Pages - Menu

27.11.11

Malaysia vs Bahrain: Harimau Muda Tewas 3-2 Selepas Mendahului | GOL Nazmi Faiz Terbaik!

Salam untuk semua, moga dirahmati

Tewas selepas mendahului selesa dengan jaringan 2-0? Huh! hakikat yang aku sendiri sukar nak terima…dalam masa 6 minit Bahrain mudah rentapkan sokongan rakyat Malaysia dengan 3 jaringan…! Sangat mengecewakan…dipenghujung masa, pemain2 masih membuka ruang dan berasa selesa dengan asakan Bahrain…aku mengharapkan ini kemenangan pertama tapi terus gagal…mungkin saingan kumpulan Kelayakan Olimpik boleh dilupakan walaupun masih berbaki 3 perlawanan lagi…

Aku melihat kesilapan barisan yang diturunkan adalah memasukkan Irfan Fazail yang jelas belum cergas sepenuhnya, akibatnya coach tak mampu nak keluarkan selepas kecederaan pemain2 lain. Thamil Arasu…? Apa lu buat malam ni….?? Ayoyo…. Pemain paling berbakat? Nazmi Faiz, wonderkid yang mula disebut2 oleh para penyokong membuktikan kehebatan dengan jaringan jarak jauh yang cantik!

 

4 comments:

  1. Betul?Thamil tu elok duduk skali dgn Fakri...aperpown,Alhamdulillah,akhirnya OKS bertindak dgn tidak mnurunkan player2 y mnyumbang kpd 'kesumbangan permainan' skuad negara..

    ReplyDelete
  2. kira ok gak mula2 leading..... takpe leh cuba lagi

    ReplyDelete
  3. Hahaha..
    Byk yg korang x perasan..
    Assignment Sea Games sebenarnya yg dh makin sempitkan senarai pemain yg ada..
    Gua langsung x salahkan coach dan pemain2..
    Diorang dh sempurnakan hasrat FAM utk mempertahankan pingat Emas Sukan Sea kali kedua berturut-turut..
    Diorang berjuang bermatian-matian utk pertahankan pingat Emas tuh dan korang patut berterima kasih pd diorang..
    Diorang berjaya merobohkan Ego Indonesia yg x pernah lepas peringkat kumpulan pd edisi lepas dan tetiba jd tuan rumah nk jadi juara bolasepak tuh..
    Selang masa yg singkat antara dua assignmen penting itu seharusnya akan menyebabkan salah satu target akan menjadi korban dan terbukti utk Olimpik,daftar pemain kita tidak cukup strengh akibat masalah kecederaan pemain2 utama selepas melalui jadual yg memenatkan di Sukan Sea yg baru berakhir..
    Seharusnya kita perlu realistik dan melihat keadaan semasa..
    Kita baru kali ini berjaya ke pusingan ketiga kelayakan Olimpik semenjak 1980,maka sudah tentunya kita tidak akan melonjak gila2 utk terus layak ke Olimpik..
    Setidak-tidaknya kita adalah wakil tunggal Asia Tenggara pd pusingan ketiga ini dimana negara2 spt Thai,Vietnam,Indonesia pun gagal utk melepasinya..
    Jd x ada apa yg kita harus malukan krn kita sedang semakin merapatkan jarak dgn negara2 Asia yg berada di rangking yg lbh tinggi..
    Syabas OKS,buat FAM,inilah harga yg perlu kamu bayar krn membebankan pemain2 Olimpik utk menggalas tugasan utk Sukan Sea yg akhirnya menyebabkan pemain2 keletihan,mengalami kecederaan dan mengecilakan senarai pemain yg ada..
    Buat OKS,anda telah melakukan yg terbaik buat negara dan buat para pemain,andalah yg akan memikul beban sebagai bakal senior pd masa akan datang..
    pembangunan bolasepak harus diteruskan supaya kita tidak berhenti sehingga disini sahaja..

    ReplyDelete
  4. salam, masih ada masa dan ruang utk membuat persediaan dlm kejohanan yg lain masa depan...

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...