
Salam untuk semua, moga dirahmati
Tewas selepas mendahului selesa dengan jaringan 2-0? Huh! hakikat yang aku sendiri sukar nak terima…dalam masa 6 minit Bahrain mudah rentapkan sokongan rakyat Malaysia dengan 3 jaringan…! Sangat mengecewakan…dipenghujung masa, pemain2 masih membuka ruang dan berasa selesa dengan asakan Bahrain…aku mengharapkan ini kemenangan pertama tapi terus gagal…mungkin saingan kumpulan Kelayakan Olimpik boleh dilupakan walaupun masih berbaki 3 perlawanan lagi…
Aku melihat kesilapan barisan yang diturunkan adalah memasukkan Irfan Fazail yang jelas belum cergas sepenuhnya, akibatnya coach tak mampu nak keluarkan selepas kecederaan pemain2 lain. Thamil Arasu…? Apa lu buat malam ni….?? Ayoyo…. Pemain paling berbakat? Nazmi Faiz, wonderkid yang mula disebut2 oleh para penyokong membuktikan kehebatan dengan jaringan jarak jauh yang cantik!