Pages - Menu

24.11.11

Berpijak Di Bumi Yang Nyata | Melayu Melatah Apabila Ditegur?

Salam untuk semua, moga dirahmati

Segelintir pembaca tidak senang apabila aku menulis tentang Melayu…ada yang menuduh aku mempesendakan, menghina bangsa sendiri terutama entri Berjiran Dengan Melayu & Cina”. Mana mungkin bangsa asal keturunan sendiri dipersendakan…tetapi aku sekadar menggambarkan situasi dan realiti sekarang…apabila melihat komen2 sahabat-sahabat ramai mengakui dan bersetuju perkara yang sama…kepahitan yang perlu ditelan. Terus berpijak di bumi yang nyata…

Bangsa Melayu yang semakin tipis adat budaya…hillang sudah kesantunan berbahasa...anda sendiri mengakui kadang2 hasad dengki sesama Melayu sendiri tidak putus2…apabila berjaya dalam perniagaan…tunggu masa untuk tersungkur kepapaan. Bangsa aku juga juara segala jenayah di Malaysia…rogol, samun, ragut, penagihan dadah, fitnah, rasuah, pecah amanah…boleh lah anda sambung lagi senarai kejuaraan kita…Persoalannya bagaimana merawat & membenteras semua ini? Hanya terus dengan kebanggaan menjadi Melayu semata-mata?

Hai manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa – bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal. (QS. 49. Al-Hujuraat:13)

Adalah tidak adil jika diangkat bangsa sebagai status keutamaan. Sejak dilahirkan tiada manusia yang berhak memilih bangsa dan keturunan hendak dilahirkan…kalau sejak azali telah ditetapkan untuk dilahirkan berbangsa Arab…maka Arab lah keturunannya….begitu juga seterusnya Melayu Cina dan India. Tetapi manusia masih berpeluang memilih agama untuk dijadikan panduan kehidupan untuk matlamat akhirat yang hakiki.

Allah menjadikan manusia berbangsa-bangsa sebagai menunjukkan kebesarannya ciptakan makhluk. Manusia yang bertakwa adalah manusia yang paling mulia disisi-NYA. Berusahalah untuk menjadi Insan bertakwa sekalipun datang daripada bangsa yang berbeza…Melayu, Cina mahupun India…peluang syurga atas tiket takwa. Moga dirahmati-NYA.

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.

7 comments:

  1. kita bercerita berdasarkan pengalamankan...bukan niat nak menyalahkan mana2 pihak,mana2 kaum pun,sekadar berkongsi pandangan je.yg tak berpuas hati tu mungkin mereka tak pernah mengalami pengalaman seperti kita.manusiakan sama je disisiNYa..

    ReplyDelete
  2. salam kak aishah

    betul2...sekadar gambaran pengalaman supaya jadi pengajaran tidak berulang kepada bangsa kita =)

    ReplyDelete
  3. Salam saudaraku,
    sungguh benar apa dikata.N3 yang bernas..

    ReplyDelete
  4. salam, kritikan terhadap bangsa sendiri adalah bertujuan membetulkan apa yg salah dan menunjukkan apa yg betul....

    ReplyDelete
  5. Bila kita mati malaikat tak pun bertanya, "Apa bangsa kamu?", malaikat cuma bertanya "Apa agama kamu?"

    Jadi janganlah sensitif sangat jika ada yg mengkritik bangsa kita, kerana Melayu, Cina atau India bukanlah bangsa yg sempurna.

    Sebaliknya jika ada yg mempersenda agama, ia memang tak boleh diterima kerana Islam adalah agama paling sempurna di dunia...

    Entri baru di blog JR:

    "Kontes Teka Gambar: Jom Teka Apa Ke Bendanya Ni??"

    ReplyDelete
  6. biasalah tu..
    org kita ni sensitif sikit..

    _kebenaran itu pahit utk ditelan.._

    ReplyDelete
  7. itulah kita perlu berpegang pada agama, bukan berpegang pada bangsa melayu ke atau apa. Melayu kini diakui adalah sebagai bahasa perantaraan oleh pakar sejarah, terlalu banyak kekeliruan berkaitan bangsa, sehingga suku suku pun jadi bangsa, negara pun jadi bangsa... dimana kaum-kaum di jadi bangsa...

    teringat dulu asyik kena nyanyi lagu ' satu bangsa 1 negara, melaysia berjaya.....'

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...