Warga kota...diluar sana yang layu bersaing dalam daerah pembangunan yang pesat
menggila. Dicelah metropolitan, kudrat diperah berjuang demi
sedikit harapan.
Salam untuk semua, moga dirahmati
Dari Hakim bin Hizam r.a katanya: Tangan yang di atas (tangan yang
memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau
meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu.
Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara
(agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan
sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada
Allah) Allah akan mencukupkannya. (Riwayat Bukhari)
Huraian Hadith:
BERSEDEKAH dalam Islam bukan sekadar memberi wang ringgit kepada mereka
yang memerlukan. Konsep bersedekah dalam Islam adalah luas, membabitkan
perkara yang membawa kebaikan sama ada dalam bentuk kerohanian mahupun
fizikal. Setiap orang yang berbuat kebajikan nescaya diberkati Allah
dengan dikurniakan kesejahteraan hidup dan mendapat rahmat-Nya. Allah
juga akan mengelakkan hartanya daripada kecurian atau hilang. Dalam
surah al-Lail, Allah telah menyatakan tentang sifat kedekut dan ego di
mana orang yang bersifat demikian kehidupannya akan dipenuhi dengan liku
yang sukar dan bermasalah. Bahkan Seseorang yang tidak suka bersedekah
adalah umpama seseorang yang mempunyai benih tanaman, tetapi tidak pula
ia menanamnya. Orang yang tidak suka bersedekah ini tidak akan dapat
memungut atau menuai hasil rezekinya itu.
sumber hadis: JAKIM
Azhan: InsyaAllah kita pakat2 saling tolong menolong, tak kira apa bangsa dan agama. Walaupun keutamaan kepada agama sendiri, tetap tidak salah membantu sesama manusia demi sifat kemanusiaan yang tinggi. Tidak pernah berlaku dalam sejarah para sahabat Rasulullah, yang jatuh kepapaan/miskin kerana banyak bersedekah. Malah, Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq mengeluarkan seluruh harta bendanya untuk Islam, Allah membuka lebih luas lagi pintu rezeki baginya.

Walau sedikit biar ikhlas...banyak tanda ada, sedikit tanda ingat =)
teringat dulu gurau-gurau cakap, tangan di atas tue maknanya tangan yang mengambil... hahahaha
ReplyDeletenice sharing... :)
Salam Azhan,kalau dulu bila tengok orang macam ni kat tepi jalan hati rasa sayu dan mudah je nak hulurkan derma,sekarang kena fikir dua kali.maklumlah sekarang banyak sangat kespenipuan sendikit minta sedekah.
ReplyDeletep/s: Betul juga gurauan RazilTahir tu,Tangan diatas juga adalah tangan orang diatas yang merompak wang rakyat,haha..
Tangan yang tu lebih hina dari tangan di bawah