Pages - Menu

14.2.13

Dr Asri Zainul Abidin, Dr Fathul Bari, Dr Juanda Jaya Bakal Calon PRU13 | Tokoh Tajdid Politik?

http://4.bp.blogspot.com/-LU9n16ijKJA/UMNR8riy7XI/AAAAAAAABSo/rGYsAKvjV6Y/s400/Fathul+Bari+Vs+Dr+Maza.jpg

Salam untuk semua, moga dirahmati

Khabar angin mengatakan 3 orang tokoh agama di Malaysia yang bakal bertanding PRU13 dikuatkan lagi dalam berita akhbar pagi ni. Aku sempat baca dalam ruangan Siar Harian bahawa Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin (DRMAZA), Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis) dan Dr. Ust Fathul Bari (Presiden ILMU-Ulama Muda UMNO) masing2 sedang mempertimbangkan kerusi Dun/Parlimen disamping tiket parti yang bakal diwakili.


http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.14746.1336193013!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg

Impak Sosio Politik

3 orang tokoh agama ini mempunyai karismatik yang tersendiri, punya pengaruh masing2 terutama golongan muda di Malaysia. Aku berpandangan kemasukan mereka ke lapangan politik secara "rasmi" merancakkan lagi perkembangan politik kepada politik kepartian yang lebih sihat. Mereka mempunyai ketokohan dan pandangan yang baik terutama dalam pelbagai isu politik, walau beberapa pandangan yang sudah kelihatan "berat sebelah" dalam beberapa hal tetapi sekurang2nya pandangan mereka sedikit sebanyak menjadi alternatif yang bernas berbanding pandangan "biasa" parti politik di negara kita.

Pandangan "Alternatif" bagi aku sangat penting terutama dalam mengimbangi suara Politik Kepartian yang kadang2 berunsur "kepentingan" dalam beberapa perkara, walau tak semua tetapi sedikit sebanyak mempengaruhi apa sahaja pendapat yang diutarakan pimpinan parti masing2, tak kira dalam BN mahupun PR. Suara yang sudah sinonim dengan warna parti kebiasaannya menjengkelkan kepala yang berfikir, bukanlah tidak bernas untuk diterima tetapi suara itu sudah dijangka akan terbit sebegitu rupa. Paling tidak pandangan ketiga atau "Alternatif" memberikan ruang yang lebih segar kepada rakyat untuk diterima dan diguna pakai, jauh daripada sentimen "politik kepartian". Apabila suara dan nada sama, amatlah membosankan! Dalam hal ini, aku lihat peranan sebenar perlu dipegang erat oleh NGO-NGO Islam di Malaysia.

Walaubagaimanapun, 3 orang tokoh ini akan membuat pilihan masing2 dengan memilih parti yang diwakili, berharap "suara" mereka dalam membahaskan isu-isu politik kemudian hari tidak berubah intonasi, nada dan tempo mereka tersendiri sekalipun kemungkinan besar akan berbeza dengan parti politik yang diwakili. Aku juga berharap, parti politik perlu juga lebih kehadapan untuk membuka ruang seluas2nya kepada pimpinan parti/ahli parti/wakil parti dalam mengutarakan idea-idea baharu yang lebih matang dan bersifat "Alternatif", malah perlu bersedia untuk berubah dan menerima kekurangan seterusnya memperbaikinya. Jika tidak realiti tak akan berubah, Merdekalah Malaysia 100 tahun pun, parti politik di Malaysia tetap menjadi medium melontarkan caci maki, fitnah memfitnah, sentimen agama, sentimen kaum, rasuah dll.


Impak Anak Muda

Aku menjangkakan kemasukan 3 orang tokoh ulama ini juga, akan membawa fenomena anak muda mendekati agama akan turut mendekati politik secara lebih matang dan kehadapan. Aku menilai beberapa perkara terutama kebangkitan anak muda, majoriti mereka masih "di atas pagar" atas sebab2 tertentu, malah tak kurang yang masih bersembunyi atau malu2 menyatakan sokongan dengan alasan "Undi adalah rahsia", sebahagian juga yang langsung tak ambil port dengan alasan (politik kotor, politik merosakkan, politik tak membawa kepada perpaduan, politik medium pemimpin bermuka-muka, politk bla2).

Tarikan anak muda ke dalam politik sangat penting, anak muda yang matang dan berkelulusan tinggi antara lapis pemimpin yang mampu merubah platform politik ke arah yang lebih murni. Masuk "POLITIK" bagi aku bukanlah semua perlu menjadi calon, paling kurang mengambil kisah perkembangan, mampu membahaskan situasi yang wujud, dapat mengutarakan idea-idea baharu, berani membuat perubahan, bagi aku sudah cukup membina budaya politik yang lebih demokratik. Aku menaruh sedikit harapan, tempo dan suhu politik negara boleh berubah ke arah lebih baik dengan kemasukan cediakawan agama dalam lapangan "rasmi" pentas politik.


Rumusan

Perkara yang selalu aku ingin sampaikan adalah POLITIK ADALAH SUCI, POLITIK ADALAH MEDIUM PERUBAHAN, POLITIK ADALAH SYARIAT ISLAM, POLITIK ADALAH PERPADUAN. Begitulah yang aku fikirkan sejak zaman belajar di peringkat IPT. Cabaran ini disahut apabila melihat sindiran, tak kurang yang mencerca daripada sahabat2 sepengajian malah ada juga kalangan pensyarah bahawa politik ini kotor yang realitinya memang begitu, tetapi aku yakin dan percaya kemasukan cendiakawan agama dan majoriti anak muda yang berketrampilan, In Sha Allah mampu merubah realiti yang ada kepada fantasi yang diimpikan! 


2 comments:

  1. Mengharap pada yg boleh diharap menjadi pencerah bukan akhirnya sama-sama terkulai sama. Kita tunggu dan lihat sambil berdoa moga Islam tidak dijadikan sebagai landasan utk 'memanjat naik' tapi ditegakkan demi kebenaran...

    ReplyDelete
  2. Diharapkan 3 orang ulamak ini tidak dijadikan ayam laga oleh orang politik sudahlah..

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...