Pages - Menu

7.12.11

Kisah & Pengajaran Daripada Seorang Budak Melaungkan AZAN.

budak-main Kanak-kanak umpama kain putih….

Salam untuk semua, moga dirahmati

Kadang-kadang Allah membiarkan mata dan hati bersatu, supaya kita mengambil suatu iktibar dan ibrah tentang sesuatu. Minggu lepas aku singgah kat sebuah masjid solat Zohor di sebuah daerah yang tidak jauh daripada tempat aku. Lebih kurang 5 minit lagi sebelum masuk waktu…aku sempat luang masa kejap baca info2 pada papan kenyataan masjid…padat & interaktif! Tak berapa lama, jam berdetik2 berbunyi…tanda waktu solat sudah masuk. Aku bergegas ke tempat wudhuk tak jauh dari ruang solat utama.

Allahuakbar….Allahuakbar…..! Azan kuat dilaungkan…jelas…nyaring. "Ya Allah…suara anak sapa tu…sedapnya…”Aku sedikit teruja sebenarnya…tak sabar nak tengok tok bilal yang azan ni…selesai wudhuk aku terus melangkah masuk ke ruang solat utama…dari jauh aku memandang seorang budak berjubah, berkopiah coklat sedang melaungkan azan…dahsyat! aku jangkakan umurnya baru 4 tahun, kecik saja…selesai azan datang seorang budak yang lebih berumur, mungkin abangnya…lingkungan 8 tahun membimbingnya ke tempat solat di hujung saf.

Selesai solat, aku menunggu mak dan ayahku di luar masjid…sempat aku tengok kelibat dua orang budak tadi yang juga sedang melangkah untuk pulang…disamping mereka ditemani seorang ayah. Aku terus hulurkan tangan…rasa kagum dengan lelaki tersebut, bukti didikan agama yang baik pada anak2…tapi aku terasa hiba…tersentak!! Rupanya budak comel yang azan tadi mempunyai masalah penglihatan…buta kedua matanya!! Patutlah selepas azan abangnya datang menjemput ke hujung saf….Ya Allah!!! Terkedu…terus memandang sehingga mereka bergerak pulang dengan motorsikal… 

Seorang budak yang buta punya nilai disisi agama…aku yang sihat ini entah apa sumbangan aku pada agamaku…umur pula sudah jauh berbeza…aku pula terasa malu melihat semua ni…kadang2 Allah sengaja membiarkan kanak-kanak menjadi penasihat. Dewasa umur belum pasti selamat…Tidak Allah ciptakan sesuatu itu sia-sia…moga Allah merahmati kehidupan budak tersebut =)

19 comments:

  1. sebut kanak2...rindu nk tgk anak buah pertama.. =)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. tersentuh baca.. =_+

    betapa dia lebih baik dari kita yang celik ini...

    ReplyDelete
  4. salam, asuhan dan didikan yg sempurna membolehkan insan yg cacat dapat menjalankan perintah agamannya dengan sempurna....

    ReplyDelete
  5. rasa insaf hadir bila baca entri ni

    ReplyDelete
  6. berkunjung sob..salam blogger
    salam kenal dan sukses selalu ..:)

    ReplyDelete
  7. seorang kanak2 buta 4tahun yg sudah terjamin masuk syurga pun masih mahu membuktikan nilainya sbg umat Islam.. malunya kita yg besar pnjg dan cukup sifat ni...

    sebak plak aku.. aku bkn bleh kalau tgok OKU ni.. terutama kanak2..

    ReplyDelete
  8. sebak terasa...
    seorang knk2, tanpa penglihatan, tapi cerah mata hatinya!

    satu perkongsian yg membuka mata fikir kita..

    ReplyDelete
  9. masyaAllah tuan, hebat betul dia. ayah ibunya tentu bahagia sangat.

    ReplyDelete
  10. bila dengar budak2 yg azan mesti kita tros beri puji2an dkt ibu bapaknye..sejuk perut mengandung orang ckp~ Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  11. Allah maha berkuasa...
    sebak rasanya...

    ReplyDelete
  12. salam..

    "Kadang-kadang Allah membiarkan mata dan hati bersatu"

    suka kata2 ni..

    ReplyDelete
  13. kerkurangan bukan penghalang....

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum...

    Subhanallah, terlihat akan kita kekurangan pada penglihatan jika dididik dengan sempurna hasilnya terbina akhlak yang mulia seperti yang Rasulullah s.a.w. tunjuki..

    ReplyDelete
  15. Subhanallah...sebak dan menitis air mataku

    ReplyDelete
  16. Nikmat mata yg sering kita lupa. Nikmat yg begitu banyak. Jgn putus harap. Masih belum terlambat. Dosa kita tinggalkan, pahala jadi rebutan.

    ReplyDelete
  17. Ibu bapa terbaik, memberi penekanan kpd agama sejak kecil.

    4 tahun berani ke depan melaungkan azan, subhanallah!

    ReplyDelete
  18. tersentak juga waktu baca entri nih..


    pandainya ibu bapa dia mendidik..walau buta mata tp celik hatinya..

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...