Pages - Menu

Showing posts with label pemanasan global. Show all posts
Showing posts with label pemanasan global. Show all posts

30.1.13

Pemanasan Global, Aliran Air Di Atas Bumbung Rumah..?

Salam untuk semua, moga dirahmati

Aku baru balik kejap tadi pusing2 cari rumah sewa/beli. Balik ja dari sekolah, solat dan terus mencari kawasan2 yang sudah dikenal pasti. Sampai aku kat satu kawasan perumahan rumah teres, aku dok perati (tengok) satu rumah ni...apa dia buat atas bumbung tu? Kenapa? Air dok mengalir sepanjang masa keliling rumah tu...ada tangki bumbung bocor ka? haha.


Rajin pulak dok belek rumah orang...baru aku sedar lepas buat tinjaun lebih kurang 5 minit...haha tuan rumah biarkan air mengalir sebab mengurangkan kepanasan dalam rumah. Kadang2 benda ni ada di kedai2/restoran besar. Kira sekarang ni cuaca panas betul sampai ada yang bertindak menyejukkan rumah begitu. Aku yang atas motor hampir dua jam tadi lagilah terasa bahangnya, kalau diteruskan hingga 3 jam silap2 boleh demam aku ni esok..panas! huih! lain macam panas la ni, patutlah tahun 2012, sainstis buat kajian tahun paling panas sepanjang tempoh 10 tahun. Aisberg kat kutub macam cair, paras air laut makin tinggi.


Atas motorsikal tadi aku dok bayangkan 10 tahun akan datang, bagaimana alam sekitar kita? Kalau sekarang sudah ada dialirkan air menerusi bumbung2 rumah, macam kita 10 tahun lagi? entah, tong ais pun boleh letak atas bumbung...huh! Sama2 menjaga alam...berhenti rokok, buang sampah dalam tong sampah. Mesej mudah! Ringkas!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...