Pages - Menu

Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts

13.12.11

Trak Mainan Dahsyat! TruckModel Peterbilt 359 RC 1 Mampu Tarik Pacuan Empat Roda

 

Salam untuk semua,

Kat Malaysia, kalau main controller ni habis kuat kapal terbang ja, kereta kecik2 memang banyak orang buat litar dan pertandingan…Trak besar aku tak pernah pula jumpa lagi…Terkejut tengok trak mainan ni siap boleh tarik pacuan empat roda yang besar…peeeerghhh…terbaik! Aku pun tak pasti apakah teknologi trak mainan ni menggunakan konsep trak sebenar…

Anda berminat? Ada siapa nak order boleh tengok sini

18.11.11

Replika Rumah Rasulullah Menyentuh Hati | Gambar Rumah Asal Rasulullah Yang Dirobohkan

http://qitori.files.wordpress.com/2007/12/rumah-nabi-sayyidah-khadijah-tempat-mereka-berdua-tinggal-selama-25-tahun-pun-dibongkar.jpg
Ini adalah foto Rumah Nabi Saw dan Sayyidah Khadijah as, tempat mereka berdua tinggal selama 28 tahun.

Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA

Hati aku sayu, sebak…aku terdiam seketika apabila melawat replika rumah baginda nabi Rasulullah SAW di Taman Seni Islam, Shah Alam (bersebelahan masjid negeri). Itu replika yang dibuat cantik, tetapi aku terbayang2 suasana sebenar keadaan rumah asal baginda nabi yang ringkas, kecil tetapi ruangan2nya sangat tersusun. Aku melihat informasi yang dipaparkan, replika dibina mengikut ukuran sebenar bentuk rumah baginda. Aku tak dapat snap gambar kerana larangan menggunakan kamera di kawasan tersebut…

11.11.11

Komputer Pertama Di Dunia | ENIAC Besar Ruang Tamu

Salam untuk semua, moga dirahmati

Evolusi teknologi banyak membantu perjalanan kehidupan manusia terutama KOMPUTER. Komputer pertama dicipta adalah pada pertengahan kurun ke – 20 ( sekitar tahun 1940 – 1945). Jika dikira sehingga sekarang (2011) lebih kurang 65 tahun usia komputer. Komputer pertama dibina adalah sebesar ruang tamu rumah!!! Nak kendalikannya bukan seorang tu…

ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Computer) adalah komputer elektronik pertama di dunia dicipta pada tahun 1946 dan berakhir pada 1955. Dicipta oleh J. Presper Eckert and John Mauchly iaitu dua orang saintis dari University of Pennsylvania.

eniac2.jpg

Tujuan utama penciptaan ENIAC adalah untuk Perang Dunia Ke-2. Digunakan oleh tentera-tentera Amerika sebagai alat utama mempercepatkan pemprosesan data bagi senjata perang.

Sinopsis ENIAC :

6.9.11

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Bulan September | Program Sham Kamikaze


Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus




Program bersama Sham Kamikaze


Tempat: IPG Kampus Bahasa Melayu (Surau At Takwa)
Masa: Selepas Solat Maghrib
Tarikh: 14 Septembar 2011 (Rabu)
Tajuk: AKu Dakwah & Muzik

21.12.10

Kuala Lumpur Children Book Fair (KLCBF) 2010.



Tarikh : 22 - 26 Dec 2010

Masa : 10.00am – 9.00pm

Tempat : Tun Razak Hall 3, PWTC, Kuala Lumpur
 
 
Salam untuk semua, moga dirahmati ('',)
Kepada ibu bapa, peluang untuk anda membawa anak2 ke Pesta Buku Kanak-Kanak Kuala Lumpur atau Kuala Lumpur Children Book Fair (KLCBF) 2010. Ianya bertujuan untuk mempromosikan dunia sastera yang indah kepada kanak-kanak. Pesta hasil gabungan Kuala Lumpur Internasional Book Fair ( KLIBF) dan  KLCBF dengan elemen-elemen tambahan selain pameran barangan pengguna.

Pesta yang diadakan selama  5 hari , membuka peluang kepada ahli-ahli akademik untuk menyertai satu seminar  industri buku kanak-kanak Malaysia yang menampilkan penceramah-penceramah terkenal, aktiviti kanak-kanak yang gemarkan kisah-kisah dan keghairahan Petrosains Mini Discovery Centre, sesi-sesi membelai binatang oleh Zoo Negara , dan pelbagai lagi aktiviti dan pertandingan untuk ibu bapa dan pengunjung pesta.


Pada para penggemar buku keluaran PTS Publications & Distributors (PTS) pula , anda akan mendapat kupon diskaun 25%  hanya ditawarkan pada pesta tersebut..  klik
DI SINI 

15.12.10

Cover Your Aurat Campaign!


Salam untuk semua, moga sihat2 dan dirahmatiNYA ('',)

Alhamdulillah bersempena dengan hari yang mulia, 10 Muharam, saya percaya ramai sahabat2 yang sedang berpuasa hari ni. ENtri kali ni nak ajak sahabat2 untuk kempen menutup aurat mengikut syariat. Saya join kempen ni dari sebuah blog yang mantop (tak percaya intip sendiri.hehe) klik link thepotpetking, saya baru intip2 dan sangat tertarik dengan kempen yang jarang2 dibuat oleh blogger2. 

Kempen yang bersahaja tetapi memberi kesan pada semua. Tentang aurat rasanya semua sedia maklum, sejak kecil mak ayah kita selalu ingatkan, ada yang kena marah kes tak tutup aurat ni, saya sendiri pun tidak terlepas juga.hehe.Kena marah kesnya main bola.hehe. Dulu sekolah2 rendah aktif la juga main bola, tau ja kan main bola berseluar pendek, nampak ja macam hebat, tak hebat mana pun main.hehe. 

Saya nak tag 3 orang blog sahabat seperjuangan. Minta maaf tak dapat nak tag semua, jangan kecik hati ya yang lain. Moga ALlah merahmati kalian. Terima kasih untuk  thepotpetking yang mengilhamkan kempen menarik ni! Tahniah! 


14.12.10

Disko Ditelan Bumi! (video)

 

Salam untuk semua, moga dirahmati ('',)

Bala Allah boleh datang bila2 masa sahaja, tanpa tanda dan peringatan. Beringat2 sebelum terlambat. Difahamkan disko ni milik seorang Yahudi Laknat! Kaki clubbing kat luar sana taubat2 lah, jangan kita mati dalam keadaan hina dina, rugi segala nikmat kehidupan yang diperoleh. Sia-sia belaka. Moga kita diberikan hidayah dan petunjuk-Nya ('',)

13.12.10

Wikipedia, Web Kelima Paling Dikunjungi Di Seluruh Dunia.


Sepuluh tahun yang lalu, mereka berasa was-was kepada saya apabila berbincang tentang Wikipedia. 

Mungkin mereka tidak percaya bahawa sukarelawan dari seluruh dunia mampu berganding bahu dan bekerjasama untuk mewujudkan kahzanah ilmu -hanya dengan misi untuk berkongsi. Tiada iklan. Tiada keuntungan. Tiada agenda. Satu dekad selepas Wikipedia dimulakan, lebih daripada 380 juta orang menggunakannya setiap bulan– hampir satu pertiga daripada pengguna-pengguna jaringan Internet sedunia. 

Wikipedia merupakan laman web kelima paling dikunjungi di dunia. Keempat-empat laman yang mendahuluinya telah dibina dan diuruskan dengan berjuta-juta dollar modal, bilangan staf yang besar dan startegi pemasaran yang tidak terhingga. 

4.12.10

Harga Minyak Negara Dunia

1.United Arab Emirates - $0.37/liter/ RM1.22 seliter
2.Baharin - $0.27/liter/RM0.89/liter
3.Qatar - $0.22/liter /RM0.72 /liter
4.Kuwait -$0.21/liter /RM0.69/liter
5.Libya - $0.14/liter / RM0.46/liter
6.Arab Saudi - $0.12/liter / RM0.39 /liter
7.Iran - $0.11/liter /RM0.36/liter
8.Nigeria - $0.10/liter / RM0.33/liter
9.Turkmenistan - $0.08/liter / $M0.26/liter
10.Venezuela - $0.05/liter / RM0.16 /liter
Malaysia..?

28.11.10

Program Realiti TV Yang Merosakkan Anak-anak



Bermula terdedah pergaulan bebas lelaki perempuan.



Salam Untuk Semua Sahabat, Moga dirahmati ('',)

Dah masuk musim ketiga Program Realiti TV untuk kanak2, Idola Kecil. Sekali pandang memang sangat menghiburkan. IK tak lah seteruk AF atau Malaysian Idol dan lain-lain program relaiti yang kelihatan kurang menjaga adab dan susila. Semuanya nampak comel dan menarik perhatian golongan dewasa, termasuk saya sendiri.hehe. Lepas ni kena boikot. Yeah! 

Menonton pun dah rasa seperti akan mempengaruhi tambah la pula yang memasukinya. Saya bukan syadid sangat tentang hiburan tetapi Islam telah menggariskan batas2 hiburan yang dibenarkan. Islam adalah agama fitrah, manusia sahaja yang sering terkeluar daripada landasan fitrah sebagai hamba-NYA.

22.11.10

Info Sihat: Tips Kesihatan Diri

1.Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat - urat sekitar kaki menjadi kembang. Liang vagina sentiasa basah.


2. Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.


3. Terlalu lama berjalan - merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menentu masanya.


4. Terlalu lama melihat - merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaannya.


5. Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh.Selalu berangan-angan. Urat - urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.

1.5.10

Info: Kereta Pagani Zonda Antara Terpantas Di Dunia

Kereta Pagani Zonda cukup-cukup ekslusif. Hanya terdapat 106 buah Pagani Zonda sahaja yang ada di dunia. Dua daripadanya adalah dari pemilik dari Malaysia, Datuk Mokhzani Mahathir dan seorang lagi Sultan Johor, Sultan Ibrahim yang memilikinya ketika menjadi Tengku Mahkota Johor (TMJ) sebelum ini. Mungkinkah anda orang yang ketiga memilikinya?

Ini merupakan kereta Pagani Zonda yang dirakam semasa berlangsungnya Grass Racing Autosports (GRS) di Putrajaya.

Bahagian depan Pagani Zonda

Bahagian belakang Pagani Zonda

Ceramic brake pada kereta Pagani Zonda

Menggunakan Titanium exhaust sebanyak 4 biji. Sekali pandang seperti 4 biji mortar diletakkan di bahagian belakang supercar ini

Bahagian dalamnya seperti berada dalam kokpit jet pejuang

Ini pula pemilik Pagani Zonda di Hong Kong. Terlibat dalam satu kemalangan di sana. Menangisla….pemilik supercar ini. Tiada apa yang boleh diperkatakan apabila kereta Pagani Zonda ini yang bernilai kira-kira US$1 juta berkecai begitu sahaja.

sumber:beritasemasa.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...