Salam untuk semua, moga dirahmati
Alhamdulillah dan Tahniah buat sepupu, Mohd Zul Fahti & Amirah yang telah diijabkabulkan. Beberapa hari lepas aku agak sibuk dengan persiapan kenduri sepupu, semuanya berjalan lancar dan meriah! “Lepas ni bersiap sedia lah ya…Bila nak lagi ni…?” macam2 soalan aku terima baru2 ni…jenoh nak menjawabnya. Aku antara yang senior2 dalam saudara mara belum kahwin…tapi muda lagi kot aku ni…haha.
Jauh lagi nak berjalan ni…tengok lah, insyaAllah kalau jodoh cepat, cepatlah kedatangan tu. Kahwin bukan suatu yang mudah, banyak persiapan…yang paling penting ilmu…terutama ilmu agama. Bab agama ni aku banyak lagi kurang… Lelaki sebagai pemimpin…kalau gagal memimpin pelayaran mungkin tersimpang tanpa arah…tak mustahil juga yang terus dihempas ombak lalu karam.
Moga Allah memudahkan segala urusan kita dunia dan akhirat. Kepada sahabat2, kawan2 yang bakal dan telah diijabkabulkan…aku ucapkan tahniah, moga dirahmati hubungan serta kekal dalam kebahgiaan hingga akhir hayat =)
"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui" (Surah An-Nur 24:32)
"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri" (riwayat Bukhari dan Muslim)
*tengah rancang Hari Keluarga 2012…harap berjaya =)
penat nak jawab kalau kena tanya macam tu...n memang tak suka soalan cepu cemas tu...hehe
ReplyDeletesoklan cepu mas mmg susah nak jawab, kalo jawab pun x ikhlas kekekeh...
ReplyDeletesudah bosan nk bg jawapan yang x da jawapan...
ReplyDeletepenat bertanya nanti diamla org tu, takpun jawabnya, insya Allah bln 12 tp x pasti tahun bila hehe
ReplyDeletehhahaa..
ReplyDeletejawab dengan senyuman je la..
:)
nak kawen jgn lupe jemput..
ReplyDeletehihih
Assalamualaikum...
ReplyDeleteJodoh itu sudah ditetapkan sampai masanya maka jadilah ia..
xyah la hang tggu lama..si dia lama2 kang dikejar dek org lain lak..:)hehe
ReplyDeleteinsyaAllah..terima atas nasihat semua =)
ReplyDeleteHafidz: hehe..si dia mana? hehe.biarlah dia berlari2 dulu =)
senyum jeee..tak perlu kata ape2..hoho
ReplyDeletegud luck..semoga bbahagia nnt ye..:)
ReplyDelete