Pages - Menu

18.9.13

Tips Mendidik Anak Soleh



Salam untuk semua,



Soleh/Solehahkan diri, Soleh/Solehahkan anak.

"Bagaimana acuan begitulah kuihnya," perumpamaan ini sesuai sekali untuk menggambarkan sedikit sebanyak  bahawa ibubapa adalah cerminan bagi anak-anaknya. Oleh kerana itulah, sebelum kita memiliki cita-cita tinggi untuk mendapatkan anak yang soleh dan solehah, memang sebaik-baiknya para orang tua mensoleh/solehahkan dahulu diri mereka. Orang tua juga selayaknya melengkapi diri dengan berbagai ilmu, agar dapat digunakan dalam pengasuhan dan pendidikan anak-anak. Ketika anak dibekalkan dengan bangunan keagamaan yang baik, maka perkara ini akan menciptakan langkah berjaga-jaga terhadap bencana keruntuhan akhlak anak-anak di masa hadapan. Jadi, jika hanya sekadar memerintahkan anak-anak untuk berbuat kebaikan tetapi mereka sendiri sebaliknya, maka tidaklah cukup untuk membentuk karakteristik dan peribadi yang soleh/solehah pada diri mereka. Oleh yang demikian, orang tua juga harus bersiap sedia untuk memberikan tauladan dalam berbuat kebaikan.


Orang tuaku, Tauladanku.

"Like father, like son," ungkapan ini mungkin sudah sering kita dengar untuk menjelaskan bahawa memang anak adalah peniru yang ulung. Setiap tindak tanduk orang tua yang tertangkap oleh mata anak-anak, tidak akan hilang begitu sahaja. Memori anak yang kuat akan terus merakam. Jika seorang anak sering berkata-kata dengan perkataan yang kesat mahupun kasar, boleh jadi dia sering mendengar perkataan seperti itu dari orang tuanya. Atau mungkin kerana si anak seringkali melihat adegan pertengkaran yang dipertontonkan oleh orang tua mereka ketika di rumah. Jika perkara ini dibiarkan setiap hari, lama-kelamaan sikap tersebut akan ditiru serta diikuti oleh anak tersebut.


Ukir Masa Depan Anak dengan Ilmu

Mengajarkan ilmu kepada anak-anak ibarat mengukir ukiran di atas batu. Ilmu apapun yang orang tua berikan kepada anak-anak akan mudah diserap. Ini tidaklah menghairankan kerana ketika anak dilahirkan, mereka memiliki 100 juta neuron di otaknya. Jika diumpamakan satu unit komputer memiliki 100 neuron(jaringan) maka otak anak akan sama dengan 1 juta unit komputer. Oleh kerana itulah, anak-anak memiliki daya ingatan yang kuat. Maka, disinilah waktu yang tepat untuk orang tua mengajarkan kepada mereka tentang aqidah yang benar, namun tetap dengan bahasa yang mudah mereka fahami.


Perhatikan Persekitaran Anak- anak Kita
"Sesungguhnya perumpamaan teman yang soleh dengan teman yang buruk adalah seperti penjual minyak wangi dan tukang besi. Seorang penjual minyak wangi boleh memberimu atau kamu membeli darinya, atau kamu boleh mendapatkan wangiannya. Dan seorang tukang besi boleh membuat pakaianmu terbakar, atau kamu mendapat baunya yang tidak sedap." (HR. Bukhari Muslim). 
Itulah pesan Rasulullah SAW yang mulia, agar kita berhati- hati dalam memilih teman serta peka terhadap pengaruh yang berasal dari persekitaran sekitar kita. Hal yang sama juga berlaku bagi anak-anak kita. Mereka yang suci kadang-kadang belum mengerti tentang bagaimana mereka harus berkawan. Maka disinilah cabaran bagi orang tua untuk "menyelamatkan" anak mereka dari pengaruh-pengaruh buruk yang akan membentuk keperibadiannya di masa hadapan.


Sabar, Ikhlas dan Doa

Kesabaran adalah perkara mutlak yang harus dimiliki oleh orang tua. Hal ini kerana dalam proses mendidik anak-anak, kadang-kadang kita akan menemui hal-hal yang kurang disenangi. Contohnya, anak-anak bersikap keras kepala dan tidak mahu dinasihati. Ketika berada dalam keadaan seperti ini, sebaiknya orang tua menghindarkan diri dari caci maki dan kemarahan yang hanya akan membuat anak-anak semakin menjauh. Ketika emosi sudah mulai memuncak, orang tua harus bijak dalam menguasai diri. Katakan pada diri bahawa mereka masih kecil, yang mungkin belum sepenuhnya mengerti tentang sebuah akibat baik mahupun buruk. Kita sendiri pun pernah seusia mereka, dan pasti dan pasti pada saat itu kita tidak ingin diperlakukan dengan cara yang kasar. Selain itu, orang tua juga harus belajar tentang keikhlasan. Redha ALLAH adalah tujuan terbaik, dan jalan untuk menggapainya adalah dengan ikhlas. Keikhlasan hati orang tua akan membuat apa yang mereka sampaikan mudah diserap dan difahami oleh anak-anak. Dan yang tidak kurang penting, adalah dengan terus mendoakan mereka supaya selalu berada di jalan yang lurus(jalan yang diredhai), dan kelak akan menjadi generasi Islam yang membanggakan.


sumber

1 comment:

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...