Pages - Menu

19.11.12

Boikot McD dan Facebook? | Senarai SAH Produk Sokong Zionis | Sikap Umat Islam?

 

Salam untuk semua, moga dirahmati

Isu BOIKOT Barangan Yahudi Zionis memang "kencang" dalam FB la ni lepas serangan 1 Muharam yang dilancarkan Yahudi Zionis Laknat ni. Aku lihat memang respons Boikot ni antra paling hangat dibincangkan, ada setuju, ada tak kisah, ada tak berminat...apa pun aku ucap tahniah dan sangat seronok dengan kepedulian rakyat kita, tak kira bangsa dan agama semua nyatakan bantahan terhadap Israel. Tetapi sejauh mana kita tau barang2 yang kita nak boikot tu ada saham bersama Zionis Israel?


Inminds, satu badan berpengkalan di UK yang melakukan research syarikat-syarikat yang menyumbang kepada negara Israel..bukan main saja-saja boikot, apabila research mendapati cukup bukti, baru di publish sebagai produk yang perlu diboikot.. 

Tujuan? supaya syarikat berkenaan mengubah polisi untuk tidak menyumbang kepada Israel. Contoh: Produk Sara Lee dikenal pasti sejak lama (2002 kalu tak silap) menyumbang kepada Israel. Diletakkan dalam senarai boikot. 2011, Sara Lee ubah polisi dan dikeluarkan dari senarai boikot. Boikot bukan semberono, detailed research baru boikot..come, let's do it together.. (kredit FB Muhamad Suffian Salahuddin)

*aku dapat info ni dari kawan lama zaman sekolah dulu, sangat berguna supaya kita memboikot tak membuta tapi atas ilmu dan fakta!


Isu McD

Paling dapat perhatian baru2 ni McD bagi burger sarapan pagi percuma seluruh Malaysia...banyk sungguh komen dan pendapat. Yang paling aku tertarik seorang admin FB dia cakap "McD bagi burger percuma, so, rakyat tak perlu keluarkan duit sesen pun nak beli burger tu...maksudnya rakyat tak menyumbangkan apa2 duit pun untuk Israel..." lebih kurang macam tu lah ayat dia...

Aku tetap tak setuju walaupun buger tu percuma kerana melibatkan soal MARUAH/NILAI umat ISLAM? Maruah kita hanya mampu dibeli dengan sebijik burger tu? tak pastilah kalau ada yang sanggup jual Maruah semurah harga Burger...sedangkan rakyat Palestin menjual nyawa demi maruah negaranya dan Islam. Depa kat sana jangan kata nak rasa makan burger, nak menjamah sesuap nasi untuk hari ini pun belum pasti...Allahuakbar!


“Aku melihat Islam (di Eropah), tapi tidak melihat Muslim. Dan aku melihat Muslim (di Mesir/negara Arab) tetapi aku tidak melihat Islam”. Syeikh Mohammad Abduh


Isu FB

Bolehkan kita guna FB (milik orang Yahudi)? Mesti kita selalu dengar benda ni kan...

1- Sehingga kini, tidak ada bukti Mark Zuckerberg (pengasas facebook) menyumbang dana kepada Zionis.

2- Benar, Mark seorang Yahudi, cuma dia tidak bermazhab Zionis. Zionis berbeza dengan Yahudi biasa. Yahudi yang taat dengan kitab Talmut berbeza dengan Yahudi yang taat dengan Zion (protokol-protokol Zion). Yahudi bangsa, Zion fahaman. Yang kita tentang Zionis Yahudi. Fb ini pula percuma. Tak kena bayar. Kalau kita tutup bodohlah kita. Sbb tak manfaatkan ia untuk menyebarkan Islam dan menentang Zionis Yahudi.


3- Yang menguasai Negara Haram Israel sekarang ini adalah Zionis Yahudi. Disebalik pemerintahan USA terdapatnya Yahudi berfahaman Zionis. (Neo Conservative Jews). Saya yakin dan percaya kesedaran anak muda akan isu Gaza banyak diperolehi dari facebook. Bayangkan, revolusi di Mesir yang menjatuhkan Rejim Hosni Mubarak salah satunya bermula dari facebook.

4- Manfaatkanlah teknologi yg ada utk memenangkan islam sprt kata Syeikh Yusuf Qardhawi. Lagipun senjata musuh macam mujahidin afghanistan ambil daripada Rusia digunakan balik utk melawan tentera Rusia. sumber FB

5. Tambahan: Idea peperangan zaman Rasulullah iaitu korek parit (Khandak) adalah idea peperangan tamaduan Parsi, tetapi Rasulullah setuju gunakan walaupun idea itu bukannya daripada tamadun arab setempat malah datang daripada tamadun yang memusuhi Islam.


Sikap Umat Islam Terhadap Isu GAZA, Palestin

1. Bermusim: Boikot ikut musim, itu yang jadi selalunya. Termasuk aku sama! haha...ini pesanan dan nasihat bukan untuk sahabat2 saja tetapi untuk diri aku terutamanya supaya aku pun terus istiqamah dan tekal memboikot. Itu saja yang mampu, nak angkat senjata...? aku kalah lama dah kalau banding dengan anak2 Gaza.

2. Sikap dan nilai diri: Tak cukup nak boikot saja, kalau sikap dan akhlak yang ditonjolkan buruk. Malas solat, selalu tinggal solat, makan duit riba, aurat tak jaga baju ketat2, dedah sana sini...majlis ilmu tak pernah pergi, nak hiburan sepanjang masa, dan mcam2 lagi... aku pesan ni untuk diri aku supaya dalam menyuarakan bantahan, peribadi perlu dijaga dan berubah ke arah lebih baik.

Selamat memboikot! Moga kita mendapat hidayah dan petunjuk =)












Gambar ni menyentuh hati aku, 3 orang kanak2 buat sumbangan hasil tabungan mereka sediri. Memang nilai tak besar tapi usaha BESAR dari kanak2 yang Berjiwa Besar demi anak2 seusia mereka di Gaza! Tahniah buat ibu bapa, mendidik dan menyedarkan hati si anak2 kecil. Moga membesar sebagai anak muda hebat!
Alhamdulillah, si kecil ini menyumbang untuk GAZA menggunakan duit tabung mereka (3 beradik) berjumlah RM271.35 Mohd idris - 8 tahun, Nur amelina - 6 tahun, Nur afikah - 10 tahun. Dari Sekolah Kebangsaan Sri Sikamat, Kajang-sumber FB

4 comments:

  1. Kalau takat McD keluarga kakak lama dah tinggalkan. Tak percaya cuba lihat bab makan-makan dlm N3 kakak tak pernah McD dlm list.

    Tapi satu masih jadi minuman kakak iaitu product Nestle. Nak cuba harap tekak anak kakak boleh menerima.

    Istiqamah kena ada dlm jiwa kita kerana hasutan keliling kita terlalu banyak. Angkat senjata tak pandai yg boleh kecik ini lakukanlah.

    ReplyDelete
  2. BOIKOT FILEM HOLLYWOOD PULAK!!! Sebarkan pada seluruh umat Islam!!! ---> http://www.sinema.my/yahudi-di-hollywood/

    ReplyDelete
  3. adalah lebih baik boikot juga mana-mana pemerintah yang berhubung serta menggunakan khidmad dan penasihat serta strategi israel. Penyumbang2 dana terdahulu juga perlu disemak adakah masih menyumbang setelah siri2 boikot terdahulu.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...