Pages - Menu

26.11.11

Salam Maal Hijrah 1433H| Mengkoreksi Diri Menyelami Peristiwa Hijrah

photo

Salam untuk semua, moga dirahmati

Alhamdulillah, umat Islam bakal meraikan tahun baharu hijrah 1433H dengan rasa syukur atas segala nikmat yang dikecapi selama ini. Aku dengan rendah diri menyucapkan Salam Maal Hijrah 1433 buat sahabat2 yang dihormati dan disayangi sekalian, moga tahun baharu yang menjelang bakal membawa sinar2 islami yang lebih baik dalam kehidupan kita dan keluarga, insyaAllah.

Perjalanan Rasulullah yang ditemani Sayyidina Abu Bakar Assidiq ke Madinah, seterusnya mempersaudarakan umat Islam (Kaum Ansar dan Muhajirin) memperlihatkan keutuhan perpaduan dan ukhwah mereka tertegak atas nama Islam…hebat…kagum! Sanggup mengorbankan apa sahaja yang ada…sehingga menawarkan untuk menceraikan isteri utk saudara seagama…huh!

Pengajaran Peristiwa Hijrah

Peristiwa hijrah juga melibatkan semua golongan…anak muda (Ali, dan Asma, anak kepada Sayyidina Abu Bakar), orang tua (Abu Bakar-berkorban nyawa semasa dipatuk ular/ada pendapat mengatakan kala jengking semasa di dalam Gua Tsur), bukan Islam (Abdullah bin Uraiqat-penunjuk jalan yang diupah oleh baginda kerana dia mahir tentang selok belok padang pasir), haiwan (labah-labah membina sarang di Gua Tsur)

Begitu banyak sekali pengajaran hijrah yang ingin dididik oleh baginda nabi kepada umatnya…bagaimana perjalanan yang penuh strategi dan kebijaksanaan. Aku sebagai anak muda, tersentuh hati apabila menyoroti kehebatan anak muda seperti Ali dan Asma yang terlibat membantu baginda nabi menyebarkan Islam tanpa rasa gentar malah bersemangat menghadapi sebarang risiko yang bakal diterima.

Sambutan Maal Hijrah

Saban tahun umat Islam menyambutnya, tapi menginjak tahun demi tahun umat kita makin jauh terpesong…terus hanyut dalam segala bentuk kemaksiatan. Moga azam tahun baharu hijrah kali ini memberi ruang untuk bermuhasabah dan menilai kembali kehidupan…yang baik diteruskan…malah ditingkatkannya, yang buruk…cubalah untuk tinggalkannya ya…mudah2an Allah memberikan kekuatan dan merahmati kalian =)

5 comments:

  1. selamat maal hijrah ... sama2 lah kita berubah menuju kepada kebaikan dan tingkatkan amalan kita yang lagi berkualiti

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum dik...
    berhijrah dari keburukan kepada kebaikan...salam maal hijrah =)


    jom baca =)
    sambutan sekadar adat atau penghayatan???

    ReplyDelete
  3. salam, semoga taufik dan hidayah Allah SWT terus bersama umat Islam dan juga insan yg dipilih-NYA..

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...