Pages - Menu

Showing posts with label Tokoh. Show all posts
Showing posts with label Tokoh. Show all posts

12.7.13

Kenali Siapa Syeikh Ammar Bugis | Cacat Bukan Halangan Hafiz Quran


Salam untuk semua, moga Allah rahmati

Kali pertama aku tengok macam tak percaya, ulang kali kedua... Allahuakbar, hebat. Seorang lelaki bernama Syeikh Ammar Bugis, lulusan Universiti King Abdul Aziz. Hafiz Quran! Fizikal tak halang ulama ini untuk alim dalam agama. Aku tertanya2 bagaimana beliau boleh berjaya hingga tahap ini...Hah! malu kita kalau dalam fizikal sempurna gagal belajar agama dan terus memilih jalan kejahilan dalam hidup.

Paling sebak apabila beliau memohon doa diberi peluang memegang Al-Quran dengan tangan sendiri. Aku pegang Quran, tapi banyak lagi tersimpang....Ya Allah makbulkan doanya, ampunkan dosa aku.

7.7.13

Siapa Recep Tayyib Erdoğan | Turkey Prime Minister



Kehidupan Awal

Erdogan dilahirkan di di Kasimpasa, Istanbul. Keluarganya dikatakan berketurunan pendatang dari Georgia yang menetap di Batum dan Rize. Semasa lawatan beliau ke Georgia pada 2004, Erdogan telah melawat tempat asal-usul nenek moyangnya di sana. Kehidupan kanak-kanaknya dihabiskan di Rize sehingga berumur 13 tahun. Bersekolah di Sekolah Imam Hatip dan Universiti Marmara dalam jurusan ekonomi dan sains pentadbiran. Erdogan dikatakan seorang pemain bola sepak profesional sejak berumur 16 tahun.

13.5.13

Tok Guru Nik Abdul Aziz

 
Lokasi: Putrajaya
Masa: Kempen P125 pada PRU13


Salam untuk semua, moga Allah rahmati

Selepas PRU13, agak mengejutkan TG Nik Abdul Aziz menarik diri daripada menjadi Menteri Besar Kelantan. Aku secara peribadi mula kenal TGNA dengan mendalam semasa melangkah masuk belajar di maktab...waktu tu aku banyak mengenalinya melalui pembacaan buku-buku TGNA tentang mutiara kata yang cukup menyentuh jiwa.

Penceritaaan dari sahabat2 aku yang berasal dari negeri Kelantan juga banyak membantu aku mengenali tokoh ulama hebat ini, selain menjadikan You Tube tempat aku mencari2 siri-siri kuliah pengajian beliau di Medan Ilmu yang diadakan setiap Hari Jumaat. Mana nak cari kan Menteri Besar mampu bagi kuliah agama dan pengajian kitab...TGNA apabila mula berbicara sentiasa mengingatkan pendengar tentang perlunya TAKWA kepada Allah, begitulah kasihnya pemimpin kepada rakyat supaya rakyat ada rasa takut dan cinta kpd Allah.

23 tahun memimpin negeri Kelantan menjadi Kelanatan model negeri Islam yang disegani, bantuan dan royalti disekat sekalipun tetap mampu berdiri sama tinggi dengan negeri2 lain. Tempoh itu juga, beliau tak pernah putus asa melawan kezaliman pemerintah, tak kurang yang biadap meletakkan label2 yang kurang ajar kepada susuk tubuh ulama ini. Moga Allah sentiasa merahmati dan membalas jasa besar TG Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Idola sekalian anak muda di Malaysia!

Kenangan 2012, ziarah TGNA pada cuti sekolah pertengahan tahun di Pulau Melaka =)

7.3.13

Kisah Syeikh Mutawalli Sya'rawi R.A | Tokoh Ulama Mesir

Salam untuk semua, moga dirahmati

Kisah yang akan dipaparkan ini mungkin sudah biasa didengar malah sudah terkenal di serata dunia tentang ketokohan seorang alim ulama yang tersohor, iaitu  Syeikh Mutawalli Sya'rawi Rahimahullah. Sejujurnya, aku hanya mengenali beliau melalui laman2 blog dan facebook, mungkin rakyat Malaysia yang belajar di Universiti Al Azhar suatu masa dulu berkesempatan bertemu ulama besar ini.

28.2.13

Siapakah Yang Kalian Cintai?

Salam untuk semua, moga dirahmati

Malam tadi forum 3 orang tokoh ulama generasi muda, Ustaz Riduan Mohd Nor, Ustaz Nik Abduh Nik Aziz, Ustaz Syed Abdul Kadir AlJofre membicarakan tentang Imam Hassan Al Banna, pengasas Ikhwan Muslimin. Antara perkara yang menarik boleh dikongsikan selepas kewafatan Rasulullah, akan muncul dalam 100 tahun seorang alim ulama/penggerak dunia Islam yang digelar mujadid, mereka ini adalah pilihan2 daripada Allah supaya menjadi pengganti kepada perjuangan para anbiya. Ulama waris para nabi. Imam Hassan Al Banna adalah mujadid umat Islam abad 20, selain beliau antara ulama2 muktabar yang diangkat sebagai mujadid ialah Kahlifah Umar Abdul Aziz, Imam Syafie, Imam Ahmad Hanbal dll.

Selain itu, ketokohan Imam Hassan Al Banna juga dibincangkan tentang waktu beliau dilahirkan, iaitu selepas kejatuhan empayar Turki Uthmaniah, dikala umat Islam seluruh dunia hilang tali ikatan yang dirongkai oleh penjajah2 barat, kelahiran beliau kembali memancar sinar baru kepada gerakan Islam abad moden. Sistem dan gerakan yang diwujudkan bukanlah secara sambil lewa tetapi penuh dengan hikmah dan strategi yang hebat terutama menyatukan kembali umat Islam yang terpecah dengan fahaman mazhab, sempadan geologi, dan latar belakang. Hingga kini pengaruh gerakan Ikhwan Muslimin bertebaran ke seluruh dunia, jasadnya mati fikrahnya hidup sampai kini!
Rasulullah pernah bersabada, "Seseorang itu dibangkitkan di akhirat bersama dengan orang yang dicintainya". 
Tak mampu untuk menjadi seperti mereka cukuplah wujudkan rasa Cinta dan kasih kepada para ulama.

19.10.12

Sejarah Badiuzzaman Said Nursi | Tokoh Ulama Islam Turki


Salam untuk semua, moga dirahmati

Alhamdulillah, Allahuakbar! Hari ni aku baru habiskan sebuah lagi novel Penulis Novel Sejarah, Pak Latip Talib, Badiuzzaman Said Nursi. Buku ini juga menjadi kenangan apabila ditandatangan oleh Pak Latib sendiri waktu Book Fair tahun ni...memang sangat teruja aku ketika tu...aku mula ikut novelnya sejak awal2 dikeluarkan ketika itu popular dengan novel sahabat2 Rasulullah.

9.9.12

Program "Ustaz Sayang Anda" (GAMBAR MENARIK)


http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/563053_444495485593605_1757725184_n.jpg

Salam untuk semua, moga Allah rahmati

Alhamdulillah, semalam aku, Anwar (adik) dan Sufi berkesempatan menghadiri program Ustaz Sayang Anda di Stadium MBPJ, Petaling Jaya. Program yang santai dengan iringan hiburan nasyid yang menyegarkan. Program yang berlangsung dengan menjemput barisan para ulama menyampaikan bingkisan pengalaman mereka dalam dakwah.

6.8.12

Zaid Ibn Thabit | Tokoh Penulis al-Quran

Salam nuzul Quran untuk semua, moga Allah rahmati.

SETIAP kali al-Quran diturunkan, Rasulullah SAW memanggil penulis wahyu untuk menulis ayat al-Quran. Zaid Ibn Thabit meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW mengimla’ al-Quran. Selesai sahaja ditulis, Rasulullah SAW meminta supaya dibaca kepadanya. Jika terdapat kesilapan seperti tertinggal huruf atau kalimah, baginda akan membetulkannya.

Semasa pemerintahan Abu Bakar al-Siddiq r.a, antara sumbangannya adalah mengumpul al-Quran di satu tempat. Tenaga utama yang menjayakan usaha itu ialah Zaid dan Umar Ibn al-Khattab. Kedua-duanya telah kepercayaan sepenuhnya untuk mengumpul dan menulis seluruh al-Quran. 

Namun bagi Zaid, dia menganggap bahawa rancangan menulis semula al-Quran adalah satu tugasan yang amat berat. Antara pujian dan kepercayaan yang diberikan oleh khalifah Abu Bakar kepada Zaid ialah beliau seorang pemuda yang tidak melakukan penipuan.

Semasa pemerintahan Uthman Ibn Affan, berlaku pertelingkahan antara tentera Islam tentang bacaan al-Quran.Jika tidak dibendung ia mungkin membawa mudarat yang lebih besar kepada umat Islam.
 
Bagi menyelamatkan keadaan, Uthman telah mengambil satu tindakan iaitu menulis beberapa mushaf dan dihantar ke kota-kota Islam ketika itu. Tenaga yang diberi tanggungjawab yang mencabar itu sudah tentu mempunyai kemahiran dan pengalaman yang luas dalam ilmu penulisan al-Quran. Zaid sekali lagi diberikan tanggungjawab menulis Al Quran.

Namun, tugasnya bukan hanya berhenti setakat itu, Uthman juga telah melantiknya sebagai pengajar al-Quran di Kota Madinah. Beliau juga diberi tanggungjawab mengumpul al-Quran pada zaman Abu Bakar dan sekali lagi diberi amanah menyalin semula al-Quran pada zaman Uthman yang merupakan titik tolak penyebaran al-Quran secara meluas ke kota-kota Islam.

Kesimpulannya, khidmat Zaid dalam menulis al-Quran amat besar, bermula pada zaman Rasulullah SAW. Bahkan ada yang menyatakan bahawa beliau hadir dalam perbentangan al-Quran terakhir Rasulullah di hadapan Jibril a.s pada Ramadan sebelum baginda wafat.
Apabila melihat sumbangan para sahabat kepada Islam, membandingkan diri kita umat akhir zaman sekarang....ya Allah..bagai langit dengan bumi. Sudahlah sumbangan yang terhad, kemungkaran pula yang berganda...moga Allah ampunkan kita. Al Quran tidak hanya dibaca, malah difahami dan diamalkan.

22.6.12

Siapa Dr. Muhammad Mursi | Sejarah Ringkas Revolusi Mesir


Salam untuk semua, moga dirahmati

Alhamdulillah, kemenangan Dr. Muhammad Mursi calon Parti Keadilan dan Kebebasan kelolaan Ikhwaanul Muslimin sebagai Presiden Republik Arab Mesir (tidak rasmi sehingga tarikh ini-21 Jun 2012) telah diketahui pada pagi Isnin, 18 Jun 2012. Dr.Muhammad Mursi memperoleh 13,237,000 undi atau nisbah 52% berbanding lawannya, Ahmed Syafiq, sekutu kuat Husni Mubarak memperolehi 12,338,973 dengan nisbah 48% daripada jumlah undi keseluruhan 25,575,973.

16.5.12

Selamat Hari Guru | Pengalaman 4 Bulan Menjadi Guru

Salam untuk semua, moga dirahmati

Alhamdulillah. 16 Mei tarikh keramat buat para guru, tahun ini juga secara rasmi aku menyambut Hari Guru di sekolah walaupun hari ini (16 Mei 2012) sekolah aku belum mengadakan sambutan secara rasmi...aku pun tak pasti bila disambut...hehe.tak salah aku, GPK maklumkan bulan JUN...sebulan lalu dia jumpa aku nak mintak aku menyanyi sempena Hari Guru...perghhh...sebagai wakil guru berbangsa Melayu...tau la aku ja seorang lelaki sejati Melayu di sekolah tu...dengan baik aku menolak tawaran hebat itu...maaf cikgu saya tak dak bakat...akhirnya aku diberikan tugas membaca ikrar...sedang mempertimbangkan untuk berpuisi~

18.12.11

Mandala Dunia Kedua Karya Akhir Azizi Hj Abdullah

Salam untuk semua, moga dirahmati

Beberapa hari lepas, aku lepak2 jap kat kedai buku…tengah sale banyak juga…selalunya sebulan sekali aku akan singgah juga tengok2 judul2 baru…kadang2 tak beli pun…cuma survey awal..hehe. Alhamdulillah aku beli beberapa jenis buku…tentang agama, politik, sosial dan terakhir sebuah novel…

Novel ini adalah novel ketiga aku…hehe.sebab aku bukanlah pembaca novel yang tegar…cuma kali ini aku terpaku seketika…melihat sebuah nama besar sastera yang jarang mendapat tempat…tapi punya jasa yang besar pada masyarakat…Allahyarham Ustaz Azizi Haji Abdullah…aku kenal nama ini melalui pembacaan politik sahaja…tapi aku tidak pernah membaca sebarang karya sasteranya lagi…novel ini adalah cetusan terakhir beliau…biarlah aku ada sebuah buku karangannya sekalipun beliau sudah pergi meninggalkan kita…

Pertama kali aku membelek2…terus terpaut…tinggi sungguh kalimat2 yang digunakan oleh penulis…hampir sahaja beberapa perkara yang aku tidak fahami…perlu beberapa hari untuk membedah dengan baik buku tersebut…yang berminat boleh terus dapatkannya di pasaran =)

Al Fatihah buat penulis yang penuh jasa, Allahyarham Azizi Haji Abdullah

Sinopsis

Sebuah khemah daif di tengah belantara Banjaran Titiwangsa - ini mandala mereka.

Sepasang manusia yang asing, Jone dan Sima, disatukan oleh takdir apabila kasih yang dicintai dikhianati.

Mereka yang tinggal bersama, di mandala ini, yang dianggap 'Shangri-La' yang diimpi, jauh daripada sesat dunia, juga pincang nafsu manusia.

Namun, nafsu itu juga yang mengkhuatirkan mereka. Jone sudah lama meninggalkan tuhannya di kota. Kini hanya pegangan moral menjadi dindingnya. Sima pula berbentengkan iman, cuba memahami  lebih dalam keesaan Tuhan. Antara moral dan iman juga nafsu, siapakah pemenang?

Mandala hijau ini membuatkan mereka mempercayai kehidupan semula. Kecintaan kepada kehijauan mengakrabkan mereka. Namun, saat mandala kedua mereka mula bercambah kasih dan subur, Banjaran Titiwangsa bergegar!

4.5.11

Kebanggaan Obama Membunuh Adalah Satu Kebodohan Sebagai Pemimpin


Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA =)

Tindakan Obama mengumumkan bahawa Osama Bin Laden telah berjaya dibunuh mungkin difikirkannya sebagai satu kebanggaan kepada keamaan dunia. Tetapi berbeza dengan beberapa orang tokoh dan pengamal undang2 terkenal menyifatkan tindakan US adalah keterlaluan dan bodoh. US merasakan merekalah raja dalam menentukan pergerakan manusia di dunia ni. Tidak habis dikritik dengan penipuan gambar dan jenazah Osama yang disemadikan di laut, Obama akan terus dilihat sebagai pewaris legasi ZALIM G.W Bush!

Petikan berita

Pembunuhan Osama yang tidak bersenjata adalah melampaui batas dan AS bertindak seperti polis, hakim dan pelaksana hukuman mati ke atas orang paling dikehendaki di dunia itu. Schmidt memberitahu televisyen Jerman, operasi pasukan SEAL tentera laut AS itu juga boleh mendatangkan kesan tidak dijangka di dunia Arab yang kini dilanda pergolakan.

Pandangannya disokong oleh peguam hak asasi manusia Australia, Geoffrey Robertson. "Tindakan AS bukan keadilan, tetapi memutarbelitkan istilah itu, kerana keadilan bermakna membawa orang ke mahkamah, mendapati mereka bersalah berdasarkan bukti dan menjatuhkan hukuman ke atas mereka," kata Robertson kepada televisyen Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) dari London.

Pakar undang-undang antarabangsa berpejabat di Belanda, Gert-Jan Knoops pula berkata, Osama sepatutnya ditangkap dan diekstradisi ke AS. "Pihak Amerika berkata mereka memerangi keganasan dan boleh membunuh musuh mereka di medan perang, tetapi hujah itu sebenarnya tidak dapat dipertahankan," katanya.

Seorang ulama kanan di New Delhi, Syed Ahmed Bukhari, askar AS sepatutnya boleh menangkap Osama dengan mudah. "Amerika menggalakkan hukum rimba di mana-mana sahaja, sama ada di Afghanistan, Iraq, Pakistan atau Libya. Orang sudah lama membisu tetapi kini segala batas telah dilanggar," katanya. - Reuters

2.5.11

Obama Tipu Satu Dunia Tentang Kematian Osama Laden?


Well, I am no expert, but it looks to me from the date stamps on this web page like the picture blasted all over Pakistan TV of the 'Osama' that was killed today ...

... might be a photo that was floating around the internet for the last few months!

And it appears to be photoshopped!

There are other signs of photoshop as well, such as blurred edges on the beard and an obvious difference in sharpness between the eyes and the mouth, It looks like someone took a dead body and pasted the real Obama's mouth onto it to make it look more like him.


Did Obama just fall for a dirty trick by Pakistan's ISI? Inquiring minds want to know! :)

http://whatreallyhappened.com/

1.5.11

Al-Fatihah: Osama Bin Laden Meninggal Dunia, Disahkan Oleh Obama (Video & Gambar)


Musuh nombor satu Amerika Syarikat, Osama Laden meninggal dunia dan pengumuman rasmi berhubung perkara itu akan dibuat tidak berapa lama lagi oleh Presiden Barack Obama.

Wartawan Al Jazeera di Kabul berkata, pihak berkuasa Afghanistan mengesahkan kematian pemimpin Al Qaeda itu dan mayat Osama kini berada dalam tangan Amerika Syarikat. Bagaimanapun, tidak dapat disahkan bahawa allahyarham dibunuh di Afghanistan atau Pakistan.

Osama, hartawan kelahiran Arab Saudi itu menjadi buruan Amerika Syarikat apabila dikatakan terlibat dalam perjuangan bersenjata di seluruh dunia. Antaranya, deliau dilaporkan sebagai pihak di belakang serangan 11 September ke atas negara kuasa besar dunia itu.


30.11.10

Isteri Ahmadinejad: (Gambar) Suamiku Adalah Pemimpin Anugerah Daripada Tuhan




Kalau Azam al-Sadat Farahi tiba-tiba membuat pengakuan terbuka yang suaminya adalah pemimpin anugerah daripada Tuhan, maka saya kira tidak ramai orang akan bermasalah untuk menerimanya. Mana tidaknya, kita kenal siapa suami beliau!



Kalau ada yang rebah, lekas ditolongkan.




15.6.10

Perginya Seorang Pejuang Diiringi Ribuan Umat, Video


JENAZAH bekas Timbalan Presiden Pas, Hassan Shukeri selamat dikebumikan di tanah perkuburan Taman Selasih, Gombak kira-kira jam 10:30 pagi ini. Hassan meninggal dunia semalam dalam usia 71 tahun di hospital Selayang akibat serangan jantung.

Ribuan orang mengiringi jenazah Hassaan ke tanah perkuburan selepas selesai solat jenazah kira-kita jam 9:45 pagi. Solat jenazah diimani oleh Presiden Pas, Abdul Hadi Awang. Semua pemimpin tertinggi Pas kelihatan hadir. Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat walaupun tidak berapa sihat turut hadir sama.

Turut sama hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Bahrum.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Hassan dan ditempatkan di makam para Arifbilah!
Jenazah dibawa dengan van untuk ke tanah perkuburan dengan diiringi ribuan orang.

Orang ramai penuh sesak yang dianggarkan lebih 3,000

Kelihatan Abdul Hadi Awang memperkatakan sesuatu kepada guru Hassan Shukeri sambil diperhatikan oleh Nasharudin Mat Isa.

Nik Aziz tidak dapat menahan sebab atas kehilangan Hassan Shukeri.

Sebatang gang yang yang panjangnya tak sampai 500 meter yang dinamakan dengan nama Haji Hassan adalah satu-satu peninggalan Hassan Shukeri.

foto ehsan MSO

ADMIN: Perginya insan yang bertaqwa, di dunia lagi Allah akan persaksikan kepada manusia dengan Allah memuliakannya ketika hari pemergiannya. Semoga kematian menjadi teladan dan pengajaran kepada kita.

14.6.10

KESEDIHAN KEMBALINYA SEORANG ARKITEK & PEJUANG ISLAM






Jenazah bekas timbalan presiden PAS, Hassan Shukri selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam, Taman Selaseh 2, Gombak di Kuala Lumpur pada jam 9.55 pagi.

Tanah perkuburan itu terletak kira-kira tiga kilomreter dari rumahnya di Taman Melewar.

Kira-kira 300 orang hadir ke tanah perkuburan ini termasuk beberapa pemimpin PAS, antara mereka Idris Ahmad, Mujahid Yusuf dan Hanipa Maidin.

Terdahulu, jenazah Allahyarham disembahyangkan di pekarangan Dewan Tarbiah PAS Pusat Taman Melewar dan diimamkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi.

Lebih 500 orang menunaikan solat jenazah bekas tokoh PAS itu.

Sebelum majlis solat jenazah bermula, Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang turut hadir kelihatan sebak dan mengalirkan air mata.

Ramai pemimpin PAS hadir termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom hadir pada majlis solat berkenaan.

Turut hadir ialah Tmbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, ketiga-tiga naib presiden - Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar - serta beberapa ahli jawatankuasa PAS pusat seperti Dr Dzulkefly Ahmad dan Hashim Jasin.

Sementara itu, seorang jawatankuasa PAS pusat yang ditemui selepas pengebumian, Hanipa Maidin berkata kematian Hassan adalah kehilangan besar bagi PAS kerana allahyarham merupakan seorang tokoh yang berpengalaman serta berilmu.

"Beliau adalah orang parti yang istiqamah dengan perjuangan sehingga akhir hayat dia.

"Saya banyak belajar tentang perlembagaan PAS dengan beliau,walaupun saya seorang peguam. Beliau tidak pernah lokek," kata Hanipa.

Katanya, Hassan adalah seorang yang sayang kepada parti dan sentiasa bersungguh-sungguh untuk memajukan parti.

Hassan meninggalkan isteri Hamidah Abdul Mutalib dan enam cahaya mata - lima perempuan dan seorang lelaki.

Sebelum menjadi timbalan Presiden PAS, Hassan pernah menjadi naib presiden dan juga setiausaha agung parti itu.

Beliau dianggap arkitek kepada Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar dan rumah beliau juga adalah bersebelahan dengan markas yang menjadi pejabat PAS sejak sekian lama sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut.

Al Fatihah: Ust Hasan Shukri Kembali Kerahmatullah


KUALA LUMPUR, 14 Jun: Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 2 petang sekejap tadi.

Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke 56 di sana. Turut serta bersama beliau malam tadi adalah Haji Subky Latif dan Haji Abdul Rahman.

Ustaz Hassan telah berada di Kota Bharu sejak Rabu 9 Jun lagi kerana menyertai mesyuarat Majlis Syura Ulama pada petang hari tersebut. Pada malamnya beliau menyertai majlis perasmian dewan-dewan oleh Mursyidul Am di Putik dan pada hari Khamis beliau menyertai Muktamar Dewan Ulama di Markas Dewan Ulama (Madu) di Machang.

Menurut Puan Naznah Taha, isteri Haji Subky, Ustaz Hassan telah membawa kereta yang dinaiki mereka bertiga dari Kuala Krai namun berhenti di Kuala Lipis kerana mengadu sakit dada.

Sesampai mereka di rumah jam 10.30 malam tadi, Ustaz Hassan terus mengadu sakit dada tetapi hanya mengesyaki akibat dari pajeri nenas yang beliau makan malam tadi.

Selepas tidak berhenti sakit, kira-kira jam 9.00 pagi tadi, Ustaz Hassan dihantar anak beliau ke Hospital Selayang. Selepas itu dibawa ke Unit Rawatan Jantung (CCU) dan meninggal dunia kira-kira jam 2.00 petang.

Jenazah beliau masih lagi di hospital kini.

Naznah yang merupakan rakan rapat keluarga Ustaz Hassan ketika bercerita kepada Harakahdaily berkata, buat pertama kalinya beliau dan isteri Ustaz Hassan, Puan Hamidah tidak mengiringi bersama suami masing-masing ke muktamar.

"Kali ini, Kak Midah berbolak-balik antara hendak pergi atau tidak ke muktamar kerana ada kenduri dekat sini. Hasilnya dia tidak pergi dan saya hanya pergi ke muktamar Dewan Muslimat dan terus pulang," cerita Naznah.

Sebelum timbalan Presiden, Ustaz Hassan pernah menjadi Naib Presiden dan juga Setiausaha Agung PAS. Beliau dianggap arkitek kepada Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar dan rumah beliau juga adalah bersebelahan dengan markas yang menjadi pejabat PAS sejak sekian lama sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut.

Semasa menggulung perbahasan ucapan dasar, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Mujahdi Yusof menyebut Ustaz Hassan adalah orang penting di belakang draf perlembagaan untuk memboleh tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Ini kerana, Ustaz Hassan adalah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal pindaan perlembagaan untuk membolehkan DHPP ditubuhkan.

Jenazah Ustaz Hassan akan disembahyangkan jam 9.00 pagi esok di Surau Taman Melewar.

Sumber : Harakahdaily

20.5.10

Dr Burhaduddin: Tokoh Agama, Sosialis dan Nasionalis


Amir Burhanuddin bin Ungku Muhammad Nor dilahirkan pada 28 Ogos 1911 di Changkat Tualang, Perak.

Burhanuddin Al-Helmy mendapat pendidikan awal di kelas Al-Quran dan agama dan sekolah Melayu. Dia dihantar ke Sekolah Agama Sungai Jambu, Sumatra Barat pada tahun 1924 hingga 1926.

Pada tahun 1926, Burhanuddin Al-Helmy meneruskan pelajarannya di Pondok Pulau Pisang, Jitra, Kedah. Seterusnya dari situ ke Madrasah Al-Masyhur Al-Islamiah, Pulau Pinang hingga tamat kelas senawi pada tahun 1934.

Burhanuddin Al-Helmy telah mendapat biasiswa seorang hartawan India muslim dari Pulau Pinang untuk melanjutkan pelajarannya di Universiti Aligarh. Di universiti tersebut Burhanuddin Al-Helmy mengambil bidang sastera dan falsafah.

Beliau dianugerahkan PhD daripada Universiti Aligarh, India.

Sekembalinya dari pelajarannya di India dan pengembaraannya ke Palestin dan Turki, Burhanuddin Al-Helmy kembali bertugas sebagai guru bahasa Arab di Sekolah Arab Al-Juned Singapura.

Ketika di Singapura, Burhanuddin Al-Helmy belajar ilmu perubatan homeopati daripada Dr. Rajah dan beliau telah berjaya mendapat ijazah daripada Ismailiyah Medical College, Hyderabad, India.

Dengan kelayakan ini, Burhanuddin Al-Helmy telah membuka sebuah klinik di Johor Bahru dan sebuah lagi klinik di Jalan Picitan, Singapura.

Seorang Aktivis Dakwah dan Politik

Pembabitan awal Burhanuddin Al-Helmy:
· Penerbit majalah Taman Bahagia, Singapura
· Penyunting majalah Kehidupan Dunia Akhirat, Singapura
· Ahli Persatuan Jama’atul Islamiah
· Ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM), 1939
· Penasihat Adat Istiadat dan Kebudayaan Melayu semasa pendudukan Jepun
· Pemimpin Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS), 1945
· Ketua Umum Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), 1945
· Pengerusi PUTERA-AMCJA, 1947
· Ahli Jawatankuasa Perhubungan Bangsa-bangsa Asia, 1947
· Ahli pengasas PEPERMAS, 1947
· Ahli pengasas MATA, 1947
· Ahli pengasas Hizbul Muslimin, 1948
· Wakil Malaya di Persidangan Afro-Asia Bandung, 1955
· Jurucakap Barisan Kebangsaan Melayu, 1955
· Melancarkan penubuhan Parti Rakyat Malaya, 1955

Pengaruh Awal Pemikiran

Semasa belajar di Jambu, Sumatera Barat (1924-1926), Burhanuddin Al-Helmy berada di bawah asuhan Haji Nuruddin, anggota Sarekat islam Indonesia. Di samping itu guru-guru yang mengajar dan mendidik beliau di sana terdiri di kalangan aliran Kaum Muda.

Semasa di Madrasah Al-Masyhur Al-Islamiah, Kepala Batas, Burhanuddin Al-Helmy juga terdedah dengan pemikiran Kaum Muda. Aliran inilah yang telah menyalakan semangat anti-penjajah dan pro-kemerdekaan dalam diri beliau.

Semasa belajar di India pula pada tahun 1928, Burhanuddin Al-Helmy mengikuti pergerakan Mahatma Gandhi serta berkenalan dengan Mohd Ali Jinnah dan Pandit Nehru dan pemimpin-pemimpin kemerdekaan India yang lain.

Selepas tamat pelajarannya di Universiti Aligarh, India Burhanuddin Al-Helmy telah mengembara ke Palestin dan Turki. Beliau mengikuti perkembangan umat Islam di sana.

Ketika di Singapura, Burhanuddin Al-Helmy telah bergiat cergas dalam pergerakan-pergerakan Islam di pulau tersebut. Beliau menerbitkan majalah Taman Bahagia yang bercorak anti-British yang akibatnya dia ditahan oleh pihak British di sana.

Selepas itu, Burhanuddin Al-Helmy terus bergiat pula dengan persatuan Jama’atul Islamiah dan menjadi penyunting majalah Kehidupan Dunia Akhirat.

Ditahan dan Merengkok dalam Penjara

Selepas tamat pelajarannya di India, Burhanuddin Al-Helmy mengembara ke Palestin dan Turki. Semasa di Turki belaiu ditahan kerana terlibat dalam gerakan anti-British di sana.

Ketika di Singapura pada pertengahan 1930an, Burhanuddin Al-Helmy telah menerbitkan majalah Taman Bahagia yang bercorak anti-British. Satu jam selepas edisi pertama majalah ini diterbitkan, beliau ditahan oleh pihak British. Beliau dipenjarakan selama enam bulan.

Terdapat juga catatan yang menyatakan beliau dibebaskan selepas membayar wang ikat jamin sebanyak $1,000.

Pada tahun 1950, Burhanuddin Al-Helmy telah ditahan oleh British akibat Peristiwa Natrah. Dia dituduh terlibat dalam demonstrasi menentang keputusan Mahkamah Tinggi Singapura yang membenarkan Natrah (Maria Hertogh) dipulangkan kepada keluarga asalnya di Belanda.

Dia telah dipenjara selama satu tahun. Namun, terdapat juga catatan yang menyatakan beliau dipenjarakan selama tiga tahun di Singapura ekoran peristiwa tersebut, iaitu dari dari tahun 1950 hingga 1952.

Terdapat catatan yang peristiwa Natrah itu hanya sebagai alasan bagi pihak British menahan Burhanuddin Al-Helmy.

Sebenarnya Burhanuddin Al-Helmy ditahan oleh British kerana semasa Darurat pada 1948, beliau menyeru secara terbuka orang Melayu jangan menyerang kaum gerila Cina yang berjuang melawan British di dalam hutan.

Peristiwa Natrah hanya dijadikan alasan oleh pihak British. British tidak boleh menahan Burhanuddin Al-Helmy yang bergiat masa itu di Singapura kerana pulau tersebut tidak tertakluk kepada undang-undang Darurat yang hanya dikuatkuasakan di Semenanjung Tanah Melayu.

Burhanuddin Al-Helmy menentang penubuhan Malaysia pada tahun 1963. Ini menyebabkan dia ditahan di bawah ISA pada bulan Januari 1965 kerana dituduh terlibat dalam kerajaan buangan di Riau, Indonesia.

Burhanuddin bin Al-Helmy jatuh uzur semasa dalam tahanan. Pada bulan Mac 1966, beliau dibebaskan bersyarat dan dikenakan sekatan kawasan. Di antara syaratnya adalah beliau tidak dibenarkan melibatkan diri dalam politik. Syarat tersebut ditarik balik hanya pada 22 September 1969.

Tokoh Perjuang Kemerdekaan

Dr. Burhanuddin Al-Helmy adalah antara tokoh ulung perjuangan kemerdekaan.
Beliau bergiat cergas dalam KMM dengan tujuan menentang penjajahan British.
Semasa pendudukan Jepun, Burhanuddin Al-Helmy dan beberapa orang rakannya mengambil strategi licik. Ini diungkapnya sebagai:

”Maka ahli-ahli kebangsaan Melayu kiri telah mengambil langkah Musa dalam istana Firaun. Ada yang tinggal di dalam, ada yang tinggal di luar mengambil bahagian di hutan di ruimba jadi anti-fascist ada yang menjalankan gerakan rayap – semut api – harimau dan sebagainya”

Dengan sokongan pihak Jepun, beliau bersama-sama Ibrahim Yaacob memimpin KRIS membuat persetujuan dengan Seokarno dan Mohd Hatta di Taiping untuk mengisytiharkan kemerdekaan serentak di Tanah Melayu dan Indonesia pada 17 Ogos 1945.

Tetapi Jepun menyerah kalah pada 14 Ogos 1945.

Seokarno meneruskan rancangannya mengisytiharkan Indonesia merdeka dari Belanda pada 17 Ogos 1945.

Dr. Burhanuddin Al-Helmy tidak dapat berbuat demikian memandangkan perkembangan yang amat berbeza di Tanah Melayu ketika itu.

Selepas Jepun berundur, PKMM ditubuhkan sebagai satu kesinambungan daripada KMM. Dr. Burhanuddin Al-Helmy menjadi Ketua Umum PKMM yang pertama.

Semasa diadakan kongres PKMM ke-2 di Melaka pada Disember 1946, Dr. Burhanuddin Al-Helmy telah disambut hebat oleh pelbagai lapisan kaum di sana. Dalam ucapan tersebutlah Burhanuddin Al-Helmy melafazkan pantun pusakanya yang terkenal:

Di atas robohan Kota Melaka; Kita Dirikan Jiwa Merdeka; Bersatu padulah segenap baka; Membela hak keadilan pusaka.

Pembabitan Burhanuddin Al-Helmy dalam PUTERA, PEPERMAS, MATA dan Hizbul Muslimin sepanjang tahun 1947-1948 adalah juga dengan tumpuan menyemarakkan perjuang mencapai kemerdekaan Tanah Melayu.

Di antara kemuncak perjuangannya menuntut kemerdekaan adalah apabila Burhanuddin Al-Helmy sebagai pengerusinya telah menerajui Sepuluh Dasar PUTERA-AMCJA beserta bendera merah putih duabelas bintang kuning sebagai melambangkan Malaya Merdeka.
Pembabitannya melancarkan Parti Rakyat Malaya sebaik sahaja Ahmad Boestamam dibebaskan dari penjara pada tahun 1955 juga adalah dalam konteks menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.

Pada masa itu politik kiri adalah bermaksud anti-British. Mereka yang mengambil sikap no-cooperation terhadap penjajah British di anggap sebagai ”kiri”. Sedangkan mereka yang bersikap cooperation seperti UMNO, dianggap ”kanan”.

Menyertai dan Memimpin PAS

Ketika PAS ditubuhkan pada bulan Ogos 1951, Dr. Burhanuddin Al-Helmy masih dalam tahanan penjara di Singapura.

Apabila Yang Dipertua Agung Pas yang pertama, Ustaz Ahmad Fuad melepaskan jawatannya pada tahun 1953 tugas memimpin PAS diambilalih oleh Dr. Hj Abbas Alias.
PAS di bawah kepimpinan Dr. Abbas tidak begitu lama, iaitu hanya selama 3 tahun 2 bulan sahaja. Ini adalah disebabkan Dr. Abbas tidak dapat bergerak aktif kerana masih terikat dengan jawatannya di dalam perkhidmatan kerajaan, iaitu sebagai seorang pegawai perubatan.

Angkatan muda dalam PAS pada masa itu yang antaranya terdiri daripada Ustaz Othman Abdullah, Ustaz Hasan Adli, Ustaz Abdul Wahab Noor dan Mohd Asri Muda telah mengadakan mesyuarat tidak rasmi berhubung dengan jawatan utama PAS.

Mereka bersepakat bahawa tidak ada orang yang lebih tepat memimpin PAS pada masa itu selain daripada Dr. Burhanuddin Al-Helmy.

Ketika itu, Dr. Burhanuddin Al-Helmy hanya bergiat cergas mempromosi Parti Rakyat Malaya di seluruh Tanah Melayu. Ini bermakna, Dr. Burhanuddin Al-Helmy tidak ada sebarang jawatan dalam mana-mana parti politik.

Pada bulan Disember 1956 satu perwakilan yang terdiri daripada Ustaz Abdul Wahab Noor dan Ustaz Baharuddin Latiff telah diutus bertemu Dr. Burhanuddin Al-Helmy. Beliau bersetuju untuk menyertai PAS.

Terdapat juga catatan yang menyatakan bahawa tugas ini dilaksanakan oleh Pesuruhjaya PAS Johor, Hj Said Abdul Hadi yang diamanahkan oleh Ustaz Hasan Adli untuk mendapatkan persetujaun bertulis daripada Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan meminta beliau mengisi borang PAS.

Walau bagaimanapun, sebelum itu pun memang sudah terdapat persetujuan tidak rasmi di kalangan mereka bertiga agar Ahmad Boestamam menerajui Parti Rakyat Malaya, Ishaj Haji Muhammad (Pak Sako) menerajui Parti Buruh dan Burhanuddin bin Al-Helmy menerajui PAS. Jadi pelawaan daripada pemimpin-pemimpin PAS kepada Burhanuddin Al-Helmy adalah tepat pada masanya.

Demokrasi dalam PAS

Setahun sebelum Dr. Burhanuddin Al-Helmy menyertai PAS, beberapa orang pemuda juga telah pergi ke Kuala Kangsar untuk bertemu dengan Prof Zulkifli Muhammad. Tujuan mereka adalah untuk mempelawanya menyertai PAS.

Prof Zulkifli Muhammad menjadi calon PAS dalam pilihanraya 1955.

Dalam Muktamar PAS ke-5 pada 25 Disember 1956, terdapat dua pencalonan bagi jawatan Yang Dipertu Agung, iaitu Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Prof. Zulkifli Muhammad.

Daripada kawasan-kawasan Prof Zulkifli Muhammad mendapat pencalonan yang lebih banyak daripada Dr. Burhanuddin Al-Helmy.

Keadaan ini adalah disebabkan terdapat ahli-ahli PAS pada masa itu yang bimbang dengan latarbelakang politik Dr. Burhanuddin Al-Helmy sebelum menyertai PAS.

Sebahagian ahli PAS lebih selesa jika PAS dipimpin oleh Prof Zulkifli Muhammad memandangkan beliau seorang tokoh muda yang sangat karismatik dan pernah belajar agama di Mesir.

Dalam pemilihan jawatan tertinggi PAS dalam Muktamar ke-5 itu, Dr. Burhanuddin Al-Helmy telah berjaya menewaskan pencabarnya, iaitu Prof Zulkifli Muhammad.

Pertandingan bagi jawatan tertinggi parti di antara kedua tokoh besar ini menunjukkan kematangan ahli-ahli serta amalan dan suasana demokrasi dalam PAS sejak awal-awal penubuhannya.

Muktamar seterusnya memilih Prof Zulkifli Muhammad menjadi Timbalan Yang Dipertua Agung PAS. Gabungan mereka berdua inilah yang terus memantapkan PAS. Selepas diberikan amanah memimpin PAS, Dr. Burhanuddin Al-Helmy menunjukkan betapa gigihnya beliau melaksanakan tugas tersebut.

Pimpinan Dr. Burhanuddin Al-Helmy dalam PAS adalah yang paling lama jika dibandingkan dengan tempoh beliau berada dalam mana-mana parti terdahulu yang disertanya. Malah hayatnya ditutup dalam PAS. Bahkan pada zamannya juga PAS berkembang dengan luasnya.

Tugas memimpin PAS dilaksanakan oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmy walaupun sebahagian dari tempoh ini dilaluinya semasa menjalani penahanan dan sekatan tanpa bicara di bawah ISA.

Seorang Demokrat Berperlembagaan

Selaras dengan dasar PAS mengambil bahagian dalam pilihanraya untuk mendapatkan suara rakyat bagi mengukuhkan perjuangan Islam, Dr. Burhanuddin Al-Helmy telah menjadi calon PAS dalam pilihanraya 1959. Beliau menang dan menjadi wakil rakyat Pas bagi kerusi Parlimen Besut, Terengganu.

Pada masa itu sistem pilihanraya Dewan Undangan Negeri dijalankan mengikut negeri ke negeri. Negeri paling akhir selepas Terengganu adalah Kelantan.

Dengan sistem seperti ini, Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan pimpinan PAS telah menyusun tenaga kerja jentera PAS dipindahkan dari satu negeri ke satu negeri.

Di Dewan Undangan Negeri Terengganu, PAS menang 13 daripada 24 kerusi dan berjaya membentuk kerajaan negeri di Terengganu.

Manakala di peringkat Parlimen pula, calon-calon PAS menang empat kerusi, iaitu Ustaz Hasan Adli di Kuala Terengganu Utara, Khadijah Sidek di Dungun, Harun Pilus di Terengganu Tengah dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy di Besut.

Dengan kemenangan ini, PAS di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin Al-Helmy menggunakan kempen ”Kalau di Terengganu PAS boleh menang, kenapa Kelantan tidak?”

Ternyata taktik ini berkesan sekali sehingga PAS memenangi 28 daripada 30 kerusi Dewan Undangan Negeri dan berjaya membentuk kerajaan di Kelantan.

PAS juga memenangi sembilan daripada sepuluh kerusi Parlimen di Kelantan.

Dalam konteks yang lebih luas, Dr. Burhanuddin Al-Helmy juga telah mempertahankan amalan demokrasi di atas dasar Perlembagaan yang sedia ada. Di atas sebab itu beliau menentang penubuhan Malaysia. Baginya, penubuhan Malaysia adalah bertentangan dengan konsep Persekutuan yang memberi ruang yang luas bagi pembangunan setiap negeri di bawahnya.

Menurutnya, dengan wujudnya Malaysia, maka ”mahu tidak mahu Kelantan menjadi satu bahagian di bawah kekuasaan Malaysia”. Dr. Burhanuddin Al-Helmy mahu kerajaan Pusat bersikap lebih demokratik dengan merundingkan penubuhan Malaysia dengan kerajaan negeri terlebih dahulu.

Di bawah pimpinannya, kerajaan PAS Kelantan telah mengheret isu Malaysia ke mahkamah bagi mendapatkan injuksi penanguhan pembentukan Malaysia.

Ternyata pendekatan dan ketokohan Dr. Burhanuddin Al-Helmy serta pemimpin-pemimpin PAS yang lain pada masa itu amat diterima rakyat, khasnya di kalangan kaum Melayu.

Kejayaan PAS dalam pilihanraya 1959 juga membuktikan PAS adalah sebuah parti politik dan gerakan Islam yang bersedia memanfaatkan saluran sistem demokrasi yang bersesuaian dengan Islam bagi tujuan memajukan Islam, rakyat dan negara.

Di atas kejayaan ini, kerajaan Perikatan menggunakan taktik kotor untuk menghalang kemaraan PAS di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin Al-Helmy. Satu langkah licik telah digunakan untuk menghalang Dr. Burhanuddin Al-Helmy daripada mempertahankan kerusi Parlimen Besut.

Dalam pilihanraya 1964, Suruhanjaya Pilihanraya telah mengisytiharkan Dr. Burhanuddin Al-Helmy tidak layak bertanding kerana telah didenda sebanyak $25,360 oleh sebuah mahkamah atas satu kesalahan teknikal dalam sebuah syarikat perniagaan.

Sumbangan kepada Gerakan Islam

Dr. Burhanuddin Al-Helmy adalah seorang pemimpin politik Islam yang mendahului zamannya.

Beliau adalah seorang yang progresif, realistik, berpandangan global serta sentiasa bertindak berpandukan prinsip-prinsip Islam.

Beliau progresif kerana beliau menolak sebarang bentuk dan unsur kolonialisme. Motivasi utama dalam perjuangan politiknya dalah untuk memerdekan rakyat Tanah Melayu – bahkan seluruh bumi Asia – daripada penjajahan, sama ada penjajahan dari Barat mahupun dari Timur.

Beliau realistik kerana belaiu sentiasa bersikap terbuka dan bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak – parti politik bukan Melayu atau bukan berasaskan Islam – yang memiliki cita-cita dan tujuan yang sama, iaitu untuk sama-sama mencapai matlamat perjuangan membebaskan rakyat daripada penjajahan.

Dari satu sudut Dr. Burhanuddin Al-Helmi adalah seorang ahli politik yang bersikap praktikal dan realistik kalaupun tidak pragmatik.

Pendekatannya terbuka. Pengalaman silamnya sebelum menerajui PAS yang sentiasa bersedia bekerjasama untuk mengejar cita-cita bersama - iaitu kemerdekaan – telah berjaya menempatkan PAS dalam kancah arus perdana politik negara pada masa itu.

PAS dilihat ada kelainan tetapi tokoh PAS ini tidak lain dan asing bagi mereka yang sama-sama mahu mengejar cita-cita kemerdekaan.

Pakatan politik yang diwujudkan olehnya dengan parti-parti bukan Melayu dan bukan berasaskan Islam telah melonjakkan PAS sebagai sebuah parti yang berjuang di atas satu ideologi yang jauh lebih jelas daripada UMNO.

Kelainan inilah yang sebut oleh pimpinan PAS hari ini sebagai aqidah perjuangan. Dalam bahasa Dr. Burhanuddin Al-Helmy ia disebut sebagai ideologi perjuangan.

Ini kerana pada masa pemimpin-pemimpin UMNO terperangakap dengan persoalan politik perkauman dan perjuangan kebangsaan yang sempit, PAS di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin Al-Helmy berjaya meyakinkan rakyat bahawa akar umbi masalah rakyat Tanah Melayu adalah warisan penjajahan yang berupa penindasan ekonomi dan politik serta sistem kapitalis global yang menindas dan memperhambakan pribumi tanah jajahan.

Dr. Burhanuddin Al-Helmy juga mendedahkan kepincangan masyarakat apabila sejumlah elit politik pribumi bersekongkol melindungi dan mempertahankan penindasan sistem penjajah ini.

Karya dan Penulisan

Dr. Burhanuddin Al-Helmy telah menghasilkan buku yang bercorak politik antaranya:

• Perjuangan Kita, 1946
• Falsafah Kebangsaan Melayu, 1947
• Agama dan Politik, 1954,
• Ideologi Politik Islam, 1957 Namanya Diabadikan

Dr. Burhanuddin Al-Helmy meninggal dunia pada 25 Oktober 1969 berpunca daripada serangan lelah. Sebenarnya Dr. Burhanuddin Al-Helmy telah jatuh sakit semasa dalam tahanan ISA. Ketika beliau dibebaskan dengan sekatan kawasan pada tahun 1966, penyakitnya masih belum sembuh.

Namanya diabadikan di sebuah sekolah di Taiping dan nama jalan di Taman Tun Dr. Ismail, Damansara, Selangor.

Beliau dianugerah pingat emas Commander of World Order of Human Merit daripada I’Ordre Universal du Merit Human, Geneva pada 15 November 1959 di atas sumbangannya dalam pembangunan perubatan homeopati.

(sumber)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...