Pages - Menu

1.4.11

Jom Beriadah Di Taman Rekreasi Bukit Jalil (Gambar Menarik)

Salam untuk semua, moga dirahmati ('',)

Hujung minggu ni seperti biasa, saya perlu ubah sikit rutin mingguan yang banyak dihabiskan terperuk di bilik saja....kadang2 tidur ja, memang buang masa.ish2. Awal pagi sahaja, seorang kawan ajak jogging, susah juga nak jogging kat area2 rumah sewa ni, dah la banyak anjing kat taman perumahan ni. Rupanya tak jauh dari rumah ni, lebih kurang 10 minit  dari rumah ada sebuah taman reakreasi yang sangat menarik....ni pertama kali saya jejak kaki situ. Teruja dengan taman tu, terus nak kongsi dengan sahabat2 semua. Siapa yang tinggal area K.L mungkin boleh datang bawa keluarga beriadah. Berbaloi2....Kawasannya sangat luas, ada dua tasik yang besar dan dikekelilingi tumbuhan yang pelabagai. 
Taman Bukit Jalil adalah sebuah taman rekreasi yang terdapat di Bukit Jalil. Ia terletak berhampiran dengan Bukit Jalil Golf Club di tepi Lebuhraya Sungai Besi Puchong. Taman ini lebih luas berbanding Bukit Komanwel. Ia meliputi kawasan berhutan dan kawasan lapang dan sesuai sekali untuk dijadikan tempat beriadah pada bila-bila masa sebelah siang. Ini kerana terdapat kawasan yang dilindungi pokok-pokok yang menghijau dan mengujudkan suasana yang dingin. Anda boleh berjoging di trek-trek yang dibina di dalam kawasan berhutan tanpa merasakan panas bahang mata hari.


Kawasan ini boleh dibahagikan kepada dua kawasan iaitu kawasan yang ditumbuhi pokok-pokok hitan tropia dan juga satu lagi kawasan yang telah diubahsuai dan lapang. Setiap kawasan itu mempunyai tasiknya sendiri dan dihuni oleh kura-kura dan ikan air tawar termasuklah ikan keli dan kan Jepun. Aktiviti memancing adalah dilarang di dalam kedua-dua tasik berkenaan.


Gambarajah dini pula menunjukkan pelan Taman Bukit Jalil



 Bawah: Taman permainan kanak-kanak disediakan


Litar refleksologi
Mini gimnasium terbuka

Salah satu stesen Par Course yang terdapat di sini

Laluan bertangga ini melintasi kawasan berhutan menuju ke tasik

Di sekitar taman terdapat laluan untuk joging di kawasan terbuka dan juga melalui kawasan berhutan yang dingin dan juga mengelilingi tasik.




 Sebuah kawasan bertapak lembut (sintetik) yang boleh digunakan untuk aktiviti bersenam seperti senamrobik dan sebagainya.

 Usaha mengekalkan kehijauan bumi dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan menanam semula pokok-pokok dilakukan di taman ini. Ini salah satu tapak yang disemaikan dengan tumbuh-tumbuhan yang baru.

 RUMAH MALAYSIA, BUKIT JALIL merupakan salah satu tempat menarik yang terdapat di sini.

kawasan reakresi pengunjung dan keluarga




Tak tau lah replika apa ni...?

6 comments:

  1. cantiknyo tompek ni......nyaman je kan

    ReplyDelete
  2. Banyak kali ke sini, sbb tak begitu jauh dari rumah. Yg tak bestnya ada binaan tuut yg besar berhampiran tmpt ni...

    ReplyDelete
  3. bagus kalau dpt dtg sini tapi jauh pulak dr rumah :)

    ReplyDelete
  4. Sangat sesuai berjogging di kawasan tu...

    Hotel ayam

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...