Salam nuzul Quran untuk semua, moga Allah rahmati.
SETIAP kali al-Quran diturunkan, Rasulullah SAW memanggil penulis
wahyu untuk menulis ayat al-Quran. Zaid Ibn Thabit meriwayatkan bahawa
Rasulullah SAW mengimla’ al-Quran. Selesai sahaja ditulis, Rasulullah SAW meminta supaya dibaca
kepadanya. Jika terdapat kesilapan seperti tertinggal huruf atau
kalimah, baginda akan membetulkannya.
Semasa pemerintahan Abu Bakar al-Siddiq r.a, antara sumbangannya
adalah mengumpul al-Quran di satu tempat. Tenaga utama yang menjayakan
usaha itu ialah Zaid dan Umar Ibn al-Khattab. Kedua-duanya telah kepercayaan sepenuhnya untuk mengumpul dan menulis
seluruh al-Quran.
Namun bagi Zaid, dia menganggap bahawa rancangan
menulis semula al-Quran adalah satu tugasan yang amat berat. Antara pujian dan kepercayaan yang diberikan oleh khalifah Abu Bakar
kepada Zaid ialah beliau seorang pemuda yang tidak melakukan penipuan.
Semasa pemerintahan Uthman Ibn Affan, berlaku pertelingkahan antara tentera Islam tentang bacaan al-Quran.Jika tidak dibendung ia mungkin membawa mudarat yang lebih besar kepada umat Islam.
Bagi menyelamatkan keadaan, Uthman telah mengambil satu tindakan
iaitu menulis beberapa mushaf dan dihantar ke kota-kota Islam ketika
itu. Tenaga yang diberi tanggungjawab yang mencabar itu sudah tentu
mempunyai kemahiran dan pengalaman yang luas dalam ilmu penulisan
al-Quran. Zaid sekali lagi diberikan tanggungjawab menulis Al Quran.
Namun, tugasnya bukan hanya berhenti setakat itu, Uthman juga telah melantiknya sebagai pengajar al-Quran di Kota Madinah. Beliau juga diberi tanggungjawab mengumpul al-Quran pada zaman Abu
Bakar dan sekali lagi diberi amanah menyalin semula al-Quran pada zaman
Uthman yang merupakan titik tolak penyebaran al-Quran secara meluas ke
kota-kota Islam.
Kesimpulannya, khidmat Zaid dalam menulis al-Quran amat besar,
bermula pada zaman Rasulullah SAW. Bahkan ada yang menyatakan bahawa
beliau hadir dalam perbentangan al-Quran terakhir Rasulullah di hadapan
Jibril a.s pada Ramadan sebelum baginda wafat.
Apabila melihat sumbangan para sahabat kepada Islam, membandingkan diri kita umat akhir zaman sekarang....ya Allah..bagai langit dengan bumi. Sudahlah sumbangan yang terhad, kemungkaran pula yang berganda...moga Allah ampunkan kita. Al Quran tidak hanya dibaca, malah difahami dan diamalkan.
Betul tu azhan.. kalau nak banding bagai langit dgn bumi. Tapi kalau boleh mereka yg kita tahu adalah ulama' tak usahlah di tindas pula. Berilah peluang yg bijak agama mendidik dan mengasuh yg kurang pandai supaya tertegak Islam yg syumul...
ReplyDeleteAssalamualaikum Yob Azhan.
ReplyDeletesemoga kita dapat mengamalkan apa yg kita baca dan hayati. Sunnguh besar sumbangan sahabat2 Rasulullah. semoga Allah memberi ganjaran pd mereka.
memang besar sumbangan mereka
ReplyDeletealhamdulillah :-)