Pages - Menu

1.6.10

Serangan Israel Atas Konvoi Flotilla Membuka Mata Dunia!

Kegagalan mencapai matlamat misi ke Gaza bukan ukuran kejayaan tetapi keberanian dan kesungguhan mereka perlu diberi penghormatan tinggi oleh seluruh rakyat dunia. Serangan kejam Israel ke atas Konvoi Freedom Flotilla tempoh hari membuka mata dunia dan mengejutkan sebahagian besar negara Arab khususnya dan amnya sekalian negara Islam yang masih "tidur" dibuai mimpi.

Negara kuasa besar Islam seperti Turki dan Iran mula menyuarakan amaran kepada Yahudi Laknat untuk kembali membalas dendam. Seluruh umat Islam dari pelbagai pelusuk dunia bersatu menyuarakan bantahan, tidak ketinggalan juga di Malaysia rakyat mula menyatakan bantahan keras atas kekejaman tentera Yahudi Laknat.

Mungkin ini permulaan untuk misi jihad menentang Yahudi, seterusnya mengembalikan hak rakyat Palestin yang telah lama dicabuli. Semoga Allah terus memberi kekuatan kepada umat Islam dan mengukuhkan perpaduan sesama umat. Amin.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...