayat Muslim)
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, Nabi s.a.w pernah menceritakan mengenai dosa besar. Baginda bersabda yang bermaksud: "Menyekutukan Allah, menderhaka kedua-dua ibu bapa, membunuh dan berkata dengan kata-kata palsu." (Hadis riwayat Muslim)
Menurut hadis nabi juga, orang yang derhaka pada ibu tidak mencium bau syurga. Dalam satu kisah, sahabat Nabi s.a.w bernama Alqamah, seorang yang taat dan rajin beribadat; mendirikan sembahyang, berpuasa dan bersedekah. Namun pada saat kematiannya Alqamah sangat menderita. Begitu sulit hendak menghadap Allah Taala. Mulutnya seperti terkunci untuk mengucapkan kalimah tauhid sungguhpun setelah ditalqin yakni diajarkan oleh para sahabat. Ini adalah kerana Alqamah lebih mengutamakan dan terlalu cintakan isterinya sehingga mengabaikan ibunya.
Di akhir hayat Alqamah, ibunya tidak memaafkannya kerana masih berkecil hati dengan Alqamah. Melihat keadaannya yang nazak, Nabi memerintahkan sahabat untuk mengumpul kayu api sebanyaknya untuk membakar Alqamah, Maka pada saat itulah, cinta seorang ibu yang telah lama terkubur dalam hatinya mulai hidup dan bersemi lagi, akhirnya ibu Alqamah memaafkannya dan Alqamah dapat menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan tenang.
Peristiwa terbabit wajar dijadikan iktibar kepada semua di antara kita. Janganlah kerana isteri hak ibu terabai dan disebabkan suatu perkara remeh, tergamak meninggikan suara terhadap ibu sendiri.
Hayatilah sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Reda Tuhan (Allah) ada dalam reda kedua-dua ibu bapa dan kemurkaan-Nya ada dalam kemurkaan kedua-duanya." (Hadis riwayat al-Tabrani)
waa mcm nak nngs baca entry nie!! :(
ReplyDeleteMeh singgah: New Princess yang comey!!
Bismillah,
ReplyDeleteYa Allah ampunkan dosaku,dosa kedua ibu,bapaku kasihani mereka sepertimana mereka mengasihani kami semasa kami kecil.jadikanlah kami anak yang berbakti kepada kedua ibu,bapa kami yaAllah...dan ampunkan dosa2 kaum muslim,muslimat yg hidup dan yg telah meninggal dunia rahmatilah mereka dunia akhirat.
tetiba rindu kat mak.. =(
ReplyDeleteKasihnya ibu
ReplyDeleteMembawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada
Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya
Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa
Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
syukran =)
ReplyDeletemoga2 dapatlah kita berbakti kepada ibu bapa kita selagi kita masih hidup....
ReplyDeletesentiasa merindui ibu di kampung....
ReplyDeletesatu refleksi diri...
ReplyDeleteKan dhadiahkan ibuayah sekuntum doa kudus dalam setiap waktu...
semuga kita terus mantaati dan membahagiakan ibuayah...Amin
salam sahabat2...
ReplyDeletekasih ibu bapa tiada syarat, hargailah mereka selagi masih ada disisi..Berkatilah hidup ibu bapaku dalam Islam, akhirilah kehidupan mereka dalam kalimah tauhidmu. Tempatlah mereka di sisi kekasihmu, Rasulullah SAW.amin
jagalah mak dan ayah molek2 ye....
ReplyDeletemcm mina ni...bila mak dah takda..
baru rasa mcm byk dosa je...huhuhu
Janganlah derhaka kepada kedua ibu bapa...
ReplyDeleteVaksin HIV berjaya di India
baru saje berjumpe ibu dan ayah ...sebelum mereka berangkat jauh...kasih ibu bawa ke syurga..kasih ayah tiada batasnye...
ReplyDeleteeh samelah nama penulis tu dgn name saya..;)
dlu, bila kena marah ngan mak atau ayah, rsa nk lari rumah..
ReplyDeletebila muhasabah diri balik, besarnya pengorbanan depa..
mmg patot pon kna marah..
║║╔║║╔╗ ║
ReplyDelete╠╣╠║║║║ ║
║║╚╚╚╚╝ O
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Doa ku untuk mu ayah dan ibu
رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
"Rabbanaghfir Lii Wa Li Waalidayya Wa Lil Mu'miniina Yauma Yaquumul-hisaab"
"Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)"
selagi kamu tidak berkahwin, taatlah kepada ibu bapa. kerana syurga itu ada bersama ibu kamu.
ReplyDeletepesanan ikhlas : Jangan asyik taat kat pakwe, tapi ibu bapa terabai.
pesanan untuk semua dan diri sendiri. =)
terima kasih suma atas komen2 yang membina,,,sama2 nasihat menasihati agar tidak lalai dan alpa hingga tak sedar di mana salah dan silap kita kan...syukran ala kulli hal =)
ReplyDeleteAs salam nisah..la hg ada blog ka? aku bru tau,tupun nasib hg msg kt aku.hehe. Subhanallah,mendalam mesg yg disampaikan,betapa besarnya tanggungjawab yg kita kena buat sebagai anak,kalau kita nk banding dgn buih2 kt lautan pun belum tentu mencapai apa yg mak ayah kita dh korbankan utk kita,trutamnya mak kita kan.Belum kira 9 bulan kandung kita,perih nak menyusu dan sbgnya. ( Apapun smoga brjaya utk essgment hg no) hehe
ReplyDeleteAhamdulillah artikel ini amat bermakna untuk dibaca dan dihayati.
ReplyDeleteSebagai anak, kita diajar untuk menghormati orang tua. Semua agama juga mewajibkan golongan muda menghormati dan menghargai segala jasa golongan lebih tua daripada mereka.
Bagi generasi muda, mereka sesungguhnya bergantung harap kepada golongan tua, khususnya ibu bapa, dalam memberikan nasihat serta tunjuk ajar dalam mengharungi denai dan lembah kehidupan yang penuh mencabar ini. Pendek kata, ibu bapa adalah penyuluh yang menerangi laluan di sepanjang jalan kehidupan kita.
Anak-anak perlu bertanggungjawab. Kalau dahulu, seorang ibu dan seorang bapa boleh menjaga 10 anak yang dilahirkan, kenapa pula setelah ibu bapa menjadi tua, 10 anak tadi tidak boleh menjaga seorang bapa atau seorang ibu?
Seorang anak tidak akan mampu mencari ganti kasih ibu dan ayah sedangkan dia boleh mencari seramai mana teman dalam hidupnya. Anak-anak muda perlu beringat bahawa kita juga akan menjadi tua suatu hari nanti. Dan pada ketika itu, sudah tentu kita sangat mengharapkan orang lain, terutama anak-anak, menghormati dan menyayangi diri kita.
Kepada mereka yang masih punya ibu bapa, seorang atau kedua-duanya sekali, berilah layanan sebaiknya kepada mereka selagi hayat dikandung badan. Perginya mereka nanti ke alam lain tidak akan kembali sampai bila-bila. Waktu itu, jika penyesalan datang menyapa sekalipun, ia sudah terlewat. Tidak berguna lagi. Semestinya kita harus pasrah terhadap ketentuan begini.
Marilah sama-sama kita, pada saat dan waktu ini, tunduk seketika dan memejamkan mata bagi mengingati ibu dan bapa sama ada mereka masih ada atau sudah tiada sambil menitipkan doa kesyukuran, dan mendoakan kesejahteraan mereka.
artikel yang sangat membina dan menjadi peringatan kepada kita semua. kekadang kita terlalu leka sehingga mementingkan kawan-kawan dan mengabaikan kedua ibu bapa kita...padahal ibu bapa kita sentiasa di sisi kita sama ada kita bergembira atau berduka...maka janganlah kita lupa diri..
ReplyDeletegood entry..byk kesiaan yg tlh kite lakukan pd ibu bapa..insafah sblm terlmbt..
ReplyDeletehargailah kedua ibu dan bapa kiter slagi mereka masih ada di dunia ini....
ReplyDeletesyazeela
ReplyDeleteYa Allah,kurniakan syurga pada ibuku..
salam,.,.ur cousin at UITM arau :..penulisan yg bagus,..masuk kan juga tentang tgjwb anak kpd ibubapa dia wlaupn ibu bapa nya berlainan agama..kerana ada kisah yg Nabi Musa bertnyakan Allah siapa jirannya di Syurga nti...Allah jwb lelaki ni..then Nabi Musa pergi cr utk lihat mcm ne lelaki ni dpt jiran nya di Syurga..tapi Nabi musa terkejut bila jumpa sbb lelaki tu sdg memandikan sekor khinzir..bila Nabi Musa tnya adkh kmau berpegang pd agama Allah..lelaki tu jwb ya..dan nabi musa tnya lagi jika ya kenpa kamu jaga khinzir nie??..lelaki tu jwb ini lah ibu ayah sy yg Allah tukarkan jd khinzir krn derhaka kpd Allah..disbbkan dia jaga ibubapa nya lah dia jdi jiran nabi musa dlm syurga..jika silap crta ni hope tegur2 lah ye...
ReplyDeletesatu peringatan yg baek..hargailah ibu bapa kita selagi hayat d kandung badan..marilah sama2 kta merenung kmbali saat ketka kta masih kecil d mana kta dpt merasa n melihat btapa besarnya pngrbanan ibu dan ayah yg memerah keringt untuk mlahirkan, membesarkan dan mndidik kta mnjadi insan yg beguna sptmana kta skrg..oleh itu,marilah sma2 kta brusaha untk mnjadi ank yg soleh dan solehah..amin..
ReplyDeletep/s:utk dri sndiri n suma,jgn lpa utk berdoa kpd ibu n bapa kta tiap kali selesai solat.. sekian..wallahhualam..
sebagai p'ingatan utk semua..xda ibubapa xd lah kta kt dunia nie..hargailah kedua-duanya selagi mreka ada..
ReplyDeletesy SAYANG AYAH&MAK sy..huhu
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Reda Tuhan (Allah) ada dalam reda kedua-dua ibu bapa dan kemurkaan-Nya ada dalam kemurkaan kedua-duanya." (Hadis riwayat al-Tabrani)
ReplyDeletebest...teruskan usaha..hehe
banyaknya anonymous huhu...nway syukran kerana sudi coment..sudi2lah tinggalkan nama anda ya =)
ReplyDeletepenulisan yang menarik~~
ReplyDeleteMudah-mudahan kita sama mengambil manfaat dari artikel ini, semoga kita menjadi anak yg soleh yg sentiasa mendoakan kedua ibubapa kite, sebagai bekaln mereka nanti..
ReplyDeleteSabda Rasulullah SAW : Jika meninggal dunianya salah seorang BANI ADAM,,maka terputuslah segala amalannya kecuali daripada 3 perkara :
1) Sedeqah Jariah.
2) Ilmu yang mana dimanfaatkan dengannya.
3) Anak Soleh yang sentiasa mendoakan untuknya.
Sama-sama kite amalkan dan istiqamah.. :)
Good job huhu...penulisan yang baik.truskn entry yg best spaya org len xbosan utk bc.
ReplyDeletecantik dah tu..isi yang ada fakta..bukan sekadar goreng..cantik2
ReplyDeletecantik dah tu..isi yang ada fakta..bukan sekadar goreng..cantik2
ReplyDeleteGood Job my friend....
ReplyDeleteArtikel ni penuh dgn msg yg berguna utk semua...
sama - samalah kita saling ingat mengingati...
aagr yg terleka akan kembali sedar...
yg alpa akan kembali ingat...
dan yg tersesat akan kembali ke pangkal jalan....
mudah-mudah segala urusan kita dibumi Allah ini dipermudahkan...
Amin..Amin ya Rabbal Alamin...
alhamdulillah....kasih ibu membawa ke syurga. kasih ayah tiada tara...
ReplyDeletetahniah kpd penulis
kasih ibu tiada tandingan, kasihnya membawa ke syurga.. sayangilah dan hargailah pengorbanan ibu..
ReplyDeleteSayang ibu sebagai jalan utk kita mencintai Allah.. Jom pakat2 syng ibu kita (^_^).. Kasih ibu membawa ke syurga...
ReplyDeletebest.....tersentuh je bila bc tetba je igt kt parent kt umah....... semoga ia mnjadi peringatan buat kita semua........InsyaAllah...
ReplyDeletenisah,...bgus2,...ptut tmbh lg hadis yg pasal kedudukn ibu,..aku xingat sgt,..lbh kurg cmni la...ada someone tanya siapa lpas Allah n rasul,..nabi jwb ummi sbyk 3 kali,...pastu bru ayah,...hadis ni tnjuk btpa tgginya darjat ibu,...=)
ReplyDeletenice..;)
ReplyDeleteKasih ibu membawa ke Syurga,
ReplyDeleteKashi bapa membawa bahagia,
Jagalah mereka dgn perasaan suka,
Bukannya menyakiti hati mereka berdua.