Pages - Menu

17.4.11

Kisahku Dengan Anak Bandar, Mereka Sukar Dibentuk Kerana...


Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA ('',)

Saya nak kongsi cerita dengan sahabat2 tentang pengalaman praktikal di sekolah, benda ni jadi minggu lepas pada hari Jumaat. Kebetulan saya mengajar BM dan PJ kelas yang sama, banyak lah waktu untuk kelas tu. Saya ambil keputusan nak kongsi dengan murid-murid tentang isu Palestin. Saja ja nak bagi budak2 tu rehat, tiap2 hari belajar ja kan, kesian pula tengok.hehe. Dah la cikgu ni jenis kasi kerja rumah banyak kat murid. 


Jika difikirkan balik, isu Palestin agak berat untuk difahami oleh murid-murid Tahun 4, isu yang penuh dengan liku-liku sejarah yang panjang. Kelas tu murid2nya hampir separuh bukan Islam, saya juga terfikir bagaimana cara yang terbaik untuk diceritakan kepada murid2 supaya murid2 non muslim ni tidak salah sangka/terasa saya ni dok sebar Islam pula dalam kelas.

Saya banyak menggunakan pendekatan video klip nasyid yang disertakan dengan gambar-gambar penderitaan anak-anak Palestin. Antara lagu nasyid yang menjadi pilihan dan sesuai untuk murid pelbagai bangsa agama. Saya mulakan dengan lagu Damai Yang Hilang (Nowseeheart), Hanyalah Takdir (Inteam), seterusnya video klip Jeritan Anak Palestin, Pahlawan Gaza (Saujana), Palestina (Shaoutul Harakah), Stand Up (Muadz) dan Free Palestine (Maher Zain). 


Sambil mereka menonton, saya mula memberikan penjelasan mudah sesuai dengan had umur mereka. Pertama sekali saya kaitan dengan membuat perbandingan nasib anak2 Palestin dengan nasib murid2 di Malaysia. Kehidupan yang tiada ibu, tiada bapa, tiada tempat tinggal, tiada kawan2, kekurangan bekalan makanan.

Dari jauh saya sudah mula memerhatikan beberapa orang murid yang mengalirkan air mata, mungkin bersimpati dengan nasib anak2 Palestin, video2 nasyid tersebut sedikit sebanyak dapat menggambarkan kehidupan penuh derita rakyat Palestin. Makin lama saya terangkan, makin ramai yang mula menangis...saya mula tersenyum melihat beberapa orang murid non muslim juga tidak dapat menahan air mata lagi, murid yang dilabelkan nakal dan degil turut tidak dapat menahan sebak menonton video tersebut. Kelas yang pada awalnya senyap dan khusyuk dengan sepasang mata masing2 terarah pada layar putih di hadapan kelas, sedikit berubah dengan suara tangisan anak-anak kecil.

Saya hanya membiarkan sahaja mereka melayan perasaan tu, mungkin seribu satu perkara yang difikirkan oleh murid2 ni apabila menonton penderitaan anak2 Gaza, lebih tepatnya. Jauh di sudut hati saya, memang anak-anak bandar sukar mendapat santapan rohani yang mampu menyentap jiwa2 mereka, lebih banyak terdedah dengan hiburan dan keseronokan yang tiada batas. Murid2 ni mungkin menjadi mangsa persekitaraan, tidak cukup dengan ibu bapa yang jauh dengan agama, ditambah pula dengan suasana luar yang penuh kecelaruan.


Air mata yang mengalir pada wajah kanak2, memberikan rasa lapang pada hati, pada hemat saya mesej yang ingin saya sampaikan mungkin mereka telah hadam lumat dan faham dengan baik. Kanak-kanak ini jujur...kalau A difikirkannya, A juga kelakuannya. Satu jam setengah berlalu dengan cepat, sebelum saya tinggalkan kelas, saya biarkan mereka dengan beberapa persoalan mudah yang mampu memberikan sedikit ruang kepada mereka untuk berfikir. Saya terus sahaja kemas2 barang untuk proses peralihan waktu...

Sejam sebelum tamat waktu persekolahan, pihak sekolah menganjurkan program hiburan bersama-sama sebuah stesen televisyen swasta yang terkenal. Stesesn TV tu nak cari bakat2 murid untuk diketangahkan dalam sebuah lakonan iklan. Belum sempat dihadam baik, terdedahh pula dengan perkara yang sumbang...begitulah liku2 membentuk seorang insan kecil di bandar. Penuh dengan penentangan senyap dan licik. Proses yang panjang untuk membentuk jati diri kanak2, supaya dewasa kelak menjadi insan berguna...Terima Kasih Cikgu!

Bebaskan Palestin!

17 comments:

  1. Teruskan mendidik anak anak ini..mereka masih hijau dan memerlukan bimbingan..cabaran hidup di bandar,corak asuhan ibubapa dan sekolah yg tidak memberatkan asuhan Islam membimbangkan.

    ReplyDelete
  2. SEMUA KENA IKUT CARA ISLAM ,SELAIN ISLAM MAJUSI, NASRANI,IBLIS DAN JIN !
    ALLAHU AKHBAR !

    ReplyDelete
  3. jangan putus asa.. selalunya benda yang mudah dipengaruh tu cepat datang cepat juga perginya.. tapi perkara yang susah dam ambil lebih masa akan lekat lama mungkin kekal dihati..

    ReplyDelete
  4. hai azhan... nice n3

    moral yg baik dari didikan
    yang terbaik dan ajaran agama
    belajar setinggi mana pun
    tetapi tiada ilmu agama tiada maknanya

    take care

    ReplyDelete
  5. ana anak bandar... 100% pure.. parent pun org jati KL :).. tp ana cuma nak katakan.. bukan persekitaran yg mempengaruhi.. maaf untuk ana katakan.. ana bersekolah di tengah2 KL... tak pernah belajar luar dari bandar... tetapi ana pernah menetap di kampung hampir 2 tahun selepas berkahwin.. bukan ana hendak menyalahkan mana2 pihak.. pada ana.. selama ana hidup 22 tahun ++ di bandar sukar hendak cari anak2 bandar yg pure bandar masuk contest sebegitu... sukar nak cari anak2 bandar yg terpengaruh dgn perkara tak elok.. sebab.. parent kami depan mata.. segala apa yg kami buat di pantau.. ana anak bandar yg tk pernah pulang lewat dari 7 malam... ana juga anak bandar yg memasak .. membasuh.. mengemas seawal umur 8 tahun...

    ana belajar di universiti di bandar juga.. dan ana amat terkejut melihat erti sebenar "culture shock " .. melihat siapa yg menari lincah di pentas bandar.. ana anak bandar.. tp jejakkan kaki di tmpt karoke pun tidak pernah.. apetah lagi nak lalu depan pusat hiburan pun malu...


    alhamdulillah.. anak2 bandar yg selau di "kata" orang2 ini... sahabat2 ana semua berjaya dalam bidang masing2... bukan saja dalam bidang duniawi.. ana bersyukur melihat anak2 "bandar" yg selalu dikata...

    dan di suasana kampung yg terlalu tenang.. masih ada anak2 sekolah mengisap ganja di balik perpustakaan desa.. ada juga anak-anak sekolah yg tidak kenal erti cinta duduk berduaan di balik hutan...

    jangan disalahkan persekitaran.. jangan dipersalahkan org setempat.. kerna tiada siapa yg perlu disalahkan lebih daripada org yg bertanggungjawab.. siapakah yg bertanggungjawab pada anak2 islam ini... siapakah yg bertanggungjawab kepada negara islam ini :)


    kerna anak2 itu semua sama.. yg mencorakkannya.. siapa?? .. kita pendidik juga bertanggungjawab kan encik azhan :)..ana juga pendidik... ana juga paham erti setiap apa yg kamu kata.. tapi kadang2 ana letih untuk menjadi "org bandar yg selalu dipersalahkan " ..


    bila di kampung dulu... org tak panggil ana dengan nama.. dier prg panggil "budak KL nuuu " ... hina sungguh menjadi anak bandar yaa... ana keluar rumah pun jarang.. umah tertutup rapat.. keluar pun dengan suami.. tapi mcm2 cerita boleh jadi.. kerna cuma ana "anak bandar" ..



    ~~ maaf emo pagi2 ni ~

    yg emo.... ticer syikin *-*

    ReplyDelete
  6. anak2 kecik mempunyai daya ingatan yg kuat. walaupun mereka disajikan dengan pelbagai agenda yg kadang2 tidak sesuai tetapi percayalah kalau tidak sepenuhnya mereka akan ingat sebahagian ilmu yg kita telah sajikan. InsyaAllah mereka akan ingat dan menjadikan ia sebagai pedoman.

    go go chaiyok cikgu Azhan! ~ :D

    ReplyDelete
  7. Itulah cabarannya...menyebarkan kefahaman islam bukan sahaja kepada murid islam sendiri...moga tabah!

    ReplyDelete
  8. terapkan nilai2 murni dlm jiwa mrk tnpa mengira agama n bangsa..anak2 yg non-muslim pn belajar moral gak..akak pernah ngajar moral 4 thn masa br posting dulu....Insyallah mrk boleh praktikkan nya.......

    ReplyDelete
  9. Salam Sahabat,
    Usaha yang sangat baik. Ana bersetuju dengan anta. Kalau boleh ana nak anta tanya kepada mereka, adakah mereka kenal insan yang bernama Hassan Al-Banna? Dan kemudian anta tanya lagi kepada mereka, adakah mereka kenal Justin Bieber?...................

    ReplyDelete
  10. @uminas: insyaAllah, usaha setakat terdaya..batasan kuasa di sekolah biasa memberikan halangan sebenarnya...cikgu dan murid hanya perlu patuh kepada sistem...

    @amuraria: ya, betul tu sahabat :)

    @wahida: insyaallah, bak kata melentur buluh dari rebungnya =)

    @nur misnan:mudah2an, teruskan doa utk2 kanak2 =)

    @ukhti: btul tu, tapi saya tidak menyalahkan semua anak2 bandar sebenarnya kerana saya juga anak bandar, tidak pernah tinggal di kampung secara langsung.

    Tetapi bak kata pemikir Islam tersohor, HAMKA- 70 peratus persekitaran mempengaruhi gaya hidup manusia.

    mereka yang berjaya menongkah arus per"adaban" adalah orang2 yang berjaya =)

    tahniah kepada ticer syikin =)

    @apple hijau: betul tu, walaupun tidak semua, mudah2an sedikit sudah memadai kan =)

    @ahmad humairi: insyaallah sahabat,amin =)

    @NZA: betul tu kak, moral ni penting kepada penerimaan ilmu yang lain =)

    @naim: sudah pasti mereka lebih arif Jsutin Bieber.hehe. budak2 sekarang sudah jauh beza dgn zaman kita..

    ReplyDelete
  11. smoga dapat menjadi cikgu yg berkualiti dan yang terbaik dalam mendidik anak2 bangsa..

    sila jgn tension2..smngat ya!!=)

    ReplyDelete
  12. kadang2 kalo nk buat sesuatu yg baek,slalu ada cabaran yg kna kita hadapi..nice entry=)

    ReplyDelete
  13. @anis: insyaallah anis teruskan doa ya =)

    @miecyber: terima kasih tuan =)

    @budak kampung: terima kasih tuan, mudah2an sy lebih kuat =)

    ReplyDelete
  14. Dari kecil ni lah kita nak lentur jadi manusia berguna. Esok kalau dah jadi rebung, susah....Selamat membentuk modal insan berguna
    =)

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah.. syukran2 ... maaf ter 'emo" .. isu sebegitu amat mecengkam hati saya :)...

    tetapi sebagai pendidik.. kite buat yg termampu... anak2 didik saya dari pelbagai negara.. untuk membentuk mereka dalam satu acuan itu agak sukar.. tp sy bersyukur bila anak2 murid saya amat mernghormati agama saya... hijab saya.. dan niqab saya.. kerna itu saya suka menjadi pendidik :D

    ReplyDelete
  16. asyik bg kerja rumah ye..
    besar2 nanti mesti stress budak2 ni.

    sangat setuju dgn cikgu ni sbb dedahkan sesuatu yg di luar pembelajaran. kalau kanak2 di luar sana da boleh tau apa erti penderitaan dan kesengsaraan, apatah lg kanak2 negara kita yg asyik dengan dunia penuh kenikmatan sehingga mereka sanggup melawan mak ayah..MasyaAllah,,dunia sekarang..dunia akhir zaman.. Wallahu'alam.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...