KISAH MUSTAFA KAMAL ARTARTUK (Bapa
Pemodenan Turki)
Salam untuk semua, moga dirahmati,
Kegemilangan Islam berakhir di bumi Istanbul 90 (terakhir 1922)
tahun yang lalu, Turki (Konstantinopel) gersang dengan pemerintahan yang diredhai Allah, bukan
salah khalifah yang terakhir sebagai perosak, dan bukan pula salah sistem
pemerintahan itu sendiri, tetapi rakyat Turki yang sedar menyalahkan “bapa
pemodenan turki” iaitu jelmaan Firaun ke-2 selepas Raja Ramses 2 yang terkenal
dengan kezalimannya memerintah rakyat Mesir pada zaman Nabi Musa A.S., bezanya…
Ataturk adalah seorang firaun di zaman moden. Itulah pemimpin yang dianggap
sebagai penyelamat Turki oleh puak-puak Orentalis dan pengkaji-pengkaji barat,
sedangkan sebenarnya beliau bukanlah seorang penyelamat. Bahkan beliau adalah
seorang bapa perosak agama di atas nama agama itu sendiri.
Mustafa
Kemal Ataturk, anak kelahiran Salonika, Greece ini telah banyak mengenengahkan
idealisma-idealisma yang merosakan pemikiran rakyat Islam Turki. Kelahirannya
yang dikatakan masih kabur dan kurang jelas dari segi catatan masa, hari, bulan
dan tahun menjadikan beliau sebagai salah seorang pemimpin yang popular (dengan
kezalimannya), tetapi beliau sendiri yang mencatatkan tarikh kelahiranya pada
19 Mei iaitu hari di mana beliau mendarat di bandar Samsun berhampiran dengan
Laut Hitam, di utara Anatolia, di mana tempat ini beliau mula melancarkan
gerakan Pembebasan Turki.
Sejarah
telah membuktikan rekod buruk Mustafa ini dari sejak kecil lagi. Ada yang
berpendapat Mustafa ini adalah seorang anak luar nikah yang telah diprogramkan
oleh Yahudi untuk meruntuhkan Islam dan berkemungkinan bapa beliau adalah
seorang Yahudi Donme iaitu Ali Riza suami rasmi Zubeyde (Zubaidah). Ali Riza
pula terkenal pula dengan sikapnya yang kuat minum arak dan terlibat di dalam
angkatan tentera, selalu meninggalkan isterinya dan beliaulah yang
bertanggungjawab menanamkan fahaman sekular kepada anaknya. Sejak Mustafa kecil
lagi beliau ingin anaknya dididik dengan sistem barat dan mempersiapkan diri
dengan ideologi-ideologi sekular.
Zubeyde
pula bonda kepada Firaun moden, sangat membenci anaknya ini dan seumur hidupnya
beliau tidak pernah menyusukan Mustafa, mungkin kerana anak itu tidak dapat
dipastikan siapakah bapanya. Zubeyde hanya memberi Mustafa menikmati susu dari
ibu susu yang berkulit hitam dan bukan dari badannya sendiri. Keburukan Mustafa
semakin terserlah apabila beliau tidak berminat dengan didikan agama dan beliau
sering menentang serta membenci guru-guru agamanya di sekolah dan sebaliknya
pula beliau cukup berminat dengan cara pendidikan barat, maka tidak hairanlah
sekiranya beliau pernah mendapat pendidikan khas dari gereja Kristian selepas
kematian bapanya yang diserang penyakit istentinal tuberculosis.
Bukan
itu sahaja Mustafa juga gemar mengunjungi kedai-kedai arak dan juga mengunjungi
rumah- pelacuran sebagai tempat untuk beliau berhibur dengan perwatakanya yang
agak menarik beliau gemar memikat perempuan umtuk memuaskan kehendak hatinya
dan beliau juga seorang kaki judi. Beliau suka bermain judi dari malam hingga
ke pagi dan tabiat paling buruk firaun moden ini, beliau dikatakan seorang
biseksual dan gemar melakukan hubungan seks di luar tabie di kalangan pelajar
sekolah. Sekiranya nafsu sedang menguasai dirinya dengan mudah sahaja beliau
dapat memenuhinya dengan apa yang dicita iaitu dengan mengalihkan pandangan
masyarakat bahawa beliau adalah bapa angkat kepada pelajar-pelajar tersebut.
Sungguh aneh seorang pemimpin yang terlalu jijik sikapnya ini disanjung tinggi
oleh masyarakat dunia dan mendapat pengiktirafan “Bapa Pembangunan Turki Moden”
“Walaupun kamu
membayar kepada saya emas sepenuh dunia ini, hatta 150 juta pound sterling emas
sekali pun, saya tidak akan dapat memberikan apa yang kamu pinta itu.Saya telah
berbakti kepada agama Islam dan umat Muhammad selama 30 tahun. Selama itu saya
tidak pernah mengotori lembaran-lembaran sejarah kaum muslimin, ibu bapaku dan
nenek moyangku, serta sultan-sultan dan khalifah-khalifah Othmaniyah. Kerana
itu, saya dengan pasti tidak dapat mengkabulkan permintaan kamu”
Kata-kata
Sultan Abdul Hamid II ini menggambarkan beliau adalah pemimpin yang benar-
benar mempertahankan kesucian bumi Islam daripada dijajah Yahudi. Walaupun
beliau dianggap selemah-lemah pemimpin tetapi dengan keazaman dan kekuatan
rohani serta cintakan Islam, bumi Palestin tetap dipertahankan. Walaupun
Theodor Hetzl menawarkan seluruh harta kekayaan Rotschild kepadanya, namun
tawaran tersebut telah ditolak oleh pemimpin agung ini. Akibat daripada
mempertahankan bumi Palestin daripada diduduki Yahudi, Sultan Abdul Hamid II
digulingkan daripada pemerintahannya pada tahun 1909 dan dipenjarakan di
Salonika, Greece, di mana terdapatnya ribuan Yahudi Donme berkumpul.
Akhirnya
pada tahun 1922, di zaman pemerintahan Sultan Mohammad IV sistem kesultanan
dimansuhkan walaupun Sultan Abdul Majid masih lagi kekal di atas takhta sebagai
boneka selepas pemansuhan sistem tersebut. ‘Republik Turki’ yang diimpikan oleh
Ataturk telah dilaksanakan dengan rasminya pada tahun 1923 dan Ataturk telah
menjadi ketua negara yang pertama pada 20 Oktober 1923. Dengan terlantiknya
pemimpin sekular agung ini, maka dengan rasminya sistem khalifah tidak
dibenarkan lagi beroperasi di Turki pada 3 Mac 1924. Dengan itu berakhirlah
sebuah Daulah Islam yang agung, digantikan oleh sebuah Daulah Sekular di bawah
kepimpinan “Mustafa Kemal Ataturk.” (nama Kamal diberikan oleh guru-gurunya
semasa di sekolah, dan kalimah Ataturk yang bermaksud “Bapa Turki” pula
diberikan sejurus selepas kejayaan beliau menghapuskan khilafah Othmaniyyah
dengan sebuah pemerintahan sekular republik)
Setelah
Ataturk berjaya mensekularkan bumi Othmaniyah, banyak pula ulamak yang masih
teguh dengan amalan-amalan mereka dibunuh terutama ulamak –ulamak sufi dari
pelbagai tareqat contohnya, halaqah-halaqah tareqat Naqsyabandiah, Qadiriyah
dan Ghazaliah, mereka dianggap seperti kumpulan rahsia yang merancang untuk
menjatuhkannya daripada tampuk pemerintahan. Ini dapat dilihat sepertimana
kata-kata beliau di dalam sebuah buku yang bertajuk “Ataturk’s Republic of
Culture yang boleh didapati di mana-mana kedutaan Turki yang mana beliau telah
menyatakan bahawa republik Turki tidak akan didiami oleh sheikh-sheikh dan
ahli-ahli tareqat yang bersangkut paut dengan alam kerohanian. Dengan kuasa
yang ada, Ataturk telah membuat dasar pelaksanaan negara melalui ideologi Kemalismanya
yang jauh menyimpang dari ajaran Islam.
Dasar pelaksanaan
yang diutamakan di dalam negara Republik Turki adalah tidak mengambil Al-Quran
dan Hadis sebagai perlembagaan negara. Sudah pasti dasar-dasar ini jauh
menyimpang dari dasar Khilafah Othmaniyah dan juga bukti beliau menolak
pegangan akidah umat Islam secara total. Salah satu daripada siri ucapannya di
bandar Balikesir, beliau menegaskan bahawa agama terpisah dengan urusan harian
bahkan mendakwa Nabi Muhammad SAW telah berbuat demikian. Satu lagi ucapan
daripada siri ceramahnya, beliau menegaskan bahawa mana mungkin sebuah negara
menjadi maju, jika orangnya tidak berpakaian secara moden, mendedahkan dengan
katanya,
“saya pasti
pakaian berpurdah ini adalah suatu yang menyeksa dan menyakitkan, biarkan
mereka tunjukkan muka-muka mereka kepada dunia dan tidak ada apa yang perlu
yang ditakutkan jika anda tidak berpurdah (menutup kepala)!”
Manakala
golongan pemerintah, kuncu-kuncunya dari kalangan menteri dan wakil rakyat
diajar menjadi perompak-perompak terhormat dengan mengaut kekayaan rakyat untuk
menjadikan mereka sebagai golongan yang berharta. Dasar ini terus dilaksanakan
sehingga ke hari ini hinggakan peminta sedekah, fakir miskin, anak yatim,
orang-orang tua dan janda-janda disisihkan di setiap persimpangan jalan.
Sebagai menandakan Turki adalah sebuah negara maju, terdapat banyak binaan
tugu-tugu dan patung-patung di dalam negara di mana binaan-binaan ini
dimegah-megahkan dan disanjung tinggi terutamanya patung ukiran dirinya sendiri
sehingga beliau sanggup menjemput arkitek-arkitek dari luar negara untuk
mengaburi mata rakyat bahawa beliau ini memajukan Turki. Dengan dasar dan idea
ini jelas sekali Ataturk ingin membuktikan bahawa beliau juga adalah seperti
Firaun Ramses II yang memerintah Mesir dengan suka bermegah-megah bersama
binaan Sphinx dan pir, sehingga Allah menenggelamkan Firaun itu bersama
keangkuhannya di dasar Laut Merah. Bukan itu sahaja, projek yang membazir juga
diusahakan dengan menggunakan wang yang banyak seperti membesarkan
tempat-tempat peleseran, sehinggakan apabila tiba waktu untuk beribadat, masjid
lengang dan kosong. Kebanyakannya manusia lebih suka menjalankan aktiviti
masing-masing di tempat tersebut bahkan azan yang dilaungkan oleh muazzin
dianggap seperti tidak bernilai. Si Firaun moden ini telah mengubah kalimah
azan dari bahasa Arab ke bahasa Turki. Begitu juga dengan Al-Quran dan amalan
sembahyang Jumaat diterjemahkan di dalam bahasa Turki. Sebarang bentuk tulisan
yang berbahasa Arab dan Parsi tidak dibenarkan sama sekali dilaksanakan di
dalam pentadbiran sepertimana yang telah diterangkan di dalam buku “Ataturk’s
Republic of Culture”. Beliau telah menarik keluar asas penerapan Islam dari
setiap institusi Turki dan secara peribadi beliau mengarahkan Al-Quran
diterjemahkan ke dalam bahasa Turki. (He rooted out islam’s pervasive impact on
the institutions of Turkey, but he personally ordered that the Koran should be
translated into Turkish). Walaupun pelbagai pihak tidak bersetuju dengan
pelaksanaan ini, namun ia tetap dilaksanakan.
Satu
lagi dasar yang merosakkan akidah dan pemikiran rakyat Turki, Ataturk
membenarkan muzik-muzik haram, program tari menari, pergaulan bebas, panggung
wayang lucah, upacara mengangkat sembah, pendedahan aurat, arak, judi, zina dan
sebagainya. Mustafa Kemal Ataturk pernah membuat hukum sendiri dengan mengubah
hukum aurat wanita di dalam masalah purdah. Dengan fatwa songsang ini, ia telah
mengarahkan rakyat Turki menjadikan wanita sebagai sumber kemaksiatan.
Begitulah sikap pemimpin yang cuba membaratkan umat Islam dan buminya
sepertimana yang terdapat di dalam buku “Ataturk’s Republic of Culture”, “…The
movement of the through the centuries always maintained a straight course. We
have always marched the East to West.”
Jelas
sekali Ataturk bukan sahaja menolak dasar Islam, bahkan beliau ingin Islam itu
dilucutkan terus dari jasad dan fikrah rakyatnya dengan mengisytiharkan bahawa
saki baki nilai-nilai Islam dalam masyarakat Turki mesti dimansuhkan demi
kemajuan negara. Namun apa yang dikatakan kemajuan oleh Ataturk jelas sama
sekali tidak menampakan tandanya. Contohnya bandar Istanbul kekal lebih maju
daripada bandar Ankara yang hanya dipenuhi dengan pusat-pusat hiburan
berbanding dengan Istanbul yang dipenuhi dengan binaan-binaan masjid yang
hebat. Kini Ankara hanya mempunyai kemajuan gersang dan selama ini rakyat Turki
tertipu oleh omongan-omongan kosong Ataturk. Golongan yang masih teguh
pendiriannya terhadap Islam mengatakan bahawa Ankara adalah bandar kemungkaran.
Seperti yang pernah dinyatakan oleh Profesor Necmettin Erbakan, “…Istanbul
adalah ibu kota ummah, sedangkan Ankara hanyalah ibukota Republik!”
Lantaran
daripada pelaksanaan ideologi-ideologinya, Turki kini menghadapi pelbagai
masalah yang tidak berkesudahan. Daripada bumi yang dikenali ramai sebagai
sebuah empayar, kini Turki hanya menjadi kebanggaan bagi mereka yang meminati
ideologi bangkrap sekular Ataturk, terutamanya pihak barat. Manakala
orang-orang Timur pula tidak menganggap Turki sebagai sebahagian daripada
mereka selepas Ataturk membanggakan dirinya dengan menyebut, “… We have always
marched the east to west.”
Melalui
cogankata ini, Turki mengalami kemerosotan sosio ekonomi yang amat dahsyat.
Sehingga ke hari ini, Yahudi Donme terus menguasai ekonomi Turki termasuk di
dalam bidang pelacuran. Sehinggakan cukai pendapatan yang terbesar di Turki
pernah diperolehi daripada hasil pelacuran. Namun daripada sumber kotor ini,
Turki masih lagi tidak dapat mengukuhkan ekonominya dan terus memegang gelaran
antara negara berinflasi tertinggi di dunia. Bayangkan pada 27 Ogos 1998, nilai
pertukaran mata wang Turki sebanyak USD1 boleh dinisbahkan kepada TL (Turkish
Lira) 270,000 dan selepas 4 bulan, jatuh merudum kepada TL350,000.
Kejatuhan
ekonomi Turki yang diwarisi sejak zaman Ataturk, hingga kini tidak dapat
dipulihkan. Tambahan pula dengan berlakunya gegaran gempa bumi tanda murka Yang
Esa pada 17 Ogos 1999 lalu. Ia menyukarkan lagi rakyat Turki untuk memulihkan
ekonomi mereka. Inilah hakikat kehidupan, jika manusia masih leka dengan
kemungkaran. Pembalasan Allah tidak kiamat bahkan, dibalas oleh Allah di atas
dunia milikNya ini.
Sepertimana
yang diterangkan dalam hadis Qudsi, Rasulullah SAW bersabda : “.. Allah SWT
telah berfirman: Aku adalah Allah. Tiada Tuhan selain Aku. Akulah Tuan dan
Raja segala Raja. Aku memegang hati-hati raja di dalam tanganKu. Bila orang
ramai (rakyat) mentaatiKu, Aku akan menukar hati raja-raja menjadi kasihan
belas serta sayang ke atas mereka. Bila orang ramai (rakyat) mengingkariKu, Aku
akan mengarahkan hati raja-raja ke arah kemarahan dan dendam ke atas mereka.
Dengan demikian raja-raja akan meletakkan mereka dalam kesusahan dan
penderitaan. Maka daripada kamu mengutuk mereka (pemimpin yang zalim), adalah
lebih baik kembali mengingatiKu dan merayu kepadaKu supaya Aku melindungimu
daripada kekejaman mereka.”
Berdasarkan
keterangan di atas, benarlah bahawa Ataturk yang dikatakan Bapa Pemodenan Turki
itu bukanlah seorang wira anak bangsa, bahkan beliau lebih zalim daripada
segelintir sultan-sultan terakhir Othmaniyah. Akhirnya pada 10 November 1938,
Ataturk telah dicabut nyawanya dengan azab yang amat dahsyat sekali. Cara
kematian yang Allah datangkan pada Ataturk ini, sama seperti yang Allah lakukan
kepada pemimpin-pemimpin zalim terdahulu, seperti Firaun dan Namrud. Allah hanya
menggunakan air laut untuk menenggelamkan Firaun dan seekor nyamuk untuk
membunuh Namrud.
IDEOLOGI KAMAL ATARTUK DI TURKI
1. Membolehkan
perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2.
Membolehkan
lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tie dan topi (sesuai dengan
kehendak barat)
3. Menyuruh wanita
dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan
seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah
menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung
kepada pakaian moden"
5. Menggalakkan
minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan
Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke
dalam bahasa Turki.
8. Bahasa Turki
sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
9.
Mengambil
arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki.
10.Hakikatnya
mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.
11. Satu ucapan
beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan
bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk
kemajuan.
12. Agama Islam
juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
13.
Menyerang Islam
secara terbuka dan terang-terangan.
14. Menggubal
undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
15. Menukar Masjid
Aya Sofia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
16. Menutup masjid
serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
17. Menghapuskan
Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
18. Membatalkan
undang-undang waris, faraid secara islam
19. Menghapus
penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
20. Mengganggap
dirinya tuhan sama seperti firaun.
Peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.
KEMATIAN KAMAL
ATARTUK YANG MENYEKSAKAN
Di saat
kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga
beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah
berikan di dunia.
Antaranya
ialah:
1. Didatangkan
penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah
tinggi
4. Panas sepanjang
masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk
menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak
ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah,
buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan
dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana
mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka
yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan
dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar,
panasnya tak juga hilang! Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam
disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya
meninggal dunia.
Sewaktu beliau
meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat
beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan
beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan
menyembahyangkannya.
Tidak cukup
dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah
perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (saya tak
dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa,
mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama
Etna Grafi (kalau tak silap dengar) Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun
1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung,
bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu
bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di
celah-celah batu marmar.
Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "Jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!" Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
MasyaAllah.
ReplyDeleteMasa dia berak atau kencing, tak rasakah diri lemah kerana terpaksa makan, lepas tu kena buang pulak.
Masa kecik dulu, saya pun pernah baca dalam buku mustapha kamal ataturk sebagai bapa pemodenan turki. Bila dah besar sikit, barulah tahu cerita sebenar.
Alangkah sialnya penulis sejarah yang menipu dan memusing fakta.
begitu jika dilaknat Allah
ReplyDeleteambil iktibar
bijak menerima
jazakaAllah (:
mahathir menyanjung gila si kemal
ReplyDeleteni,pelik2
btl ke?
Deletemauzubillah.. sungguh azab.baru di tunjukkan di dunia.belum lagi di akhirat,ini disebabkan dia lupa satu perkara..yang hidup pasti akan mati .
ReplyDeletezaman sekolah kita disogokkan dgn cerita yg brlawanan...bila dh dewasa br tahu kisah sebenarnya......
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteTerkencing syaitan bila dengar manusia seperti Kamal atau Firaun mengaku mereka Tuhan sedangkan syaitan hanya kufur kerana enggan mengikut perintah Allah sujud kepada Nabi Adam...Allahu Rabbi
assalam, debgan sengaja meninggalkan perintah Allah dan memaksanya kpd org lain pulak, Nauzubillah hu min zalik....betul2 mcm firaun
ReplyDeleteBaru baru ni saya ke istanbul....kebanyakan orang di sana menyanjunginya sampaikn dalam ba yg saya naikpun tertera gambarnya.
ReplyDeleteBaru baru ni saya ke istanbul....kebanyakan orang di sana menyanjunginya sampaikn dalam ba yg saya naikpun tertera gambarnya.
ReplyDeleteBetul ke mahathir puji kamal atatuk ni?
ReplyDeletepemimpin UMNO penah berkata: agama hendaklah dipisahkan dengan politik. mcmna tu?
ReplyDelete