Pages - Menu

12.12.12

Video Misi Gaza Oleh 3 Orang Artis | Artis Magnet Masyarakat

Afdlin, Zain, Bront (Nasrul) dan Ustazah Maznah

Salam untuk semua, moga Allah rahmati

Allahuakbar! Laungan takbir aku mulakan penulisan hari ni...dalam seminggu dua ni aku memang mengikuti penuh minat perjalanan rombongan Aqsa Syarif ke Gaza melalui FB. Aku percaya sahabat2 yang lain tak kurang juga ikut sama kisah dan info baru. Ni aku nak kongsi pengalaman mereka dalam temubual anjuran Ikram Mesir.

Artis dan Orang Seni

Perjalanan kali ni agak menarik, sebab disertai 3 selebriti. Kuasa artis dan orang seni sangat berikan kesan kepada masyarakat...aku melihat perkembangan rakyat mula memesong dan bersungguh2 bercerita tentang Gaza. Walaupun sebelum2 ni sudah banyak rombongan ke sana, seperti biasa kurang publisiti dan promosi selain kurang minat masyarakat apabila rombongan yang pergi individu yang terlibat bukanlah "IDOLA" masyarakat umum. Lumrah...yang terkenal dan popular akan lebih berkuasa memikat hati.

Aku ucap tahniah! bersyukur melihat sokongan para artis, yang sebahagian golongan "agamawan" kadang2 mencop mereka kurag etika, rendah akhlak, "sosial" erti kata songsang, mcm2 lagi...itu realiti walau bagaimanapun persepsi demikian kian kurang dengan penglibatan mereka dalam dakwah begini. Jika isu Gaza mampu menjadi magnet menarik umum tentang tanggungjawab kita terhadap agama dan tanah Gaza, aku yakin percaya kalau "kuasa" artis, bidang industri seni (bukan hiburan semata2 ditambah melalaikan membuta hati dan jiwa) akan mampu mendidik masyarakat umumnya tentang nilai2 dan akhlak Islami yang baik, masyaAllah besar pahalanya kepada anak2 seni jika pengaruh mereka menjadi magnet kebaikan semua. Kuasa artis merubah masyarakat!

Status dan kita

Siapa kita, apa pun status kita...artis, peman bola, pelajar, orang tua, orang muda, orang miskin, orang kaya, orang politik, usahawan, petani, paladang, guru, doktor, jurutera dan siapa sahaja kita semua punya tanggungjawab yang sama. Tetapi apabila kita punya status dan kedudukan istimewa ditambah pengaruh hebat, alangkah indahnya "diperguna" untuk dakwah kepada semua. Matlamat yang sama yang pasti cara berbeza.  Kerana pengakhiran dan kehidupan kekal abadi jua dihisab dan dihitung dengan adil saksama, berbahagialah mereka menggunakan peluang yang ada.

3 comments:

  1. bagus la kalau ramai artis berfikiran macam mereka ni..tapi artis yang macam ni ada sikit sangt...

    ReplyDelete
  2. Yang penting iikhlas, kalau bertujuan untuk publicity wau Allah hu aklam

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...