Pages - Menu

7.9.11

Meriam Dardanelles Robohkan Kota Konstantinopel | Kisah Sultan Muhammad Al-Fateh

 

fall_of_constantinople

Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA =)

Apabila bicara soal sejarah, pasti ramai yang tahu tentang kehebatan Sultan Muhammad Al Fatih, seorang anak muda yang memimpin tentera merobohkan Kota Konstantinopel yang gah suatu masa lalu. Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq;

“Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Ramai tokoh Islam yang cuba merealisasikan hadis ini dengan berusaha habis-habisan untuk menawan Konstantinopel. Antaranya adalah Saiyidina Umar al-Khattab & Saiyidina Abu Ayub al-Ansari. Namun kesemuanya gagal hinggalah 700 tahun kemudian apabila munculnya seorang putera bernama Muhammad al-Fatih (Mehmet al-Fateh). Baginda hanya berumur 24 tahun ketika mengetuai bala tenteranya membebaskan Constantinople. Bandar ini kemudiannya dinamakan Istanbul yang bererti "Islam Selamanya"

Jom aku nak kongsi dengan semua tentang kehebatan Kota Kontanstantinopel:-

Kota konstantinopel adalah sebuah kota yang cukup hebat dan menakjubkan iaitu kekuatannya dari segi sistem pertahanan yang dapat melumpuhkan serangan tentera-tentera luar. Bayangkan, sebelas kempen ketenteraan untuk menakluki Konstantinopel dari kerajaan Islam iaitu satu dari era Khalifah Usman bin Affan, lima kempen di era Kerajaan Umayyah, satu kempen dari zaman kerajaan Abbasiyyah, satu kempen dari kerajaan Turki Seljuk dan tiga kempen dari kerajaan Uthmaniyyah semuanya menemui kegagalan.

Secara asasnya, pertahanan kota ini dikuatkan oleh faktor semulajadi dan faktor teknologi terkini pada zaman itu. Mari kita lihat sistem pertahanan kota ini:

1) Geografi kota ini mempunyai tujuh bukit. Secara tidak langsung, bukit-bukit ini menjadi pelindung semulajadi kepada Kota Konstantinopel kerana akan menyukarkan mana-mana pihak tentera untuk melakukan serangan menggunakan senjata-senjata yang besar seperti meriam, manjanik dan menara bergerak (lihat gambar di bawah).

2) Jika kita melihat kota ini dari atas, maka kita akan mengetahui bahawa kota ini berbentuk tiga segi. 2/3 sempadan kota ini masing-masing menghadap Laut Marmara dan Selat Bhosporus (kelebihan semulajadi). Jesteru, bagi mana-mana pihak tentera yang mahu menyerang kota konstantinopel, angkatan tentera laut yang kuat diperlukan untuk menakluki kota ini.

3) Demi menjaga keselamatan Kota Konstantinopel pada bahagian laut, Maharaja Konstantinopel telah membina rintangan rantai besi di selat Bhosporus bertujuan untuk menghalang mana-mana armada tentera laut pihak tentera yang menyerang dari memasuki Tanduk Emas (rujuk gambar).


4) Kota ini diperkukuhkan lagi dengan binaan benteng yang kukuh yang mengelilingi kota ini. Tambahan lagi, benteng yang menghadap bahagian daratan pula dilapisi dengan 2 lapisan tembok iaitu lembok luar dan dalam.


Tembok luar setinggi 25 meter dan setebal 10 meter dan tembok dalam pula setinggi 40 kaki dan setebal 15 meter. Di belakang tembok yang pertama, terdapat pemanah dan tentera yang sentiasa bersiap-sedia untuk pertarungan jarak dekat. Di tembok yang kedua pula, terdapat pula sejenis alat yang dinamakan sebagai Greek fire.

5) Malah di luar kota ini pula dibuat sebuat parit sedalam 10 meter dan selebar 60 meter.



Siapa sangka sebuah kota yang mempunyai sistem pertahanan yang begitu hebat dan kukuh ini boleh tunduk kepada Sultan Muhammad Al-fateh dan tenteranya. Tetapi, proses penaklukan ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Hanya mereka yang berjaya menghimpunkan ciri-ciri yang ada pada diri Sultan Muhammaad al-Fateh sahaja yang akan berjaya mengulangi sejarah yang gilang-gemilang ini pada waktu kini.

Meriam Dardanelles

Meriam Dardanelles, dibuat daripada gangsa yang dicipta oleh pakar meriam berbangsa Hungary bernama Orban, digunakan oleh tentera Muslim pimpinan Sultan al-Fateh untuk merobek dinding Kota Konstantinople. Kini, meriam ini berada dalam simpanan Royal Armouries Museum.

Berat setiap meriam ciptaan baru ini ialah 700 pauns! Ia perlu ditarik oleh 100 ekor kuda dan seratus orang tentera. Bila diletupkan, bunyinya boleh didengar sejauh 13 batu! Setiap tembakannya akan menyebabkan tembok yang kuat berlubang seluas enam kaki.

Benteng Rumeli Hisari. Dibina pada tahun 1451 dan 1452 oleh Sultan al-Fateh dan tenteranya. Tiga menara besar tersebut dinamakan sempena nama 3 orang panglima Sultan al-Fateh, Sadrazam Çandarlı Halil Pasha yang membina menara besar berhampiran pintu gerbang, Zağanos Pasha yang membina menara selatan, dan Sarıca Pasha yang membina menara utara.

Azhan: Selepas baca ni, aku memang kagum! Bila la aku nak sampai sana…angan2 ja ni..

17 comments:

  1. Semuga Islam kembali gemilang...

    ReplyDelete
  2. Islam itu hebat pada masa dahulu...

    ReplyDelete
  3. Sifat zuhud dan tak pernah meninggalkan qiamullail seumur hidupnya adalah ciri utama Muhamad Al Fateh ini. adakah pemerintah atau alim ulama Malaysia mempunyai sifat penaklok Konstantinople ini.

    ReplyDelete
  4. Saya sudah ke istanbul 3 kali, masih tak puas2 lagi ....
    Tuan harus ke sana.

    Hisham Zainal

    http://shamanis.blogspot.com/2011/07/sulaiman-magnificent.html

    http://shamanis.blogspot.com/2010/03/tale-of-two-turks-as-i-was-passing.html

    ReplyDelete
  5. salam, sungguh hebat kekuatan tentera Islam dulu...semoga Allah memberi kekuatan kepada kita pula.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum...

    Hebat perjuangannya dan Rasulullah s.a.w. mengetahui hal ini sebelum ianya berlaku...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum..

    Betol ke maksud 'Istanbul' tu 'Islam Selamanya'? Terjemahan dari bahasa apa?

    Maaf bertanya..
    Zainudin

    ReplyDelete
  8. asal daripada perkataan Islambul..diadaptasi menjadi Istanbul..wallahua'lam

    ReplyDelete
  9. wah, menarik.bru tahu pasal constantinople ni. b4 ni tau crita sltn muhamad al-fateh je

    ReplyDelete
  10. time nilah yg kapal lalu atas daratan kan...kuasa tuhan....


    mina tgh ngandung...insyaallah kalau anak lelaki nak bg nama ni lah....


    dah lama simpan....hehehe...

    ReplyDelete
  11. Jom join giveaway dari Wanita2u pula. :)
    Hadiah mmg sangat menarik. Berbaloi-baloi join. Hehehe.

    http://portalwanita2u.blogspot.com/2011/09/wanita2u-2nd-giveaway.html

    ReplyDelete
  12. I just returned home after my Anzac Day in Turkey, marking the 95th Anniversary of the Anzac Day memorial services at Gallipoli, Turkey.I would like to make a special thanks to everyone at Turkey for their efforts in putting together the tours for us .I have been to Gallipoli for an Anzac Day service before, this time my first trial in ;Turkey, Their value for money packages far exceed the quality and level of service we experienced on other tours especially the way our guide handled our bus at Anzac Cove when the New Zealand president decided www.privatetoursinistanbul.com make a private tour of the museums.The food at the barbeque was nice and fresh, but the venue is a little outdated. Me and my husband feel we are really lucky this year because we were provided an Anzac conference, a forum presented in a 5 star hotel in the centre of taksim, full of information about the history and significance of the event. The expert historians from New Zealand, Australia and Turkey were fantastic. Thank you for giving us an informative and well-rounded experience this year.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...