Salam untuk semua, moga dirahmati
Tulisan kali ini untuk membuat teguran terhadap beberapa pandangan ISMA tentang suasana umat Islam dan politik semasa. Mungkin sebelum ini aku ada "cuit2 manja" di FB, bukanlah bermakna membenci kerana aku juga pernah nyatakan sokongan ISMA bergerak sebagai NGO yang bakal bertanding dalam PRU13 nanti, dikhabarnya mereka berhajat menjadi kuasa ketiga yang menjadi kumpulan pendesak kepada partisan yang sedia ada. PRU13, landskap politik sedikit berbeza apabila kuasa ketiga bakal membuat impak besar kepada politik tanah air, tetapi sejauh mana kebenaran atau sekadar visi yang angan2?
KUNCI MULUT. Selepas aku tengok forum yang dihadiri wakil ISMA di Kelantan tempoh hari, tujuan ISMA untuk berpolitik dan menjadi kuasa pendesak agak jelas, aku mula faham dengan huraian2 daripada wakil ISMA, tapi cara "desakan" yang dihujahkan agak janggal malah dilabelkan "berpolitik era 80-an" iaitu mencari kuasa Melayu yang majoriti beragama Islam supaya mampu "mendiamkan" bukan Islam. Apa yan dimaksudkan Dr MAZA, bahawa cara pembawakan politik begitu ketinggalan dengan landskap yang sudah berubah.
Contoh: PAS sebagai gerakan Islam sudah mempunyai lebih 20k keahlian Dewan Himpunan Penyokong yang dianggotai oleh bukan Islam, bermakna kini rakyat bukan Islam sudah bersama dan berani menyatakan sokongan kepada perjuangan Islam kerana keyakinan mereka tentang prinsip dan keadilan dalam Islam. Lihat pula bagaimana ISMA mengorak setapak ke belakang? "Mengunci mulut2" rakyat bukan Islam? Apakah strategi sebagai kuasa pendesak begitu dengan corak politik yang sudah jauh ke hadapan mampu diterima umat Islam khususnya Melayu??? Bagaiman pula impaknya jika rakyat yang bukan Islam diberikan tekanan "dikunci mulut" untuk mengenal Islam dengan akhlak2 Islam yang sebenar? Aku jangkakan jika terlaksana strategi "mendiamkan" bukan Islam, dakwah Islam terus menjadi makin sempit dan tenggelam hikmah atas keegoan umat Melayu terlebih "Islam".
Tawar-menawar semakin kurang? Begitulah antara hujah yang disampaikan oleh wakil ISMA bahawa PAS bersama DAP, PKR menyebabkan PAS lebih "memberi muka" dalam beberapa persoalan agama. Contoh yang diberikan tentang penyebaran Injil versi Bahasa Melayu, Pusat Disko di Kedah yang sepatutnya ditutup pada bulan Ramadhan ditarik balik dan beberapa lagi contoh. Injil versi BM diedarkan di Malaysia, sehingga tersebar sehingga ke semenanjung.
Aku rasa benda ni bukanlah baru, tak salah ingatan aku sejak 4-5 tahun dulu lagi aku pernah nampak belasan buah siri buku animasi, novel "agama" Kristian yang dijadikan bahan dakyah mereka ditulis dalam BM telah dijual di kedai2 buku yang terkenal di semenanjung Malaysia! (elok wakil ISMA buat kajian lapangan tentang ni...cukup kalian "bersiar-siar" di kedai buku Lembah Klang) Siapa pula yang memberikan kebenaran mencetak dan menjual buku animasi, kitab2 versi BM di pasaran terbuka sebegitu bebas? Adakah PAS, DAP atau PKR? Mohon lebih rasional lah!
Pertama kali aku tengok buku2 dakyah Kristian dalam versi BM, memang agak pelik...tetapi tidak lah terdetik bahawa benda itu mampu memberi impak jika... (sambungan di bawah). Ketika itu, ISMA dah wujud tapi tidak pula bersuara membahas isu2 begini, mungkin baru menapak dan belum berminat dengan politik...? Isu tentang tarik balik disko di Kedah, mohon wakil ISMA melihat secara lebih mendalam tentang syarat2 dan budi bicara tersebut.
Umat Islam Lemah, Salah Bukan Islam?
Benar, kini umat Islam makin tenat, akhlak moral yang kian hancur. ISMA melihat Melayu bersatu umat Islam akan kuat? ISMA ingin Islam didaulatkan dengan menyatuka bangsa Melayu, apabila Melayu terpecah dan bersahabat dengan rakan bukan Melayu maka umat Islam kelihatan lemah dan semakin lemah. Begitulah lebih kurang ISMA melihat konklusi kekuatan Islam? Disebabkan rakyat bukan Islam, umat Islam lemah? Aku berpendapat kelemahan umat kita adalah berpunca daripada umat Islam sendiri. Tiada masalah sekalipun Melayu tidak bersatu secara "formal", tetapi lihat perilaku Melayu terhadap Melayu sendiri.
Pendidikan? Kembali kepada asas, punca paling utama adalah sumber pendidikan. Apakah ISMA melihat skop pendidikan itu punca kelemahan umat Melayu/ISLAM? Beberapa tahun lalu, aku membuat pemerhatian di sebuah sekolah di Lembah Klang statistik murid Islam berbangsa Melayu yang tidak solat. Keputusannya lebih 80 peratus mereka tidak menunaikan solat, tak kurang yang masih gagal membaca surah Al Fatihah. Sedangkan sekolah tersebut majoriti murid Melayu, disamping guru2 juga majoriti berbangsa Melayu. Suara MAJORITI sudah ada di dalam sekolah tetapi ruh Islam gagal sampai kepada majoriti Melayu/Islam? Adakah murid Islam yang gagal solat, gagal baca Quran disebabkan segelintir murid bukan Islam iaitu Cina dan India yang wujud di sekolah tersebut?
Di sini pentingnya kumpulan kuasa ketiga sebagai pendesak! Mendesak kerajaan mewujudka sistem pendidikan yang lebih menekankan syariat Islam lalu membentuk peribadi murid yang lebih unggul. Aku rasa sebelum2 ini sudah ada kajian tentang solat, bacaan quran yang pernah dibuat oleh pakar motivasi, keputusannya turut mengecewakan! Sejauh mana ISMA mengambil berat soal yang lebih asas dan dasar begini, kerana ISMA cukup berminat dengan soal bangsa Melayu? Belum dibincangkan lagi soal diskriminasi Sekolah Agama Rakyat, juga majoritinya pelajar berbangsa agama Melayu-Islam yang sejak dulu di'anaktiri"kan oleh kerajaan dikepalai pemimpin Melayu-Islam. Apakah masih salah bukan Islam? Sekiranya pelajar difahami dengan pendidikan Islam yang mantap apakah mereka mampu tergoda dengan komik, novel2 dakyah bukan Islam seperti dinyatakan di atas?
Persekitaran? Aku rangkumkan dengan persekitaran sosial dan hiburan Melayu-Islam. Secara jujurnya apakah persekitaran sosial dan hiburan yang dihadam Melayu-Islam mencerminkan sebagai seorang Muslim yang dituntut oleh syariat? Sebagai NGO, wakil kumpulan kuasa pendesak peranan yang hebat perlu diletakkan di sini membentuk alternatif kepada persekitaran yang rosak. Cukupkah bersatu? Sedangkan yang menjalankan kerja mewujudka persekitaran sedia ada sekarang adalah pimpinan Melayu-Islam, yang kena tempiasnya juga majoriti anak-anak Melayu-Islam. Hasil "buah tangan" yang dihidangkan oleh orang atasan/penghibur/pengarah/pe... kebanyakkannya datang dari kulit sawo matang untuk ditelan enak oleh sekumpulan golongan yang sama! Apakah masih salah bukan Islam?
Cermin diri kita terlebih dahulu sebelum menuding terlalu hebat kepada bangsa lain! Kita lemah sebab diri sendiri, masyarakat sendiri, umat sendiri! Yang mencorakkan bukanlah sesiapa, umat kita juga. Aku hanya sentuh dua aspek iaitu pendidikan dan persekitaran. Kalian fikirkan juga soal ekonomi, taraf hidup, sistem kekeluargaan, dll yang saling berkait sesama bangsa sendiri. Aku tidak lah menolak bulat2 bahawa penyatuan Melayu itu tak mampu mendaulatkan Islam tetapi meletakkan terlalu banyak ketempangan kepada bangsa lain menutup kekhilafan bangsa sendiri. Kembali dengan perpaduan Islam, sentiasa rasional sepanjang zaman!
Persekitaran? Aku rangkumkan dengan persekitaran sosial dan hiburan Melayu-Islam. Secara jujurnya apakah persekitaran sosial dan hiburan yang dihadam Melayu-Islam mencerminkan sebagai seorang Muslim yang dituntut oleh syariat? Sebagai NGO, wakil kumpulan kuasa pendesak peranan yang hebat perlu diletakkan di sini membentuk alternatif kepada persekitaran yang rosak. Cukupkah bersatu? Sedangkan yang menjalankan kerja mewujudka persekitaran sedia ada sekarang adalah pimpinan Melayu-Islam, yang kena tempiasnya juga majoriti anak-anak Melayu-Islam. Hasil "buah tangan" yang dihidangkan oleh orang atasan/penghibur/pengarah/pe... kebanyakkannya datang dari kulit sawo matang untuk ditelan enak oleh sekumpulan golongan yang sama! Apakah masih salah bukan Islam?
Cermin diri kita terlebih dahulu sebelum menuding terlalu hebat kepada bangsa lain! Kita lemah sebab diri sendiri, masyarakat sendiri, umat sendiri! Yang mencorakkan bukanlah sesiapa, umat kita juga. Aku hanya sentuh dua aspek iaitu pendidikan dan persekitaran. Kalian fikirkan juga soal ekonomi, taraf hidup, sistem kekeluargaan, dll yang saling berkait sesama bangsa sendiri. Aku tidak lah menolak bulat2 bahawa penyatuan Melayu itu tak mampu mendaulatkan Islam tetapi meletakkan terlalu banyak ketempangan kepada bangsa lain menutup kekhilafan bangsa sendiri. Kembali dengan perpaduan Islam, sentiasa rasional sepanjang zaman!
ISMA sebuah NGO, menjadi kuasa ketiga yang mendesak dan mengimbang
partisan sedia ada. Cuma dalam tempoh PRU13 yang tidak lama lagi, rakyat
Melayu-Islam masih kabur tentang siapakah ISMA ini? Bagaimana memperoleh kemenangan jika pengundi belum kenal2 ramah mesra gerangan. "Orang kuat"
(golongan muda dalam pemerhatian aku, mungkin berbeza kehendak atasan)
ISMA lebih berminat dengan publisiti murahan, petikan2 yang menyedapkan
halkum dan gegendang telinga sebahagian, disamping cuba "mengukuhkan"
tapak politik dengan sokongan "partisan".
Sewajarnya ISMA bergerak lebih
cergas kehadapan dan menjauhkan konsep "partisan" lebih berdiri atas
NGO Islam yang punya pendirian yang lebih utuh, lebih ilmiah dan
terbuka. Rencam politik agak "pelik" berbeza dengan rencam dakwah, usrah, tanzim yang sebelum ini menjadi kisah perjuangan. Selain melihat persoalan beberapa tahun akan datang, apakah matlamat perjuangan ISMA (Melayu sepakat Islam berdaulat) terus relaven 5-10 tahun akan datang, dengan suasana politik, ekonomi, pendidikan, dll sedia ada sekarang?
*penulis bukan wakil/ahli IKRAM, PAS, PKR, DAP, jauh sekali UMNO dan MCA.
*penulis bukan wakil/ahli IKRAM, PAS, PKR, DAP, jauh sekali UMNO dan MCA.
Kena tulis gak han.."penulis juga bukan ahli abim, haluan atau ht dll"...hehe
ReplyDeletebenar sekali tuan =)
DeleteISMA HANYA AKAN MENGUNTUNGKAN BN. UMNO AKAN TERUS BERKEMPEN UNTUK MEMENANGKAN CALON BUKAN ISLAM MEREKA. PAKATAN RAKYAT JANGAN JADI BODOH. UNTUK MEMENANAGKAN PR, KITA TIADA PILIHAN. KITA PERLU TETAP TEGUH MENYOKONG CALON PR UTK MEMBENTUK MALAYSIA BARU.
ReplyDeleteJIKA INI TIDAK BERLAKU, HARAPAN UNTUK MELIHAT UMNO BERKUBUR AKAN HANCUR. LIHAT SAJA PENDIRIAN UMNO, MEREKA TIDAK MUNGKIN MEMILIH MELAYU ISLAM WALAUPUN BERTANDING MELAWAN BUKAN MELAYU. BUKTI AMAT JELAS DI PRK HULU SELANGOR DI MANA ZAID IBRAHIM TEWAS KPD CALON BN BUKAN MELAYU P KAMALANATHAN.
PRU13 : BN VS RAKYAT
setuju dan saya bakal mengundi kali pertama
ReplyDeleteISMA - ISLAM BERDAULAT, MALAYSIA SEJAHTERA
ReplyDeleteapalah bangang sgt admin ni.. kau tu yg kena berjalan sekitar kedai buku.. cari buku yg MAIS da keluarkan isu kalimah Allah.. tu la.. kepala hotak dah tersumbat bajet da ade ilmu..
ReplyDelete