Pages - Menu

13.12.10

(Gambar) Kenangan Sejarah Ulama Melayu




Salam untuk semua, moga ceria2 selalu ('',)

Tiba2 saja teringat nak post satu entri berkenaan sejarah Kemerdekaan negara, macam tak kena waktu ja kan.hehe. Tak kisah lah, kongsi2 apa yang bermanafaat. Gerakan kaum Tua Menyumbang kepada penubuhan sekolah-sekolah pondok. Gerakan api kemerdekaan sebenarnya banyak bermula di sekolah-sekolah pondok era sebelum kemerdekaan, ramai cendiakawan Melayu lahir daripada sekolah pondok dan status agamawan seperti sedia maklum tidak akan dipadang tinggi oleh pemerintah ketika itu, termasuk lah zaman sekarang. 

Agamawan ketika itu juga mendapat jolokan gerakan berhaluan kiri seperti kita belajar dalam subjek Sejarah, ketika itu kefahaman saya masih terbatas juga kdg2 tertanya-tanya juga adakah berhaluan kiri ini geng jahat dan seumpamanya.? Biasala kan, buku teks banyak kisah UMNO, Perikatan dalam tu juga kisah mereka sahaja yang berjuang tetapi apabila saya membaca beberapa penulisan sejarah yang lain sebenarnya buku teks sejarah tersebut masih menyiman banyak rahsia kemerdekaan terutama daripada golongan agamawan ini. 

Yang tertanam dibenak pemikiran para pelajar kita, UMNO sahaja lah parti perjuangan kemerdekaan, parti tulen dulu kini selamanya.hehe. Tetapi jika diselami dalam2, peranan UMNO sebenarnya tak lebih kepada mengikut apa sahaja telunjuk penjajah kerana Tanah Melayu dimerdekaan setelah Perlembagaan Barat digubal untuk kita bukan? Apa erti merdeka kalau bukan orang tempatan sahaja yang menentukan segala bentuk dan undang2 perlembagaan. Jom kita renung2kan, sejak 53 tahun merdeka, adakah perlembagaan penjajah ni membantu menyelesaikan masalah2 jenayah di negara kita? Maka timbul lah sekalian jenis jenayah yang berakar umbi dan semakin beranak pinak.

Parti2 yang digelar berhaluan kiri seperti AWAS, Angkatan Pemuda Insaf (API), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Kesatuan Melayu Muda (KMM), turut tersenarai Hizbul Muslimin yang ditubuhkan pada tahun 1948. Perjuangan pertubuhan ini secara dasarnya untuk memerdekakan Tanah Melayu daripada  genggaman penjajah dan menubuhkan sebuah negara Islam tulen yang merdeka. 

Pertubuhan ini hanya bertahan selama lebih kurang setengah tahun sahaja selepas diharamkan oleh kerajaan pada ketika itu. Kenapa UMNO, MIC dan MCA ketika itu tidak diharamkan? Salah satu sebabnya, mereka mudah ikut telunjuk penjajah, mudah di"makan" dan tidak ada unsur2 Islam yang boleh merosakkan strategi penjajah sebelum meninggalkan tanah jajahan. Bak kata pegawai British "Biar Merdeka tetapi berperaturan Kita." 

Begitulah sedikit coretan sejarah yang tak seberapa ni.hehe. Mungkin sahabat2 boleh membuat rujukan beberapa pakar2 sejarah yang lain yang banyak menghasilkan buku2 sejarah antaranya Ust Ridhuan Md Noor, Prof Madya Mohd Fakhrurrazi bin Hussin dan ramai lagi. Yang mendalami bidang sejarah secara terus mungkin lebih arif tentang hal yang dibicarakan ni.  ('',)

2 comments:

  1. buat la kisah atau sejarah dan pengorbanan ulama di tanah melayu.. supaya bermanfaat dan dapat ikhtibar bg kita sebagai generasi baru... aku pernah baca kisah wali melayu... ramai yang bertanggungjawab dan memainkan peranan untuk berjuang dan berbakti kepada tanahair..

    ReplyDelete
  2. @encik mamat: Insyaallah, betul tu ulama2 silam seperti TOk kenali dan Tok Ku Paloh antara ulama yang digeruni penjajah.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...