Pages - Menu

3.8.11

Apabila Lidah Sedap Berbicara...

 Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA =)

Tak semudah yang diinginkan, lembutnya si lidah ini...bisa bicara tanpa batas sempadan. Kerana lidah badan binasa...lidah makhluk Tuhan yang dikurniakan tetapi fungsinya seringkali tersasar. Terasa sedap apabila mencaci maki, memfitnah dan mengadu domba...tetapi terasa berat untuk menuturkan ayat-ayat suci Al Quran. 

Apakah lidah anda telah dicampak penyakit seumpama itu? Pastinya "Universiti" Ramdhan memberikan peluang kepada diri untuk kembali bermuhasabah seterusnya mencetuskan perubahan dalam memelihara anggota bernama cik 'lidah" ini. Apabila melihat kepada penciptaan Allah menjadikan satu lidah dan dua telinga kepada manusia sudah pasti tuntutan mendengar itu adalah keutamaan daripada banyak berkata-kata, kerana apabila banyak berbicara banyak pula yang buruknya.

Nabi bersabda : "Barangsiapa tidak meninggalkan perkataan dan perbuatan dusta maka Allah tidak lebih dengan puasanya dari makan dan minum." (HR. Al-Bukhari). 

Jika seseorang dengan makan dan minum berniat agar kuat badannya dalam solat malam dan puasa maka ia mendapat pahala kerananya. Juga jika dengan tidurnya pada malam dan siang hari berniat agar kuat beramal (bekerja) maka tidurnya itu merupakan ibadah. Jangan biar setiap langkah dibuat kerana adat, tetapi niat kerana mentaati-NYA. Bukan makan ketika berbuka itu sekadar mengisi perut yang kosong dan berbunyi-bunyi tetapi niat mudah2an diberikan kekuatan beribadah.

Jadi orang yang berpuasa sentiasa dalam keadaan ibadah pada siang dan malam harinya. Dikabulkan doanya ketika berpuasa dan berbuka. Pada siang harinya ia adalah orang yang berpuasa dan sabar, sedang pada malam harinya ia adalah orang yang memberi makan dan bersyukur.

11 comments:

  1. puasa..
    memberi zakat kpd tubuh badan =)

    camat buke pose!

    ReplyDelete
  2. Salam ramadhan kareem. :). Puasa itu indah,jgnlah kta mencemarnya. Sama2 kita hargai dan manfaat puasa.

    ReplyDelete
  3. berpuasa dgn ikhlas kerana Allah..
    bukan sebab adatkan..
    =D

    ReplyDelete
  4. puasa itu byk manfaat nya..sama2lah kite ikhlas menunaikannya..salam Ramadan Kareem

    ReplyDelete
  5. kan..?
    puasa bukan semata2 me-muasa-kan perut tetapi juga mulut, mata, telinga dll

    ReplyDelete
  6. termasuklah jaga adab semasa berbloging :)

    ReplyDelete
  7. kalau sbb lidah pun boleh jd penyebab puasa yg sia2, apatah lg yg tak solat, tak tutup aurat, buat maksiat..

    nauzubillah..

    ReplyDelete
  8. dan semoga amalan yg baik semasa ramadhan akan dibawa sampai bila2....

    ReplyDelete
  9. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
    ”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
    firestartingautomobil.blogspot.com
    bukandoktorveterinar.blogspot.com
    ~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    tip periksa kerosakan san servis radiator

    bulan puasani kena banyak berzikir mudahan pahala puasa dapat.... jangan kuat mengumpat kurang pahala nanti

    ReplyDelete
  10. setiap perbuatan disertakan dengan niat

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...