Pages - Menu

3.2.11

Kisah Kenduri Kahwin, Maksiat Dalam Ibadah




Salam untuk semua, moga dirahmati-Nya ('',)

Datang cuti sekolah seminggu ni, seperti biasa kita akan makan free selalu. Macam2 menu lauk dan pelbagai jenis nasi disajikan. Kalau dulu nasi minyak saja yang popular, tetapi sekarang dah macam2 jenis nasi, pelbagai nama dan warna menjadi hidangan. Seperti kebiasaan, kebanyakkan kenduri kahwin tidak juga terlepas daripada perkara2 yang kurang enak dipandang mata. 

Walimatul urus suatu ibadah yang sangat digalakkan oleh baginda nabi, tidak mampu buat kenduri besar2an macam artis2, buat saja kecil2an. Sudah memadai, tidak banyak membazir dan melampau2. Tidak perlu berhutang sana sini. 

Dalam berbelanja pun, ramai yang terlalu membazir, orang cakap "seumur hidup sekali ja nak kawen ni". Tetapi ukur baju di badan sendiri la kan. Kalau mampu silakan ja...takut2 diri tersepit hati merana. Bazir ni istilah yang abstrak untuk diterjemahkan, mungkin sahabat2 boleh memberikan makna bazir dalam urusan perkahwinan dengan lebih luas dan halus lagi. 

Selesai soal bazir membazir ni, terus kepada isu seterusnya adalah pakaian. Pakaian di hari perkahwinan terbahagi kepada dua. Iaitu pakaian pengantin dan pakaian tetamu. Macam mengajar dalam kelas la pulak.hehe Pakaian pengantin semua sahabat2 sedia maklum, yang pertama ia pasti ketat, sendat, tertonjol sana sini, labuh meleret2,berkilat2 apa lagi ya...tolong tambah lagi.hehe. 

Kenapa pakai macam tu ya..? Wah! nampak cantik kan, pak cik2 pakai kopiah pun boleh ternganga tengok nanti, yang sibuk memasak dan basuh pinggan pun boleh terleka seketika melihat "raja sehari" lalu...saya pun tengok ja lah kan, dah tunjuk sangat.hehe. Kalau tak tengok macam mana nak menulis ni. Istighfar banyak2 ni. Haish, nak cantik atau pahala ibadah ya...?

Pakaian tetamu pula tiada beza macam pengantin juga. Ciri2 hampir sama saja, kadang2 depa ni pakai mengalahkan pengantin pulak. Boleh keliru mana satu pengantin ni. Dalam tengah best2 makan, yang tak bestnya campur aduk laki dan perempuan semeja. Tiada pengasingan, tetapi ditempat saya perkara ni jarang2 jadi. Tempat sahabat2 bagaimana ya..? 

Begitulah sedikit sebanyak coretan di petang hari. Ok lah, saya nak rehat dulu, baru habis jadi "mentara" kenduri tadi, agak penat juga melayan tetamu yang lebih 4ribu ni. Kisah ni ditujukan khas kepada diri sendiri dulu sebagai pengajaran, sebab tak kahwin lagi.hehe Banyak orang buat tak semestinya betul. Moga sahabat2 dirahmati-Nya ('',)

Selamat Pengantin Baharu kepada jiran saya dan sahabat2 yang baru melangsungkan atau akan melangsungkan perkahwinan. ('',)

12 comments:

  1. bersederhana sudah la yek....

    :)




    .

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Bismillah,

    Dalam Masyarakat hari ini tidak dpt nak bezakan yang mana ibadah dan yang mana adat,apa yang di suruh perlu di lakukan dan yang di tegah harus tanggalkan...

    Fikir2 kan...
    Jadikan Islam Itu Panduan Hidup,

    ReplyDelete
  3. @miecyber: bak kata pepatah biar mati anak jgn mati adat :P

    @aimi: tq :)

    @ijam: orait bro :)

    @tasek M:yup, sederhana sudah..

    @hanyzan: islam itu sempurna, manusia kdg2 sombong.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. len kali xpyh tgk...pnjam mata suda~ =p

    ReplyDelete
  6. yup..sangat bersetuju..bila adat lebih diutamakan daripada syariat...

    ReplyDelete
  7. byk dpt dosa dr pahala...adat mengatasi sunnah.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...