Pages - Menu

5.6.10

Selamat Pulang Wira-wira Negara! Aktivis Kemanusiaan GAZA.



Salam perjuangan dan salam kemanusiaan untuk semua.

Alhamdulillah pasukan misi kemanusiaan Mavi Marmala Flotilla Gaza seramai 12 orang rakyat Malaysia yang ditahan selama 48 jam oleh tentera Zionis selamat pulang dan tiba di tanah air jam 6.00 pagi ini. Pasukan misi yang diketuai oleh saudara Norazman, Pengerusi HALUAN Palestin bersama wira2 negara yang lain disambut dengan tangisan kegembiraan ahli keluarga di KLIA, dengan liputan khas oleh TV3 yang mula bersiaran langsung sejak jam 6 pagi dan diadakan juga sidang media khas bersama pasukan misi kemanusiaan dan TPM, Muhyidin Yasin.

Misi kemanusiaan Flotilla Gaza ini merupakan titik permulaan kepada misi2 yang seterusnya di masa akan datang, kejadian serangan tidak berperikemanusiaan tentera LANUN YAHUDI yang membunuh sebahagian aktivis membuka mata dunia dan aktivis yang ditahan dibebaskan secepat yang mungkin untuk mengelakkan pihak Israel dikenakan tindakan undang2.

Menurut saudara Norazman lagi, pembebasan mereka adalah antara yang paling cepat yang pernah dilakukan oleh Israel kepada tahanan penjara, segalanya berpunca daripada tekanan2 yang diberikan oleh semua negera yang lantang mengecam tindakan jahat Yahudi terhadap misi kemanusiaan kapal Mavi Marmala Flotilla Gaza lepas.

Saya mewakili sebahagian besar umat Islam khususnya, mengucapkan selamat pulang ke tanah air buat wira2 negara aktivis kemanusiaan Flotilla Gaza. Ketenangan dan ketabahan yang terpancar di setiap wajah ahli keluarga aktivis jelas menggambarkan kekuatan dalaman yang kuat dalam menerima sebarang ketentuan sekiranya suami mereka syahid dalam misi tersebut.

Kami rakyat Malaysia sangat berbangga dengan perjuangan kalian, semoga usaha membebaskan rakyat Gaza yang telah dizalimi sejak tahun 1948, akan diteruskan di masa akan datang dengan misi yang lebih besar dan strategi yang lebih mantap bagi memusnahkan tembok sekatan kemanusiaan yang telah lama terbina sepanjang 6 dekad ini.



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...