Pages - Menu

3.2.11

Giliran Yaman Berdemonstrasi Menentang Kerajaan Presiden Ali Abdullah Saleh

Yaman mula bergolak, rakyat turun berdemonstrasi menyuarakan bantahan terhadap pimpinan Presiden Yemen Ali Abdullah Saleh

Presiden Yemen Ali Abdullah Saleh berucap di Parlimen semalam menawarkan untuk berundur pada 2013 tetapi terus dibantah oleh pembangkang. – Foto Reuters

{Petikan Berita}
SANAA, 3 Feb 11: Lebih 20,000 rakyat Yemen membanjiri jalan-jalan utama di ibu negara Sanaa hari ini, menamakan himpunan sebagai “hari berang” sambil menuntut perubahan segera dalam kerajaan dan menganggap tawaran Presiden Ali Abdullah Saleh semalam untuk berundur pada 2013 tidak cukup.Protes di kawasan-kawasan lain di Yemen juga dijangkakan selepas ini, mirip perkembangan di negara utara Afrika, Mesir. Ali Abdullah juga seperti Presiden Mesir Hosni Mubarak memerintah negara itu lebih tiga dekad.

Hosni berhadapan dengan protes aman, berlarutan sejak 10 hari lalu tetapi bertukar menjadi ganas semalam dan mengorbankan lima orang. Penyokong-penyokong Ali Abdullah memandu di sekitar ibu negara sambil menggunakan pembesar suara menggesa kumpulan prokerajaan agar turun untuk berhadapan dengan puak berdemonstrasi – suasana yang disaksikan di Mesir sejak semalam.{Reuters}

Azhan: 3 buah negara Islam mengalami krisis, rakyat memberontak menolak kerajaan yang zalim. Jika dilihat sejarah kepimpinan Ali Abdullah dan Husni Mubarak, mereka memerintah hampir 3 dekad. Apakah rakyat memberontak besar2an kerana Presiden memerintah terlalu lama? 

Di Malaysia, kita ada cth taulan kepimpinan. Tok Guru memerintah Kelantan lebih 2 dekad, tiada pula suara2 rakyat Kelantan nak mogok marah kerajaannya, sedangkan lama juga Tok Guru memerintah. Malah kaum bukan Islam dan orang2 "Melayu" ramai yang sayangkannya ('',) Daripada sejarah yang berlaku beberapa hari lepas, apakah pengajaran dan nilai murni yang dapat kita pelajari hari ni ya murid2.hehe? 

7 comments:

  1. pemerintah yang adil dan bijaksana kunci kebahagiaan rakyat.Tidak mencetuskan kontroversi dan menghargai jasa rakyat.Biarpun memerintah berdekat2, namun tetap di sanjung rakyat.. :)

    ReplyDelete
  2. demonstrasi mula merebak ke negara2 jiran.....agaknya dh lama mrk brsabar!!!!

    ReplyDelete
  3. menakutkan.. huhu.. bila la nk aman nie..

    ReplyDelete
  4. yaman plak dah.. mmg dh semakin kuat tanda2 kiamat ni..

    ReplyDelete
  5. @ijam:insyaallah :)

    @faizah: ya, keadilan kunci kejayaan dan kemakmuran rakyat :)

    @amoi: kita tunggu dan lihat ja la kan.

    @nza: ya, terlalu lama memendam dendam terhadap kerajaan

    @jue:dunia akhir zaman

    @ya, semakin dekat dah tanda kiamat ni.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...