Malam tadi forum 3 orang tokoh ulama generasi muda, Ustaz Riduan Mohd Nor, Ustaz Nik Abduh Nik Aziz, Ustaz Syed Abdul Kadir AlJofre membicarakan tentang Imam Hassan Al Banna, pengasas Ikhwan Muslimin. Antara perkara yang menarik boleh dikongsikan selepas kewafatan Rasulullah, akan muncul dalam 100 tahun seorang alim ulama/penggerak dunia Islam yang digelar mujadid, mereka ini adalah pilihan2 daripada Allah supaya menjadi pengganti kepada perjuangan para anbiya. Ulama waris para nabi. Imam Hassan Al Banna adalah mujadid umat Islam abad 20, selain beliau antara ulama2 muktabar yang diangkat sebagai mujadid ialah Kahlifah Umar Abdul Aziz, Imam Syafie, Imam Ahmad Hanbal dll.
Selain itu, ketokohan Imam Hassan Al Banna juga dibincangkan tentang waktu beliau dilahirkan, iaitu selepas kejatuhan empayar Turki Uthmaniah, dikala umat Islam seluruh dunia hilang tali ikatan yang dirongkai oleh penjajah2 barat, kelahiran beliau kembali memancar sinar baru kepada gerakan Islam abad moden. Sistem dan gerakan yang diwujudkan bukanlah secara sambil lewa tetapi penuh dengan hikmah dan strategi yang hebat terutama menyatukan kembali umat Islam yang terpecah dengan fahaman mazhab, sempadan geologi, dan latar belakang. Hingga kini pengaruh gerakan Ikhwan Muslimin bertebaran ke seluruh dunia, jasadnya mati fikrahnya hidup sampai kini!

Rasulullah pernah bersabada, "Seseorang itu dibangkitkan di akhirat bersama dengan orang yang dicintainya".
Tak mampu untuk menjadi seperti mereka cukuplah wujudkan rasa Cinta dan kasih kepada para ulama.
Kalau tidak mampu menjadi cahaya yang menerangi kegelapan,jadilah cermin yang memantulkan cahaya itu jangan pula menjadi dinding yang menghalangi cahaya itu tersebar.
ReplyDelete