Pages - Menu

Showing posts with label coca cola. Show all posts
Showing posts with label coca cola. Show all posts

10.12.10

Lagi Terkini Tentang Air Beracun Coca Cola!

Salam untuk semua, syukur atas nikmat kesihatan ('',)

Entri hari ni memang kasi fokus utama pada minuman beracun Coke, kebanyakkan menjadi minuman harian rakyat Malaysia. Jika kasih pada diri, berhenti merokok minum Coca Cola.hehe. Blog ni merayu kepada semua, demi kesihatan anda ('',).  Sayangi diri, sayangi keluarga. Saya ucap terima kasih kepada MO yang sudi bagi kongsi artikel yang berinformasi ni. 



(klik untuk besarkan gambar)

Minuman Berkarbonat Ternama Mengandungi Bahan Asing

KUALA LUMPUR – Unit Aduan PPIM telah menerima aduan seorang pengguna yang membeli air minuman Coca – Cola mengandungi benda asing yang menjijikkan.

Itu senario yang berlaku kepada seorang penggemar Coca – Cola minuman berkarbonat popular yang terpaksa menanggung kerugian kerana terbeli " air makhluk asing." Penggemar tersebut kesal apabila tertipu oleh sebuah syarikat pengeluar minuman antarabangsa dan terkemuka kerana menjual air yang berisi bahan kotoran. Mangsa mendakwa tertipu dengan isi kandungan air coca-cola selepas membeli minuman itu di sebuah kedai runcit di Kapar, Klang .

PPIM juga was-was dengan status halal minuman coca-cola kerana disyaki mengandungi bahan terlarang dalam ramuan minuman keluaran syarikat tersebut. Syarikat ini juga dipercayai menyokong Rejim Yahudi dengan memberi bantuan moral dan kewangan yang besar untuk melakukan kekejaman dan keganasan terhadap kemanusiaan dan negara-negara yang lemah sejak berkurun lamanya.

PPIM telah lama melancarkan boikot terpilih termasuklah Coca – Cola dan menyeru masyarakat pengguna Islam melakukan perkara yang sama. PPIM mengambil langkah drastik dengan membuat laporan di Balai Polis Setapak demi kepentingan hak kemanusiaan dan kepenggunaan.

Adalah lebih baik kita memberi keuntungan kepada syarikat yang mesra pengguna, bermoral dan beretika daripada syarikat yang tidak menghormati malah menindas nilai kemanusiaan, keagamaan malah menggunakan keuntungan yang diperolehi untuk terus membantu proses penindasan dan kezaliman.

Sokonglah produk keluaran Islam

9.12.10

Aspartame Bahan Kimia Dalam Coca Cola, 180 kali Ganda Manis Dari Gula.



 Aspartame dan Berdiet
Apabila mengalami obesiti, diabetes atau profil lipid tidak seimbang anda akan dinasihatkan oleh doktor dan pakar dietetik agar mengurangkan makan makanan bergula. Jika dulu anda biasa minum ais bergas, anda akan menggantikannya dengan soda ‘diet’ contohnya Diet Pepsi atau Diet Coke.

Soda diet biasanya bebas dari sejenis gula dikenali sebagai fruktos atau sirap jagung tetapi ia dikatakan mengandungi gula tiruan dikenali sebagai aspartame. Kebanyakan produk yang mengandungi aspartame biasanya mencatatkan perkataan aspartame atau bebas dari gula.

Contoh-contoh produk lain yang mengandungi aspartame ialah sesetengah ubatan moden termasuk acetaminophen dan codeine, gula-gula getah, pemanis mengandungi gula alkohol (alcoholic sugar) contohnya produk menggunakan nama xylitol serta gula-gula meredakan batuk di samping Nutrasweet dan Sucralose.

Apa itu aspartame? Ia ialah sejenis bahan kimia yang disintesis dalam kilang terdiri dari gabungan tiga jenis bahan kimia iaitu 40 peratus asid aspartic, 50 peratus phenylalanine dan 10 peratus methanol. Tahap kemanisannya 180 kali ganda lebih manis dari gula biasa iaitu sukros. Generasi baru aspartame dikenali sebagai neotame yang baru mendapat kelulusan FDA memiliki kemanisan 13,000 kali ganda lebih tinggi dari gula biasa.

Apabila dihadamkan aspartame terurai kepada tiga sebatian asal yang digunakan dalam proses pensintesisannya serta sejenis bahan kimia dikenali sebagai diketopiperazine (DKP).  Kita lihat bagaimana setiap bahan kimia tersebut menyebabkan kemudaratan kepada tubuh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...