Pages - Menu

12.3.13

"Saya ni pernah ambil Dadah la ya...?"

http://generic-viagra.1-site.info/images/generic-medicines/PanadolEO.jpg
 gambar hiasan

 Salam untuk semua, moga dirahmati

"Hari ni kita akan lukis poster sempena Minggu Anti-dadah. Dadah tu dalam bahasa omputehnya kita panggil Drug." cikgu. Beberapa minit satu contoh besar poster Anti-Dadah dilukis di papan putih oleh guru. Salah satu gambar penting ialah JARUM SUNTIKAN.

"Jarum suntikan ini digunakan oleh orang yang ambil dadah" cikgu mula menjelaskan.

"Saya ni pernah ambil dadah la cikgu, ni haaah saya pun pernah kena suntik..."sambil menyelak lengan baju menunjukkan kesan suntikan bayinya dulu.

"Adoi, itu bukan dadah...itu suntik ubat bagi kamu sihat" cikgu

"Camna cikgu, sekejap dadah sekejap ubat...," murid.

"Panadol kalau kamu makan sebiji semasa sakit atau demam, dipanggil ubat."

"Kalau dimakan sehingga 10 biji waktu sakit atau sengaja makan untuk suka2, panadol (ubat) bertukar menjadi Dadah." Cikgu dengan yakin menghuraikan panadol bak seorang doktor pakar di hospital.

"Camna cikgu, sekejap ubat, bertukar jadi dadah pula.? Itu kan panadol," murid.

Batasan komunikasi kepada guru menjelaskan sesuatu kepada murid bukan bangsa Melayu yang baru usia setahun jagung.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...