http://amanpalestin.net/
14 November 2010 - London - Konvoi bantuan kemanusiaan Road to Hope dari Eropah yang sedang dalam perjalanan ke Jalur Gaza sedang bersiap sedia untuk meneruskan pelayaran ke Pelabuhan Al-Arish sebelum Pihak Berkuasa Mesir menutup sempadan Rafah selama enam hari bermula Isnin depan.
Seorang peserta Libya dalam konvoi itu berkata yang para aktivis yang kini terdampar di sempadan Mesir-Libya akan menyewa sebuah kapal kargo baru yang dinamakan Nuweiba dalam usaha mereka untuk menyeberang ke Gaza setelah kapal terdahulu dirampas oleh kapten kapal itu sendiri dan kemudiannya belayar ke Greece sebelum melarikan diri dengan sebuah perahu kecil.
Sembilan peserta konvoi dan empat pegawai kastam Libya, serta sebahagian kecil bahan bantuan, yang tidak diturunkan di pelabuhan Libya, masih berada di atas kapal berkenaan ketika ianya dirampas.
Para pegawai Libya yang terlibat itu kini berada di kedutaan mereka di Greece dan sembilan aktivis, lima orang Britain, dua orang Amerika, dan dua dari Maghribi dan Algeria, akan terbang ke Libya untuk bergabung dengan peserta lain dalam konvoi tersebut sebelum mereka sama-sama belayar bersama dengan bahan bantuan kemanusiaan yang dibawa ke Pelabuhan al-Arish.
105 aktivis dari pelbagai negara telah tinggal di sempadan Mesir-Libya sejak 25 Oktober lalu bagi menunggu keputusan untuk dibenarkan masuk ke Mesir melalui jalan darat, tetapi Pihak Berkuasa Mesir berkeras mahukan konvoi bantuan berkenaan memasuki Gaza melalui jalan laut.
Maklumat AMANPALESTIN
(http://amanpalestin.net/)
Admin: Seluruh rakyat Malaysia mendoakan bantuan kemanusiaan selamat tiba ke Gaza, sekurang2nya dapat meringankan beban rakyat Palestin terutamanya menjelang Hari Raya Qurban tidak lama lagi. Jika diimbau kembali tragedi Mavi Marmala, pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu ditempuh oleh aktivis sebelum selamat tiba ke Gaza. Licik dan kejamnya perangai Yahudi Zionis. Semoga Allah memberikan kemudahan dalam urusan dunia dan akhirat.
Semoga selamat sampai dan selamat pulang.
ReplyDeleteAmin.
Mantan Permaisuri Agung Diaibkan
http://ijoks2009.blogspot.com/2010/11/betulke-mantan-permaisuri-agung.html