Pages - Menu

8.8.12

10 Malam Terakhir Ramadhan | Lailatul Qadar

Salam ramadhan untuk semua, moga Allah rahmati,
Firman Allah SWT: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatul qadar ialah malam yang paling baik berbanding 1,000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar. (al-Qadr: 1-5).
Alhamdulillah, syukur aku masih bernyawa dan sihat untuk masuk pintu2 akhir ramadhan, melangkah 10 malam akhir ramadhan sesuatu cabaran yang lebih hebat untuk mencari Lailatul Qadar. Terasa kadang2 badan amat lemah untuk ibadah terawih di malam hari...seharian sejak awal pagi hingga ke petang bekerja sangat memenatkan. Pengalaman pertama bekerja di bulan puasa.

Aku jangkakan, cabaran itu terlalu kecil dan patut berasa malu jika rutin harian yang kosong dengan dakwah sudah mengeluh penat...! Jauh langit bumi jika dibandingkan aku dengan rutin harian para alim ulama ke hulu ke hilir mendidik masyarakat erti hidup bersyariat.
Sabda Rasulullah SAW:  Carilah lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 malam terakhir di bulan Ramadan.  (riwayat al-Bukhari di dalam sahihnya, 2017)
10 Ramadhan akhir mencari Lailatul Qadar...insyaAllah kita jangan lepaskan peluang hidupkan malam2 akhir ini dengan meningkatkan amalan. Nak mengharap peluang hidup 1000 tahun sudah hampir mustahil...entah 100 tahun belum pasti...gunakan sebaiknya nikmat yang istimewa Allah kurniakan buat umat baginda Nabi Muhammad Rasulullah.
Dalam sabdanya yang lain baginda SAW menyebut: Carilah (lailatulqadar) pada 10 malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah Dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki tujuh malam terakhir. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya, 1165).
Nak dapat syurga laluan penuh duri dan rintangan, moga Allah berikan hidayah dan petunjuk untuk semua =)


1 comment:

  1. ingtkan nk smbung terawih mlm nie..
    tp lecturer nk buat kelas pulak.. :(

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...