Duduk Bantah
jiwa bebas datang ceruk rantau
himpun segenap warna insan
sang penulis, doktor, peguam,
penghibur hingga marhaen biasa
kerah keringat demi satu rasa
menentang kezaliman menuntut keadilan
Duduk Bantah
diracun licik dakyah provokasi
suara kerdil meminta simpati
kaki melibas kanan dan kiri
untuk menjaga perut penguasa yang keji
Duduk Bantah
menoreh jalanan sejarah
mengusik kezaliman lampau
menerobos silam kefasikan
pilihan raya penuh ragu
terangkat jua menteri tembelang
marhaen berteleku sendirian
noktah, hamparan kerikil penyelesaian
laung azimat keadilan
BERSIH...BERSIH...BERSIH!
gentar penguasa kezaliman
....................................................
Kuning bukan hanya warna
kuning tanda bersatu kita
campur jiwa aneka bangsa
melodi bernada iringan bersama
Cerdik pandai tulis baca
terpancar jiwa anak muda
semangat mereka senyum si tua
menanti cahaya anak merdeka
Herdik caci sang penguasa
tidak sekali goncang jiwa
kian dipijak, kian bersuara
tanda kuasa rakyat jelata
Polis tunjang arahan kezaliman
disepak terajang pejuang keadilan
bukan mengalah jauh sekali menyerah
Insya Allah BERSIH bakal terserlah!
media Utusan terus melatah
akhirnya terkubur menjadi sampah...
*Perjalanan KL-Kedah
jiwa bebas datang ceruk rantau
himpun segenap warna insan
sang penulis, doktor, peguam,
penghibur hingga marhaen biasa
kerah keringat demi satu rasa
menentang kezaliman menuntut keadilan
Duduk Bantah
diracun licik dakyah provokasi
suara kerdil meminta simpati
kaki melibas kanan dan kiri
untuk menjaga perut penguasa yang keji
Duduk Bantah
menoreh jalanan sejarah
mengusik kezaliman lampau
menerobos silam kefasikan
pilihan raya penuh ragu
terangkat jua menteri tembelang
marhaen berteleku sendirian
noktah, hamparan kerikil penyelesaian
laung azimat keadilan
BERSIH...BERSIH...BERSIH!
gentar penguasa kezaliman
....................................................
Kuning bukan hanya warna
kuning tanda bersatu kita
campur jiwa aneka bangsa
melodi bernada iringan bersama
Cerdik pandai tulis baca
terpancar jiwa anak muda
semangat mereka senyum si tua
menanti cahaya anak merdeka
Herdik caci sang penguasa
tidak sekali goncang jiwa
kian dipijak, kian bersuara
tanda kuasa rakyat jelata
Polis tunjang arahan kezaliman
disepak terajang pejuang keadilan
bukan mengalah jauh sekali menyerah
Insya Allah BERSIH bakal terserlah!
media Utusan terus melatah
akhirnya terkubur menjadi sampah...
*Perjalanan KL-Kedah
assalam, semoga yg terlibat memburuk-burukkan kebangkitan rakyat tersebut, insaf.
ReplyDeletepergh! not bad...
ReplyDeletepewaris A.Samad Said ni.. hehe..
duduk bantah
ReplyDeletesambil baca harakah
Bersihkan hati
ReplyDeletewajah nampak berseri
tiada gundah kehidupan
tidur pun lena tiada igauan
lebih berpeluang ke Syurga nanti.
Bersihkan diri
rohani dan jasmani
senang didekati
senang dikenali
akan dihormati
boleh ditauladani.
Bersihkan keluarga
biar tenteram rumah tangga
hindari fitnah dan prasangka
jauhi hasad dan sengketa
di rumah suami menjadi ketua
isteri permaisuri, bukan rajanya.
Bersihkan negara
dari debu-debu kotoran politik
semakin menjadi selut kemelut
izinkan,
..bertiup angin perubahan
..rakyat bersuara di tepi jalan
..meminta satu ketelusan.
Bersih mengilhamkan puisi
berjuang melalui seni
para saterawan bermadah berapi
bait-bait kata membahang
membakar semangat hulubalang.
Saya hanya orang kecil
puisi saya dari hati
bukan merusuh perasaan
sekadar ingin mendamaikan.
Bersih 3.0 penyapu lidi
mana mampu membuang kotoran
yang sudah tebal berdaki
di ruang bernama Parlimen.
PRU13 nanti
undilah, gunakan demokrasi
kerana kertas putih itu
lebih bersih dari tapak sepatu
yang sudah dibelenggu
dan jari bebas memilih
hitam, atau putih?