Pintu Rafah yang dikatakan dibuka untuk rakyat Palestin hanyalah retorik Kerajaan Mesir!
MARANG – Misi Gaza Yayasan Amal untuk menghantar bantuan kemanusiaan melalui jalan Refah, menghadapi jalan sukar untuk masuk ke Semenanjung itu apabila mendapat maklumat sebenarnya yang berlaku di sana. Misi tersebut menjadi buntu kini, apabila hakikat sebenarnya, kerajaan Mesir yang dipimpim oleh
HosniMubarak, tidak pernah membuka sempadan Gaza di Refah.Setiausaha Misi, Mohd Fauzi Abu Samah ketika dihubungi Buletinonline berkata, misi Yayasan Amal masih berada di Kaherah dan belum boleh memasuki Gaza.
“Sebenarnya Mesir tak buka pun SEMPADAN, sekadar gimmik sahaja.....Takut Dunia marah dan salahkan dia....hakikatnya...., Memang tak buka , bahkan semakin sukar utk masuk dgn peraturan2 baru pulak,”kata Fauzi melalui hubungan Internet dengan Buletinonline jam 8.24 malam tadi.
Sehubungan itu, beliau meminta supaya sampaikan salam kepada seluruh rakyat Malaysia dan mohon dihebahkan pada ceramah Palestin yang di adakan di perkarangan Masjid Rusila, pada malam tadi. -sumber Muslimeen United
“Sebenarnya Mesir tak buka pun SEMPADAN, sekadar gimmik sahaja.....Takut Dunia marah dan salahkan dia....hakikatnya...., Memang tak buka , bahkan semakin sukar utk masuk dgn peraturan2 baru pulak,”kata Fauzi melalui hubungan Internet dengan Buletinonline jam 8.24 malam tadi.
Sehubungan itu, beliau meminta supaya sampaikan salam kepada seluruh rakyat Malaysia dan mohon dihebahkan pada ceramah Palestin yang di adakan di perkarangan Masjid Rusila, pada malam tadi. -sumber Muslimeen United
.....................................................................................................
ORANG ramai membeli barangan di Gaza selepas Israel umum longgarkan sekatan dengan membenarkan kemasukan beberapa barang tertentu.
BANDARAYA GAZA: Sekutu Israel dan negara Asia Barat berkata, langkah melonggarkan sekatan ke atas Semenanjung Gaza diumumkan Tel Aviv kelmarin, hanya bersifat ‘kosmetik’, tidak memadai dan mendesak semua bentuk sekatan ditarik balik sepenuhnya.
Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam satu kenyataan kelmarin mengumumkan rejim Zionis bersetuju ‘meliberalkan’ sistem membawa masuk barangan awam ke Gaza dan ia akan dilakukan di bawah pemantauan antarabangsa.
Penyelaras bekalan ke Semenanjung Gaza, Raed Fattouh, berkata antara barangan yang dibenarkan dibawa masuk termasuk semua jenis makanan, barang permainan, alat tulis, barangan keperluan dapur, tilam dan tuala.
Israel bagaimanapun akan mengekalkan sekatan laut dan pengharaman import komersial bagi bahan pembinaan yang amat penting bagi pembangunan semula Gaza selepas serangan Israel ke wilayah itu sejak Disember 2008 hingga Januari 2009. Di Gaza, pejuang Hamas yang menguasai wilayah itu mengecam keputusan Israel dan menyifatkannya ‘propaganda media’ semata-mata.
Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri dalam satu kenyataannya menegaskan, “keputusan Israel untuk meningkatkan jumlah dan jenis barang yang boleh dibawa masuk ke Gaza hanya satu penipuan untuk memastikan sekatan itu dapat diteruskan”.Beliau berkata, langkah itu juga bertujuan mengelirukan pandangan masyarakat antarabangsa dengan cuba memberi gambaran sekatan sudah dilonggarkan,” katanya.
“Apa yang diperlukan bukanlah kebenaran membawa masuk lebih banyak barangan tetapi menarik balik semua sekatan dan membuka semua lintasan masuk di sekitar Gaza bagi memastikan penduduk bebas bergerak serta mendapatkan barangan yang diperlukan terutama bahan binaan,” katanya.
Di Ramallah, ketua perunding Palestin Saeb Erekat meragui keputusan Israel dan menganggap ia sekadar ‘muslihat perhubungan awam’.Ketika ditemui wartawan selepas mengadakan perbincangan dengan utusan Kesatuan Eropah (EU) ke Asia barat, Mark Otte, Erekat berkata, sekatan Israel adalah ‘pelanggaran undang-undang antarabangsa secara terang-terangan’.
“Sekatan itu menjejaskan dengan teruk kehidupan 1.5 juta penduduk di Semenanjung Gaza apabila mereka ‘dihukum beramai-ramai’ dengan cara yang amat keji,” katanya. “Sebarang keputusan melonggarkan tekanan ke atas Gaza adalah langkah yang betul tetapi pelan Israel tidak memadai.
Di Turki, pegawai di Kementerian Luar negara itu berkata pihaknya akan membuat penilaian terhadap langkah yang diambil Israel.Kaedah ‘kosmetik’ tidak akan menyelesaikan masalah,” katanya.Di Jordan, Menteri Penerangan dan jurucakap kerajaan Nabil Sharif, dalam satu sidang akhbar berkata, Amman mahukan Israel menarik balik semua sekatan.
“Bagaimanapun pendirian kami di dalam isu ini adalah jelas. Kami mahu Israel menarik balik sepenuhnya semua sekatan yang dikenakan,” katanya.Menteri Luar Itali, Franco Frattini mengulas, “Israel memahami bahawa strategi sekatan tidak akan mencapai matlamat dan tekanan yang dikenakan hanya akan meningkatkan lagi sokongan penduduk Gaza kepada Hamas”. – Agensi (Berita Harian, 19 Jun 2010)
ADMIN: Memang dasar yahudi celaka betul!Jangan lupa negara kita pun ada saham sama jadi tali barut puak Zionis ni.
musuh luar senang nak lawan,
ReplyDeletemusuh dari dalam, inilah jadinya...
jual agamapun xmengapa asalkan bkuasa.
salam piewahid, dunia akhir zaman da..
ReplyDelete