Pages - Menu

13.4.13

PRU13, Kempen Video Lucah | Apa Pandangan Intelektual Agama?


Salam untuk semua,moga dirahmati

PRU13, video seks diguna pakai lagi untuk bahan kempen menjatuhkan pemimpin2 politik. Aku rasa semua majoriti sudah maklum isu terbaru ni. Muncul video seks ni tenggelam terus kempen berilmiah dan berhujah fakta, masing2 dibelenggu rasa gundah dengan mainan busuk dan jijik. UMNO/BN merasakan mereka "terselamat" seketika dilanyak dengan isu2 rasuah, penyelewengan duit lembu, kronisme, kapal selam, manisfesto fotostat, takut debat, takut bubar, isu calon dll.

Rakyat yang sepatutnya mendapat informasi terbaik memilih calon, memilih manisfesto terbaik kelam terus minda dengan mainan baru video lucah. Aku menyaksikan dalam FB pencacai UMNO riuh rendah dan berpesta mencanang segenap maya video2 lucah, tak kurang membuat andaian, yang berminat "berfatwa" pun ada, caci maki, kata2 nista itu sudah biasa buat mereka. Apa pun aku kongsikan apa pandangan ahli agama dan intelektual tentang video lucah dalam kempen politik:-


Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Amidi Abdul Manan (kiri) berkata empat saksi itu adalah tuntutan hukum qazaf  yang perlu dipenuhi oleh mereka yang membuat tuduhan zina terhadap orang lain. "Hanya yang jahil dan kurang menghayati ajaran Islam akan ada rasa berbelah bahagi (tentang video itu). Keperluan membawa empat saksi ini telah diputuskan oleh ulama-ulama terkemuka seperti Sheikh Wahbah Zuhaili dan Dr Yusof Qaradhawi," katanya kepada Malaysiakini ketika diminta mengulas dakwaan tersebut. Menurutnya, Muslim yang berpegang kepada ajaran Al-Quran juga digesa agar tidak menyebar atau menyuburkan video sebegitu. "Jadi kalau (video itu) ada di Facebook juga kita digesa jangan 'Like' atau 'Share'," katanya lagi.-Malaysiakini

Pengarah Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman (kiri) pula berkata penyiaran video itu akan mengukuhkan tanggapan masyarakat yang ia merupakan "kerja Umno. Video ini dan video-video lucah sebelum ini semuanya mula diterbitkan blog-blog yang pendirian mereka adalah pro-Umno.-Malaysiakini

Saya dan NGO MURSHID mengajak masyarakat untuk mengeji dan mengelakkan diri dari memberikan sebarang sokongan kepada usaha meraih undi melalui cara siaran gambar atau video berunsur lucah dan tidak bermoral sama ada ia melibatkan ahli atau pemimpin dari apa parti sekalipun. Dilarang juga menyebarluaskan video dan gambar terbabit hatta kalau ia benar sekalipun. Hal ini terpakai kepada seluruh warga Malaysia dari semua parti dan bangsa.

Dr Asyraf Wajdi (Intelektual muda UMNO)
Buat kesekian kalinya saya menyeru kepada sahabat2 yg ghairah berkongsi gambar/video aib pemimpin tertentu agar hentikanlah perbuatan sedemikian. Tiada gunanya turut menyemarakkan Pesta Membuat Dosa sepanjang musim pilihanraya ini. Ingatlah setiap perlakuan kita diperhitungkan Allah. Dalam soal aib, kita harus takut akan kafarah Allah yg bukan sahaja akan membuka aib kita di akhirat kelak bahkan di dunia lagi kiranya kita ghairah menelanjangkan aib orang sebagaimana nasihat Nabi SAW dlm Hadis sahih:
ومن ستر مؤمنا ستره الله في الدنيا والآخرة
"Dan Barangsiapa yg menutup aib saudara mukmin lain, nescaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan di akhirat".

Dr Asri Zainul Abidin 
...orang muslim tidak boleh memaki hamun dan menggunakan perkataan yang jelek..boleh mengkritik dan membantah, boleh sinis dan sindir tapi dengan perkataan yang tidak kotor dan jijik..sesiapa yang terlibat dengan kempen PRU dan merasakan dirinya muslim wajar mengawal adab dirinya ketika berkempen..samada perkataan ataupun tulisan..dia hendaklah sedaya mungkin untuk mengikut adab-adab Islam dalam berkempen dan berkomunikasi dengan manusia lain terutama dalam musim PRU ini..jangan jadi PRU musim membanyakkan dosa dan perangai 'syaitan'..

ustaz Hasrizal Abdul Jamil (Saifulislam.com)

Politik di negara kita memang banyak isu. Besar-besar belaka. Hingga ada yang membabitkan mahkamah antarabangsa. Tetapi isu skandal seks agak berbeza. Apabila ia mula dimain-mainkan di media semenjak era heret tilam ke mahkamah pada akhir 1990'an, membawa kepada video seks pemimpin PAS, saya rasa seperti saya menjadi mangsa rogol, 'intellectually'!

Tolak ketepi semua isu lain, saya seru agar Barisan Nasional ditumbangkan, agar selepas ini, isu seks menjadi tajuk bilik tidur, dan bilik perbicaraan mahkamah, SAHAJA.

Selamatkan rakyat Malaysia daripada mindanya dirogol!

UBAH!

LAKSANAKAN PERUBAHAN UNTUK MASA DEPAN NEGARA LEBIH BAIK! =)

7 comments:

  1. K.O. sudah. Xpayah nk menegakkan benang yg basah. Asal kantoi je salahkan UMNO. Siasatnya tidak. X pernah nak merenung dan mengaku kelemahan sendiri.

    "Ingatlah setiap perlakuan kita diperhitungkan Allah. Dalam soal aib, kita harus takut akan kafarah Allah yg bukan sahaja akan membuka aib kita di akhirat kelak bahkan di dunia lagi"

    Ni bukan terkena ke btg hidung sendiri? Bila fitnah kat org lain x ingat suma ni kan? Bila terkena sendiri mula keluar fatwa dan pandangan2 yg sesuai dgn kepentingan diri. Kalau x betul buat report dan saman. Kenapa senyap je? Xkan nak kata mahkamah dimanipulasi plak..Anwar Ibrahim blh je lepas didapati x bersalah (atas technicalities lah kan).

    Presiden PAS sendiri kata aib pemimpin blh diberitahu. Jangan nak nafikan plak. Nak jadi pemimpin, sendiri fikirlah. Rakyat berhak tau pemimpin yg kotor.

    Berhenti menuding jari dan mulalah bermuhasabah diri sket. Nak menuding tanpa bukti boleh je, teruskan. Balasan seterusnya tggu jelah.

    ReplyDelete
  2. http://www.rbfonline.net/2013/04/laporan-polis-adakah-mustafa-ali-ambil.html

    Baca dan F.I.K.I.R.

    ReplyDelete
  3. Pulok doh??? Abis yg selama ni cakap berdegang2 pasal isleh, hudud, kafir, tolak isleh segala bagai tu nk buang ke tepi je? Cuba kalau benda ni terjadi kat pemimpin UMNO kita tgk mcmana org PAS terkinja2.

    Kalau nk bercakap pasal caci maki kata2 nista jgn pandang penyokong UMNO je, cuba bukak mana2 blog pro gov atau pembangkang, tv PAS, malaysiakini, etc dan tgk sendiri bahasa daripada ahli syurga. Berlagak samseng pun serupa je dua2 belah so jgn bias lah. Mau link bgtau blh je aku pautkan. Kesimpulannya 2×5=10.

    Kalau kita nk guna hujah ni, jom. Aku x kisah diorg mkn duit rakyat pasal aku rasa hidup kat Malaysia ni aman damai harmoni dan selesa. Aku nk gi solat kat masjid bersepah2 ada surau dan masjid sana sini. Aku nk mkn sedap2 pandang kiri kanan atas bawah suma ada. Aku tgk org Malaysia steady je mkn luar x kira masa, hujung bulan, awal bulan, tgh bulan, penuh je memanjang. Tapi Anwar kata rakyat Malaysia merana, hmmmm...tgk setiap rumah 2-3 biji keta sampai kena parking luar lagi. Nak belajar percuma? Belajar jelah rajin2 kasi score, percuma je nanti sampai luar negara pun dia tanggung. Malas kalu x payah sembang lebih. Nk free suma tggu masuk syurga besok suma free. Kat dunia kalu nak bersenang lenang then bersedia utk merana kat akhirat besok. Bini aku bersalin kat hospital rm40 jek. RM40..kehkehkeh..pg mkn luar sekali pun lagi mahal kot. Gi klinik ambik ubat mcm2 rm1 jek..

    So selagi aku nikmati suma ni; nak sekolah, nak belajar, nak berniaga, nak beribadat, nak maki kerajaan, tanpa gangguan, diorg nak makan duit yg bukan hak diorg tu antara dia dgn pencipta, betul???

    Mmg betul tu antara dia dgn pencipta. Tapi PAS kena faham ni dulu. Kalau PAS merasakan adalah betul untuk menuduh UMNO memfitnah dia sdgkan hakikatnya sebaliknya, jgn melenting kalau UMNO plak terus menerus mengaibkan dia dan siapa juga pun yg lain. What u give u get back. Kau fitnah org sesedap mulut, fitnah akan mendatangi kau pula kemudian hari, aib kau akan tersebar serata dunia. Jgn samakan semua penyokong UMNO dalam satu acuan, sepertimana bukan semua penyokong PR berakhlak buruk. Wassalam, peace :)

    ReplyDelete
  4. dato mustafa ali dh buat laporan polis...dan skg peguam dia uruskan kes tersebut. jgn baca dr satu sumber shj.
    skg bkn masa myalahkan ssapa.
    apa yg pasti ABU dan UBAH!

    ReplyDelete
  5. Laporan polis dah dibuat? Sumber???

    Fakta: Laporan polis belum lg dibuat. Cuma serahkan pada peguam utk komen memandangkan beliau x berapa berani nak jawab soalan2 wartawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Secara mudah, benda lucah kalau jawab buang masa. Jawab kpd media perdana yang selalu fitnah, kaki lucah akan diputar alam. Soalan aku, mana jawapan bagi isu Sarawaak Taib Mahmud? Dia jelas lebih takut berhadapan dgn SPRM? Jelas tanah Sarawak disapu semuanya.

      Delete
    2. Kenapa tukar topik? Kalau org lain tukar topik cepat je kau sound. Media perdana kaki fitnah? Mcmlah Harakah tu suci sgt. Belum ada apape yg jelas melainkan kegemaran kau menghukum semua org dalam satu acuan dan suka membuat assumption. Kalau nk tukar2 topik ni aku pun ada byk soalan maut blh tanya. People who make the most assumptions usually know the least.

      Delete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...