Pages - Menu

Showing posts with label Palestin. Show all posts
Showing posts with label Palestin. Show all posts

14.5.13

Memperingati Hari Nakba, 65 Tahun Palestin Dirampas! (Gambar Menarik)



Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA

Suatu peristiwa yang jarang2 kita sambut adalah peristiwa memperingati pengusiran rakyat Palestin daripada buminya sendiri yang telah berlaku sejak 65 tahun yang lalu (sejak 1948). Peristiwa tersebut dikenali sebagai Hari Nakba.
Nakba Day atau Hari Nakba /يوم النكبة, bererti “hari Bencana” ketika Israel melakukan Pengusiran dan perebutan Tanah dan Rumah terhadap Warga Palestin yang menyebabkan sekitar 700 000 rakyat Palestin yang menjadi pelarian.



Istilah “Nakba” digunakan dalam kaitannya dengan penciptaan Israel pada tahun 1948 setelah berlakunya  ‘pembersihan etnik’ terhadap rakyat Palestin. Teruskan berdoa buat saudara mara kita di sana, perjuangan mereka bukan sekadar menuntut tanah untuk didiami tetapi menuntut hak sekalian umat Islam di muka bumi.

"Siapa yang menguasai Palestin/Baitul Muqaddis, dia akan menguasai dunia"

12.12.12

Video Misi Gaza Oleh 3 Orang Artis | Artis Magnet Masyarakat

Afdlin, Zain, Bront (Nasrul) dan Ustazah Maznah

Salam untuk semua, moga Allah rahmati

Allahuakbar! Laungan takbir aku mulakan penulisan hari ni...dalam seminggu dua ni aku memang mengikuti penuh minat perjalanan rombongan Aqsa Syarif ke Gaza melalui FB. Aku percaya sahabat2 yang lain tak kurang juga ikut sama kisah dan info baru. Ni aku nak kongsi pengalaman mereka dalam temubual anjuran Ikram Mesir.

Artis dan Orang Seni

Perjalanan kali ni agak menarik, sebab disertai 3 selebriti. Kuasa artis dan orang seni sangat berikan kesan kepada masyarakat...aku melihat perkembangan rakyat mula memesong dan bersungguh2 bercerita tentang Gaza. Walaupun sebelum2 ni sudah banyak rombongan ke sana, seperti biasa kurang publisiti dan promosi selain kurang minat masyarakat apabila rombongan yang pergi individu yang terlibat bukanlah "IDOLA" masyarakat umum. Lumrah...yang terkenal dan popular akan lebih berkuasa memikat hati.

20.11.12

Video Terbaru Serangan GAZA! November 2012



Salam untuk semua, moga dirahmati

Dah tengok video atas ni? Dikhabarkan ini video terbaru apa yang jadi di bandar Gaza lepas. Memang jahanam Zionis laknatullah...serang gila khinzir suka hati bagai dunia ini milik bangsa Yahudi Zionis sahaja...! Apa yang mampu kita buat....? Sekadar klik tetikus, taip papan kekunci untuk pencerahan kepada umat Islam terutama di Malaysia...sekadar itu sahaja, biar kekurangan tu jangan dibiarkan begitu sahaja...
Komen warga Denmark:
Stop the war!!!
Who does these things?! It not human, its horrible. What ever Israel feel, that Gaza has done against them, then its not okay, to hurt the innocent!! its making me sick to my stomach. And i'm just sitting here, and cant do anything! :(:(:( -Clara Callesen


 Jawapan UAI dengan MekD! 

19.11.12

Boikot McD dan Facebook? | Senarai SAH Produk Sokong Zionis | Sikap Umat Islam?

 

Salam untuk semua, moga dirahmati

Isu BOIKOT Barangan Yahudi Zionis memang "kencang" dalam FB la ni lepas serangan 1 Muharam yang dilancarkan Yahudi Zionis Laknat ni. Aku lihat memang respons Boikot ni antra paling hangat dibincangkan, ada setuju, ada tak kisah, ada tak berminat...apa pun aku ucap tahniah dan sangat seronok dengan kepedulian rakyat kita, tak kira bangsa dan agama semua nyatakan bantahan terhadap Israel. Tetapi sejauh mana kita tau barang2 yang kita nak boikot tu ada saham bersama Zionis Israel?

18.11.12

Sejarah Gaza, Palestin & Al-Quds | Tarikh dan Peristiwa Penting!

[yahudi3.gif]

Pengenalan

Allah s.w.t telah berfirman tentang Masjidilaqsa iaitu: “Yang Kami berkati sekelilingnya.” Apa yang dimaksudkan dengan sekelilingnya ialah bandar Al-Quds (Baitulmuqaddis).

Bandar Al-Quds terletak di garisan bujur 35 darjah dan di garisan lintang 31 darjah.Bandar Al-Quds adalah merupakan bandar yang tertua di dunia, di mana ia telah dibangunkan pada tahun 3000 Sebelum Masihi.

Di dalam bandar ini terdapat Masjidilaqsa yang juga termasuk di antara masjid yang tertua di dunia selepas Masjidilharam. Imam Bukhari dan perawi-perawi yang lain telah meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: Nabi s.a.w ditanya: Masjid yang manakah pertama kali dibina di atas muka bumi? Lalu baginda bersabda: Masjidilharam. Selepas itu baginda di tanya lagi: Selepas itu? Baginda bersabda: Masjidilaqsa. Kemudian baginda ditanya: Berapakah jarak tempoh pembinaan di antara keduanya? Baginda menjawab: 40 tahun.
“Solat di Masjidil Aqsa adalah sama nilai pahalanya dengan lima ratus kali solat di masjid-masjid yang lain kecuali di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.” (H.R Bukhari-Muslim). 

1.8.11

Umat GAZA & Ramadhan

Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA =)

Melihat kembali nikmat keamanan dan kesejahteraan, aku terkenang saudara mara yang jauh tidak punya semua itu. Dikala bulan Ramadhan yang menjelang, mereka menyambutnya sekadar yang ada...malah yang tiada itu lebih jelas. Ruang dan peluang kita lebih terbuka, setiap hari menu juadah sahur dan berbuka disusun atur sebaiknya, timbul kelainan hari-hari yang berlalu demi memuaskan perut yang berpuasa. 

Aku jarang-jarang melangkah ke bazar, kerana aku akan keliru memilih juadah berbuka...yang terpampang pada mata pelbagai juadah yang enak belaka, hampir pasti kalah dengan tarikan itu. Dari jauh, mungkin mereka sentiasa menagih simpati dan tangis rayu umat terbesar. Usah melihat keamanan negara, perut yang tidak terisi berhari-hari itu sudah cukup menggambarkan keperitan umat GAZA. 

Mereka puasa dalam ruang yang terlalu sempit, disempitkan lagi pagar besi Binatang Buas Zionis. Diminda mereka tidak pernah terlintas soal menu berbuka, baju raya, kain langsir seumpamanya...kerana rezeki seharian itu belum pasti dihidu baunya. Aku terus menadah tangan tanda syukur tika masih berpeluang menikmati juadah dan beribadah dengan aman...jangan biar ruang itu berlalu dan ditutup atas kelalaian diriku sendiri...

20.7.11

Wordless Wednesday

Lorong keamanan yang sentiasa diimpikan...

14.2.11

Bulan Januari Sahaja, 27 Insfrastruktur Palestin Dihancurkan Regim Zionis


Satu laporan yang dikeluarkan oleh Tadhamon (gabungan) kumpulan hak-hak kemanusiaan berkata dalam bulan Januari lepas rejim Zionis telah meratakan 27 buah infrastruktur milik rakyat Palestin di Tebing Barat.Ia termasuklah semua kampung yang terletak di Negev dan Lembah Jordan, Hotel Shepherd di wilayah Sheikh Jarrah yang terletak di Jerusalem Timur serta sebuah sekolah di Al-Khalil. Dokumen itu turut melaporkan bahawa pemusnahan insfrastruktur itu telah mengakibatkan beratus-ratus rakyat Palestin hilang tempat tinggal.

Azhan: Bagaimana hari-hari mendatang rakyat Gaza...

22.11.10

Zionis Bina Tembok Ratapan Yahudi Sekitar Masjid Al Aqsa


OCCUPIED JERUSALEM, (PIC)-- The Israeli government approved Sunday a NIS 85 million ($30M) plan to Judaize the Buraq Square, known by Jews as the Wailing Wall, around the Aqsa Mosque. Israeli e-paper YNet said the budget for the project will be put before the concerned ministries over the next four years in a plan to develop and expand the Buraq Square and raise the number of Jewish visitors.

According to documents disclosed by Palestinian attorney Qais Nasser the plan is aimed at exploiting the funds to continue excavations in the area for archeological purposes and tunnels to provide access to the Jewish public. He added that Israeli premier's office will put up the budget and see to the implementation of the conversion.

13.11.10

Gaza: Misi Kemanusiaan "Road to Hope" Dalam Perjalanan Ke Gaza.

Imej

http://amanpalestin.net/
14 November 2010 - London - Konvoi bantuan kemanusiaan Road to Hope dari Eropah yang sedang dalam perjalanan ke Jalur Gaza sedang bersiap sedia untuk meneruskan pelayaran ke Pelabuhan Al-Arish sebelum Pihak Berkuasa Mesir menutup sempadan Rafah selama enam hari bermula Isnin depan.

Seorang peserta Libya dalam konvoi itu berkata yang para aktivis yang kini terdampar di sempadan Mesir-Libya akan menyewa sebuah kapal kargo baru yang dinamakan Nuweiba dalam usaha mereka untuk menyeberang ke Gaza setelah kapal terdahulu dirampas oleh kapten kapal itu sendiri dan kemudiannya belayar ke Greece sebelum melarikan diri dengan sebuah perahu kecil.

18.6.10

Misi Gaza Gagal, Hosni Mubarak Terus Ikut Telunjuk Zionis!

 Pintu Rafah yang dikatakan dibuka untuk rakyat Palestin hanyalah retorik Kerajaan Mesir!

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita27/P1120549.JPG
MARANG – Misi Gaza Yayasan Amal untuk menghantar bantuan kemanusiaan melalui jalan Refah, menghadapi jalan sukar untuk masuk ke Semenanjung itu apabila mendapat maklumat sebenarnya yang berlaku di sana. Misi tersebut menjadi buntu kini, apabila hakikat sebenarnya, kerajaan Mesir yang dipimpim oleh 

HosniMubarak, tidak pernah membuka sempadan Gaza di Refah.Setiausaha Misi, Mohd Fauzi Abu Samah ketika dihubungi Buletinonline berkata, misi Yayasan Amal masih berada di Kaherah dan belum boleh memasuki Gaza.

17.6.10

Misi Gaza ke-2 Bersiap Sedia!



http://www.buletinonline.net/images/stories/berita27/aktivis%20dalam%20kapal%20baru%20ke%20gaza.jpg

 Rombongan Misi Gaza Yayasan Amal Peroleh Senarai Keperluan Perubatan Kritikal

 

Aktivis hak asasi manusia di Eropah merancang untuk menghantar armada bantuan baru ke Jaluran Gaza dalam usaha lain untuk memecahkan pengepungan rejim Israel ke atas wilayah miskin itu.Kempen Eropah untuk Menamatkan Pengepungan terhadap Gaza (European Campaign to End the Siege on Gaza) memberitahu enam buah kapal telah bersiap sedia untuk dihantar ke Gaza.

Keputusan itu datang ketika Parlimen Eropah menemui jalan buntu dalam perundingan tentang bagaimana seharusnya respons dibuat atas serangan kejam Israel mematikan ke atas armada Kebebasan (Freedom Flotilla).Jurucakap rejim Israel mengatakan mereka masih belum membuat sebarang keputusan bagaimana menghadapi kapal-kapal sekiranya mereka menghampiri perairan Gaza pada masa depan.

15.6.10

Wajah Para Syuhada' Mavi Marmala.

Pada 31 Mei lalu, seramai sembilan sukarelawan dari Turki telah syahid sewaktu dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan kepada saudara seagama di Palestin.

Mereka dibunuh oleh tentera Israel laknatullah ketika angkatan kuffar itu menyerang kapal Turki M.V. Mavi Marmara yang sedang dalam misi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, Palestin yang sedang dikurung dalam sebuah penjara yang sungguh besar.

Berikut merupakan senarai syuhada yang telah gugur sepanjang misi menyampaikan bantuan tersebut sebagaimana laporan laman web Haluan Palestin:


1. Ibrahim Bilgen, 61, seorang jurutera elektrik dari Siirt, Turki. Ahli Chamber of Electrical Engineers di Turki, berkahwin dan mempunyai enam orang anak.



2. Ali Haydar Bengi, 39, dari Diyarbakir. Graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Telah berkahwin dan mempunyai empat cahaya mata.



3. Cevdet Kiliçlar, 38, Seorang wartawan dari Kayseri, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai dua orang putera.



4. Çetin Topçuoglu, 54, dari Adana, Turki. Pemain bola amatur dan jurulatih taekwondo yang melatih atlet taekwondo Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata.



5. Necdet Yildirim, 32, dari Malatya, Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun.



6. Fahri Yaldiz, 43, seorang ahli bomba di Adiyaman, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.



7. Cengiz Songür, 47, dari Izmir, Turki. Berkahwin dan mempunyai tujuh orang anak.



8. Cengiz Akyüz, 41, dari Iskenderun, Turki. Berkahwin dan mempunyai anak berusia 14, 12 dan 9 tahun.



9. Furkan Dogan, 19, as-syahid termuda dalam kalangan yang syahid, merupakan pelajar Kayseri High School. Anak kepada Dr. Ahmet Dogan, seorang professor di Erciyes University. Warganegara Turki-Amerika dan mempunyai dua adik beradik.

Sumber: Ust Saifun Nizam.

8.6.10

Kapal Ketenteraan IRAN akan Iringi Misi Kemanusiaan Ke Gaza

Selepas serangan komando Israel terhadap Freedom Flotilla, konvoi sembilan kapal yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza, Islamic Revolution Guards Corps (IRGC) Iran menyatakan kesediaan untuk mengiringi konvoi misi kemanusiaan ke Gaza jika mendapat arahan untuk berbuat demikian.

Untuk makluman, Gaza telah dikepung oleh Israel sejak tiga tahun lalu. Segala barangan yang masuk dan keluar dari wilayah itu diperiksa dengan ketat oleh Israel.

Menurut Ali Shirazi, wakil Ketua Revolusi Islam Ayatollah Seyyed Ali Khamenei (Tentera Laut IRGC) seperti yang dilaporkan oleh Press TV:

"In the wake of (last week's) unfair attack, it is Iran's duty to defend the innocent people of Gaza," Mehr News Agency, quoted Ali Shirazi, the Leader's representative in the IRGC naval forces, as saying on Sunday.

"Iran's naval forces are ready to escort the peace flotilla to Gaza with all their powers and capabilities," Shirazi added.


Shirazi went on to say that if the Leader of the Islamic Revolution issued a decree, the IRGC naval forces would immediately dispatch escort ships.

SUMBER

Barangan Yang Dirampas Yahudi Zionis!


Wheelchairs and other items, that were aboard Gaza-bound ships which were intercepted by Israeli forces, are seen at a military storage facility near Tel Aviv, June 7, 2010. According to an Israeli Civil Administration spokesperson, Hamas has refused the transfer of the goods to the Gaza Strip. Turkey called for international punishment of Israel for its deadly raid on a Turkish Gaza-bound aid ship at a summit on Monday where Ankara will also urge an immediate end to Israel’s blockade of the territory.

An Israeli soldier stands next to boxes of medical supplies taken  off the Gaza-bound flotilla of ships intercepted in a deadly Israeli  navy raid last week and are being stored at the Tzrifin military base in  central Israel, Monday, June 7, 2010. The Israeli Defense Ministry said  in a statement that the humanitarian aid unloaded from the ships was  taken to a Gaza crossing but returned to Israel after Hamas refused to  receive the supplies.

An Israeli soldier stands next to boxes of medical supplies taken off the Gaza-bound flotilla of ships intercepted in a deadly Israeli navy raid last week and are being stored at the Tzrifin military base in central Israel, Monday, June 7, 2010. The Israeli Defense Ministry said in a statement that the humanitarian aid unloaded from the ships was taken to a Gaza crossing but returned to Israel after Hamas refused to receive the supplies.

Wheelchairs and hospital beds, taken off the Gaza-bound flotilla  of ships intercepted in a deadly Israeli navy raid last week, are seen  at the Tzrifin military base in central Israel, Monday, June 7, 2010.  The Israeli Defense Ministry said in a statement that the humanitarian  aid unloaded from the ships was taken to a Gaza crossing only to be  returned to Israel after Hamas refused to receive the supplies.

Wheelchairs and hospital beds, taken off the Gaza-bound flotilla of ships intercepted in a deadly Israeli navy raid last week, are seen at the Tzrifin military base in central Israel, Monday, June 7, 2010. The Israeli Defense Ministry said in a statement that the humanitarian aid unloaded from the ships was taken to a Gaza crossing only to be returned to Israel after Hamas refused to receive the supplies.


Slides and mobility scooters, that were aboard Gaza-bound ships  which were intercepted by Israeli forces, are seen at a military storage  facility near Tel Aviv June 7, 2010. According to an Israeli Civil  Administration spokesperson, Hamas has refused the transfer of the goods  to the Gaza Strip. Turkey called for international punishment of Israel  for its deadly raid on a Turkish Gaza-bound aid ship at a summit on  Monday where Ankara will also urge an immediate end to Israel's blockade  of the territory.

Slides and mobility scooters, that were aboard Gaza-bound ships which were intercepted by Israeli forces, are seen at a military storage facility near Tel Aviv June 7, 2010.

Shoes, taken off the Gaza-bound flotilla of ships intercepted in a  deadly Israeli navy raid last week, are seen at the Tzrifin military  base in central Israel, Monday, June 7, 2010. The Israeli Defense  Ministry said in a statement that the humanitarian aid unloaded from the  ships was taken to a Gaza crossing only to be returned to Israel after  Hamas refused to receive the supplies.

Shoes, taken off the Gaza-bound flotilla of ships intercepted in a deadly Israeli navy raid last week, are seen at the Tzrifin military base in central Israel, Monday, June 7, 2010. The Israeli Defense Ministry said in a statement that the humanitarian aid unloaded from the ships was taken to a Gaza crossing only to be returned to Israel after Hamas refused to receive the supplies.

sumber

6.6.10

Munafik Atau Hipokrit!!!


Chua dalam satu siri ceramahnya, menyindir pemimpin UMNO jangan jadi munafik dalam menyatakan sokongan terhadap Misi Kemanusiaan Gaza. Kalau non-muslim pun memahami erti kemanusiaan, apa kena dengan muslim Hadhari Malaysia?



Aktivis kemanusiaan Flotilla disambut oleh pemimpin, kelihatan sangat perihatin terhadap usaha misi kemanusian Gaza Flotilla baru-baru ini


PM berucap penuh semangat Islam dalam mengecam tindakan Israel atas serangan yang lepas, tetapi lain pula yang berlaku di Malaysia...


PM enggan menamatkan kontrak syarikat Yahudi Bangsat yang telah lama menetap di KL, berfungsi sebagai penasihat kerajaan. Difahamkan oleh YB Mahfuz, telah banyak rahsia negara dibocorkan kepada syarikat Yahudi ini. Siri serangan Yahudi terhadap kapal Mavi Marmala belum dapat memberi kesedaran kemanusiaan kepada pemimpin.



Sudah terang lagi bersuluh, kerajaan melarang rakyat berkumpul pada Jumaat lepas bagi membantah kerajaan haram Zionis, sedangkan negara2 Islam dan Eropah yang lain bersatu padu menyuarakan bantahan bersama pemimpin2 mereka. Apa kena dengan pemimpin2 OneMalaysia!


ADMIN: Mulut kata sokong, hati kata bantah. Mulut kata Islam, Hati kata Israel! Munafik atau Hipokrit ni.....!

5.6.10

Selamat Pulang Wira-wira Negara! Aktivis Kemanusiaan GAZA.



Salam perjuangan dan salam kemanusiaan untuk semua.

Alhamdulillah pasukan misi kemanusiaan Mavi Marmala Flotilla Gaza seramai 12 orang rakyat Malaysia yang ditahan selama 48 jam oleh tentera Zionis selamat pulang dan tiba di tanah air jam 6.00 pagi ini. Pasukan misi yang diketuai oleh saudara Norazman, Pengerusi HALUAN Palestin bersama wira2 negara yang lain disambut dengan tangisan kegembiraan ahli keluarga di KLIA, dengan liputan khas oleh TV3 yang mula bersiaran langsung sejak jam 6 pagi dan diadakan juga sidang media khas bersama pasukan misi kemanusiaan dan TPM, Muhyidin Yasin.

Misi kemanusiaan Flotilla Gaza ini merupakan titik permulaan kepada misi2 yang seterusnya di masa akan datang, kejadian serangan tidak berperikemanusiaan tentera LANUN YAHUDI yang membunuh sebahagian aktivis membuka mata dunia dan aktivis yang ditahan dibebaskan secepat yang mungkin untuk mengelakkan pihak Israel dikenakan tindakan undang2.

Menurut saudara Norazman lagi, pembebasan mereka adalah antara yang paling cepat yang pernah dilakukan oleh Israel kepada tahanan penjara, segalanya berpunca daripada tekanan2 yang diberikan oleh semua negera yang lantang mengecam tindakan jahat Yahudi terhadap misi kemanusiaan kapal Mavi Marmala Flotilla Gaza lepas.

Saya mewakili sebahagian besar umat Islam khususnya, mengucapkan selamat pulang ke tanah air buat wira2 negara aktivis kemanusiaan Flotilla Gaza. Ketenangan dan ketabahan yang terpancar di setiap wajah ahli keluarga aktivis jelas menggambarkan kekuatan dalaman yang kuat dalam menerima sebarang ketentuan sekiranya suami mereka syahid dalam misi tersebut.

Kami rakyat Malaysia sangat berbangga dengan perjuangan kalian, semoga usaha membebaskan rakyat Gaza yang telah dizalimi sejak tahun 1948, akan diteruskan di masa akan datang dengan misi yang lebih besar dan strategi yang lebih mantap bagi memusnahkan tembok sekatan kemanusiaan yang telah lama terbina sepanjang 6 dekad ini.



4.6.10

BERITA: Rachel Corrie dirampas Israel


GAZA 5 Jun – Tentera laut Israel merampas kapal MV Rachel Corrie yang menuju ke Gaza hari ini, ketika kapal milik Ireland itu berada 55 kilometer di Laut Mediterranean, demikian menurut jurucakap kumpulan penganjur misi itu.

Tidak jelas sama ada berlaku keganasan atau tidak, walaupun mereka yang berada di atas kapal sebelum ini menyatakan yang mereka tidak akan melawan.

Jurucakap tentera Israel berkata, tiada sebarang maklumat diterima mengenai hal tersebut. Israel sebelum menegaskan ia tidak akan membenarkan kapal itu tiba ke Gaza.

Rachel Corrie ditahan lima hari selepas konvoi enam kapal diserang komando Israel menyebabkan sembilan aktivis maut dengan berpuluh lagi cedera. – REUTERS

3.6.10

Demo Bantah Yahudi Israel Laknat Dilarang Oleh Polis "APCO" Malaysia!!!


Saling tak tumpah kekejaman yag dilakukan!

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyertai demonstrasi yang dijangka diadakan di beberapa tempat di sini selepas solat Jumaat esok bagi membantah serangan Israel atas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata polis telah menerima maklumat mengenai perhimpunan akan diadakan oleh pertubuhan tertentu, ahli politik dan badan bukan kerajaan.
Pihak polis tidak menerima sebarang pemohonan untuk mengadakan perhimpunan dan menyifatkannya sebagai perhimpunan haram, katanya dalam satu kenyataan.
"Perhimpunan ini juga dikhuatiri akan membahayakan keselamatan awam dan mendatangkan unsur keganasan," katanya.
Pergerakan Pemuda Umno dijangka akan mengadakan perhimpunan bagi mengutuk serangan berdarah tentera Israel itu di Masjid Negara selepas solat Jumaat manakala pergerakan Pemuda PAS mengadakan perhimpunan di Masjid Jamek Kampung Baru dan berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat. - BERNAMA

1.6.10

Serangan Israel Atas Konvoi Flotilla Membuka Mata Dunia!

Kegagalan mencapai matlamat misi ke Gaza bukan ukuran kejayaan tetapi keberanian dan kesungguhan mereka perlu diberi penghormatan tinggi oleh seluruh rakyat dunia. Serangan kejam Israel ke atas Konvoi Freedom Flotilla tempoh hari membuka mata dunia dan mengejutkan sebahagian besar negara Arab khususnya dan amnya sekalian negara Islam yang masih "tidur" dibuai mimpi.

Negara kuasa besar Islam seperti Turki dan Iran mula menyuarakan amaran kepada Yahudi Laknat untuk kembali membalas dendam. Seluruh umat Islam dari pelbagai pelusuk dunia bersatu menyuarakan bantahan, tidak ketinggalan juga di Malaysia rakyat mula menyatakan bantahan keras atas kekejaman tentera Yahudi Laknat.

Mungkin ini permulaan untuk misi jihad menentang Yahudi, seterusnya mengembalikan hak rakyat Palestin yang telah lama dicabuli. Semoga Allah terus memberi kekuatan kepada umat Islam dan mengukuhkan perpaduan sesama umat. Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...