Sepuluh tahun yang lalu, mereka berasa was-was kepada saya apabila berbincang tentang Wikipedia. 
Mungkin mereka tidak percaya bahawa sukarelawan dari seluruh dunia  mampu berganding bahu dan bekerjasama untuk mewujudkan kahzanah ilmu  -hanya dengan misi untuk berkongsi. Tiada iklan. Tiada keuntungan. Tiada agenda. Satu dekad selepas Wikipedia dimulakan, lebih daripada 380 juta  orang menggunakannya setiap bulan– hampir satu pertiga daripada  pengguna-pengguna jaringan Internet sedunia. 
Wikipedia merupakan laman web kelima paling dikunjungi di dunia.  Keempat-empat laman yang mendahuluinya telah dibina dan diuruskan dengan  berjuta-juta dollar modal, bilangan staf yang besar dan startegi  pemasaran yang tidak terhingga. 
Akan tetapi, Wikipedia bukanlah laman komersial. Wikipedia  dihasilkan oleh masyarakat, ditulis dan disunting oleh para sukarelawan  untuk menghasilkan setiap artikel. Anda merupakan sebahagian daripada  komuniti ini dan saya merayu kepada anda untuk melindungi khazanah ilmu  dan memastikan Wikipedia terus maju. 
Bersama-sama marilah kita memastikan Wikipedia akan sentiasa  percuma dan bebas daripada pengiklanan. Kita mampu memastikannya  sentiasa berkecuali dan bebas -supaya anda dapat menggunakan maklumat  dalam WIkipedia untuk keperluan anda. Kita mampu mengembangkannya  -menyebar ilmu ke seluruh dunia melalui penglibatan masyarakat. 
Setiap tahun pada masa ini, kami merayu dan memohon keapda anda  serta orang lain di serata komuniti Wikipedia untuk memastikan Wikipedia  terus wujud dengan derma ikhlas sebanyak $20, $35, $50 atau selebihnya. Jika anda menghargai Wikipedia sebagai sumber maklumat - dan  sumber inspirasi - saya berharap anda akan untuk bertindak sekarang. 
Sekian, terima kasih. 
Jimmy Wales 
Pengasas Wikipedia 
 P.S. Wikipedia merupakan kuasa masayarakat untuk melakukan perkara yang  tidak mungkin wujud. Masyarakat seperti anda menulis ensiklopedia  Wikipedia, satu demi satu patah perkataan. Masayarakat seperti anda  menyumbang, satu demi satu derma. Begitulah besarnya kemampunan kita  untuk membawa perubahan.
Azhan: Kalau ada satu web macam ni, mantop! Wikipedia, strategi web yang sempoi.
 

No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA