Pages - Menu

1.4.13

"Selamat Bersara, Ayah!"


Salam untuk semua, moga dirahmati

Lebih 33 tahun ayah membanting tulang, mencari rezeki...menyara kami sekeluarga sebagai seorang pembantu perubatan am di Hospital Sultan Abdul Halim, S.Petani. Minggu depan ayah dah mula tinggalkan perkhidmatannya, akan bersara bermula 8 April 2013 diusia 56 tahun. Minggu ni sudah mula bercuti selama 5 hari menghabiskan baki cuti yang masih ada. Minggu lepas, aku cuti sekolah dan ada di kampung, sempat juga bergurau mintak ayah ambil saja cuti pada hari Khamis minggu tersebut.

"Mana boleh, minggu ni...hari ni last ayah pakai baju batik nak p kerja..." sambil tergelak2 dengan segak bergaya berbatik corak hitam kelabu melangkah keluar dari rumah. Semangat pulak aku tengok ayah hari tu ke kerja, mungkin akan tinggalkan seribu satu kenangan kerana tak lama lagi akan kekal bersara.

"Lepas ni (dah pencen nanti), kalau bosan sangat pukul 9-10 pagi ayah boleh p makan kat hospital, sarapan pagi kat kafe..." tambah ayah sebelum panaskan enjin motorsikal ke hospital. Nada tu cukup menandakan amat berat hati untuk tinggalkan tempat yang dah lama berkhidmat.   

33 tahun lebih, motorsikal adalah kenderaan utama ayah ke tempat kerja. Mungkin jarak yang tak jauh, mudah pakir berbanding kereta dan cepat sampai kalau jalan sesak. Banyak dah kenangan ayah bermotorsikal, antara paling menarik dan melucukan semasa ekzos motor tercabut di tengah2 pekan sehingga terseret di jalan raya. Ayah jenis tak kisah, pakai selagi boleh pakai.hehe.

Aku secara tak langsung, "hospital" antara tempat yang sangat sinonim dengan kehidupan aku, bermula dengan Hospital SP yang lama dengan bangunan usang lagi menakutkan itu, sehingga yang sedia ada baharu sekarang. Ada baiknya juga sentiasa akrab dengan "hospital", belajar tentang erti syukur, kepentingan jaga kesihatan, sabar, empati, simpati apabila selalu tengok pesakit yang pelbagai ragam sakitnya.

Ayah seorang yang pendiam, tak banyak bercakap tetapi tetap mesra, penyabar, penyayang, ayah yang cool, rajin tolong mak basuh baju, sidai baju, masak, ayah agak disiplin bab makan minum, kalau aku bancuh air kompem kena komplen lebih gula, begitu jugalah masak jangan lebih masin dan pedasnya, selain ayah bukan seorang yang cerewet dan mudah dengan banyak urusan. Aku harapkan banyak perkara yang aku perlu contohi peribadi ayah.

Tiada cara dan ayat selayaknya membalas jasa seorang ayah, mengenangkan penat lelah, susah payah ayah bekerja, aku dan adik2 akan menghargai dan ingat sampai bila2, terima kasih kepada Allah mengurniakan "superhero" buat kami! Allah sahaja selayaknya membalas jasa ayah. Aku dan adik2 mengucapkan selamat bersara buat ayah tercinta, moga Allah panjangkan usia dalam keberkatan kepada-NYA, murahkan rezeki dan memberikan kesihatan beribadah di hari tua.  Moga Allah memudahkan jua aku dan adik2 sentiasa menjadi pendamping erat kepada mak dan ayah dikala mereka telah berusia.

"Ya Allah, rahmatilah ayahku, kami sekeluarga selamanya hingga ke syurga  "

3 comments:

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...